Press Releases

LBS HOSTS CHINESE NEW YEAR LUNCHEON, MARKING 65 YEARS OF GROWTH AND COMMUNITY COMMITMENT

LBS HOSTS CHINESE NEW YEAR LUNCHEON, MARKING 65 YEARS OF GROWTH AND COMMUNITY COMMITMENT

Petaling Jaya, 05 February 2026 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” or the “Group”), a leading property developer guided by people-first values, hosted its Chinese New Year Luncheon at the Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. The event was honoured by the esteemed presence of the Sultan of Pahang, HRH Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. The luncheon brought together distinguished guests, business partners, members of the media, and the LBS family in a spirit of unity, harmony, and shared prosperity.

The event, reflecting LBS’ long-standing tradition of fostering togetherness and appreciation, was held as the Group ushered in the Year of the Horse—a symbol of strength, vitality, perseverance, and forward momentum in Chinese culture. For LBS, the Year of the Horse resonates strongly with its growth journey, signifying renewed energy, progress, and the determination to move confidently towards its long-term aspirations. 

The occasion was also attended by distinguished dignitaries, including YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Deputy Prime Minister and Minister of Energy Transition and Water Transformation; YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat; YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Minister of Agriculture and Food Security; and YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Chief Minister of Melaka, alongside other notable guests.

​​The Chinese New Year celebration also marked a significant milestone for LBS, coinciding with the Group’s 65th anniversary, six and a half decades since its humble beginnings in 1961. Founded by the late Dato’ Sri Lim Bock Seng, LBS has since grown into one of Malaysia’s leading property developers.

Approximately 600 guests attended the event and were entertained by traditional Chinese music, reflecting the harmonious multicultural spirit of the nation, while also taking the opportunity to engage with HRH Tuanku in a lively and gracious atmosphere.

During this auspicious occasion, LBS officially announced its renewed brand promise, “Building Tomorrow Together”, which embodies the Group’s vision for the future, its commitment to creating thriving communities, and its dedication to delivering lasting value for generations to come.

For decades, LBS has played an integral role in shaping homes, townships, and communities across Malaysia. The Group’s philosophy remains rooted in the belief that development is about people before products, that growth must be shared, sustainable, and purposeful, and that the future is best built in partnership with communities, stakeholders, and the nation.

Commenting on the event, LBS Group Executive Chairman, Tan Sri Dato’ Seri Ir (Dr) Lim Hock San, said, “Looking ahead, LBS views 2026 as a milestone year, with plans to launch 10 new projects across the Klang Valley, Johor, and Pahang. These initiatives reflect our continued commitment to delivering accessible and sustainable developments that meet the evolving needs of Malaysian families, while supporting the aspirations of a harmonious MADANI society.”

He also expressed his heartfelt appreciation to the LBS employees, acknowledging their dedication and unwavering commitment as a key driving force behind the Group’s continued success.

~End~

LBS RAIKAN TAHUN BAHARU CINA, MENGUKIR 65 TAHUN PERTUMBUHAN DAN KOMITMEN KEPADA PEMBANGUNAN KOMUNITI

Petaling Jaya, 05 Februari 2026 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, menganjurkan Majlis Makan Tengah Hari Tahun Baharu Cina di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur hari ini. Majlis telah diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan menghimpunkan para tetamu kehormat, rakan perniagaan, wakil media serta warga LBS dalam suasana penuh muhibah, keharmonian dan kemakmuran bersama.

Majlis yang mencerminkan tradisi berterusan LBS dalam memupuk kebersamaan dan penghargaan, diadakan bersempena sambutan Tahun Kuda, yang membawa simbol kekuatan dan ketabahan serta momentum ke hadapan dalam budaya masyarakat Cina. Bagi LBS, Tahun Kuda turut membawa makna yang signifikan sejajar dengan perjalanan pertumbuhan Kumpulan, melambangkan tenaga baharu, kemajuan serta iltizam untuk terus melangkah yakin ke arah aspirasi jangka panjang. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran dif-dif kehormat, antaranya termasuk YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga serta Transformasi Air; YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat; YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; serta tetamu kehormat yang lain.

Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini menandakan satu detik bersejarah buat LBS, bersempena ulang tahun ke-65 penubuhan syarikat, iaitu enam setengah dekad sejak tahun 1961. Diasaskan oleh mendiang Dato’ Sri Lim Bock Seng, LBS telah berkembang pesat dan kini muncul sebagai salah sebuah pemaju hartanah terkemuka di Malaysia.

Kira-kira 600 tetamu telah menghadiri majlis tersebut dan dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional Cina yang mencerminkan keharmonian semangat masyarakat berbilang kaum di negara ini, di samping berpeluang beramah mesra bersama dalam suasana yang meriah dan penuh santun.

Pada majlis yang penuh makna ini, LBS secara rasminya mengumumkan pembaharuan janji jenamanya, “Building Tomorrow Together”, yang mencerminkan visi masa hadapan Kumpulan, komitmennya dalam membangunkan komuniti yang lestari dan berkembang, serta dedikasi berterusan untuk menyampaikan nilai berkekalan kepada generasi akan datang.

Sejak berdekad lamanya, LBS telah memainkan peranan penting dalam membentuk kediaman, bandar dan komuniti di seluruh Malaysia. Falsafah Kumpulan kekal berteraskan kepercayaan bahawa pembangunan mengutamakan kesejahteraan insan berbanding produk semata-mata, pertumbuhan harus dikongsi secara inklusif, mampan dan berlandaskan tujuan, serta masa hadapan kukuh dibina melalui kerjasama erat bersama komuniti, pihak berkepentingan dan negara.

Mengulas mengenai majlis tersebut, Tan Sri’ Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, “Memandang ke hadapan, LBS melihat tahun 2026 sebagai satu penanda aras, dengan perancangan untuk melancarkan 10 projek baharu di sekitar Lembah Klang, Johor dan Pahang. Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan iltizam berterusan kami untuk menyampaikan pembangunan yang mampu milik dan mampan, selaras dengan keperluan yang semakin berkembang dalam kalangan Keluarga Malaysia, di samping menyokong aspirasi pembentukan masyarakat MADANI yang harmoni.”

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga LBS, di samping mengiktiraf dedikasi serta komitmen tidak berbelah bahagi mereka sebagai pemangkin utama kepada kejayaan berterusan Kumpulan.

~Tamat~

林木生集团举办新春团拜午宴,庆祝65年成长历程与社区承诺

(八打灵再也5日讯)- 以人为本的著名发展商林木生集团(“LBS”)于吉隆坡文华东方酒店举办新春团拜午宴。彭亨州苏丹阿都拉殿下御驾亲临,让盛会倍增光彩。此盛会也汇聚了各界贵宾、商业伙伴、媒体代表以及林木生集团家庭成员,齐聚一堂,在一个团结、和谐与共享繁荣的氛围中共庆佳节。

此次盛会体现了林木生集团长期以来促进团结与感恩的悠久传统,并在集团迎来象征力量、活力、坚韧与前行动力的马年之际举行。在中华文化中,马年寓意奋发向上、勇往直前,对林木生集团而言,这与其成长历程高度契合,象征着焕发的新能量、持续的进步,以及坚定迈向长期愿景的决心。

该午宴的出席嘉宾还包括多位政要与贵宾,包括副首相兼能源及水务转型部长拿督阿玛哈芝法迪拉,国会下议院议长—丹斯里拿督佐哈里、农业及粮食安全部部长—拿督斯里哈吉末沙布,以及马六甲州的首席部长—拿督斯里阿都拉勿,等其他贵宾。

农历新年庆祝活动也标志着林木生集团的重要里程碑,与集团成立65周年不期而遇,回顾自1961年起步至今的六十五载发展历程。林木生集团由已故拿督斯里林木生创立,历经多年稳健成长,现已发展成为马来西亚领先的房地产发展商之一。

约600名嘉宾出席了此次盛会,在欣赏传统华乐演奏、感受国家多元文化和谐精神的同时,也把握机会在热闹而庄重的氛围中与殿下亲切交流。

在这吉祥喜庆的时刻,林木生集团正式发布全新的品牌承诺—“携手共创未来(Building Tomorrow Together)”,充分体现林木生集团对未来的愿景、对打造繁荣社区的坚定承诺,以及为世代创造长远价值的不懈追求。

多年来,林木生集团在马来西亚各地塑造家园、城镇与社区的过程中扮演着重要角色。集团始终秉持“以人为本” 的发展理念,坚信成长应是共享、可持续且富有使命感的,并认为唯有与社区、利益相关者及国家携手合作,才能共同建设更美好的未来。

谈及此次盛会,林木生集团集团执行主席丹斯里拿督斯里林福山太平局绅博士工程师表示:“展望未来,林木生集团将2026年视为一个重要的里程碑,计划在巴生谷、柔佛及彭亨推出10个全新项目。这些举措体现了我们持续致力于提供可负担且可持续发展的承诺,以满足马来西亚家庭不断变化的需求,同时支持建设和谐昌明(MADANI)社会的共同愿景。”

他也向林木生集团全体员工致以由衷的感谢,肯定大家的敬业精神与不懈付出,认为这是推动集团持续成功的关键动力。

~完~

Share This Post: