Press Releases

LBS GROUP EXECUTIVE CHAIRMAN SHARES VISION FOR “BUILDING THE BUSINESS OF TOMORROW” AT NOW AND FUTURE CONFERENCE AND EXHIBITION 2025

FOR IMMEDIATE RELEASE

LBS GROUP EXECUTIVE CHAIRMAN SHARES VISION FOR “BUILDING THE BUSINESS OF TOMORROW” AT NOW AND FUTURE CONFERENCE AND EXHIBITION 2025

Kuala Lumpur, 18 September 2025 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” or “the Group”), a leading property developer guided by people-first values, is proud to announce its Group Executive Chairman, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, delivered the keynote address at the Now and Future Conference and Exhibition 2025. The conference, held at the World Trade Centre Kuala Lumpur from 17 to 20 September 2025, carried the theme “A Better Future”. It is a premier conference and exhibition organised in conjunction with the 46th ASEAN Inter-Parliamentary General Assembly (AIPA Malaysia 2025).

Delivering his keynote address entitled “Building the Business of Tomorrow,” Tan Sri Lim highlighted ASEAN’s transformation into one of the world’s fastest-growing economic blocs, with a combined GDP surpassing USD 4 trillion in 2024. He emphasised that ASEAN’s strength lies not only in its economic dynamism but also in its diversity, resilience, and unity.

Tan Sri Lim stressed that the business of tomorrow requires balancing economic progress with social inclusivity, cultural exchange, and sustainability. He also highlighted LBS’ commitment to these principles through its initiatives in affordable housing, renewable energy, and community-focused development — aligning closely with ASEAN’s broader priorities.

“As we build the business of tomorrow, our focus must extend beyond profits. We must champion inclusivity, sustainability, and innovation while strengthening regional cooperation,” said Tan Sri Lim.

Underscoring Malaysia’s role as a bridge within ASEAN, he further noted the importance of diplomacy, people-to-people connections, and cultural understanding as essential pillars for long-term growth and stability.

Tan Sri Lim also showcased LBS’ alignment with ASEAN’s development priorities through its 8 x 8 Strategy, featuring initiatives such as the issuance of the RM200 million ASEAN Social SRI Sukuk Wakalah to fund affordable housing, renewable energy investments including a RM104 million solar farm, and sustainable township developments across Malaysia.

Expressing his appreciation for the invitation, Tan Sri Lim remarked: “It is a true honour to be invited as a speaker at this esteemed conference. The conference provides an important avenue to share perspectives from the property development sector and highlight how our industry contributes to national and regional economic growth. Property development is more than just building homes; it is about creating sustainable communities, stimulating industries, generating employment, and enabling upward social mobility. These contributions form the backbone of a resilient economy and are integral to ASEAN’s long-term progress.”

Among the notable speakers at the Now and Future Conference and Exhibition 2025 were the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Deputy Prime Minister, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof; and several Cabinet Ministers, including YB Anthony Loke Siew Fook, YB Dato’ Sri Tiong King Sing, and YB Datuk Ewon Benedick. They addressed delegates on strengthening ASEAN’s unity and growth.

On the second day of the conference, 18 September 2025, the Prime Minister also visited the LBS booth, which featured its subsidiary, MGB Berhad, showcasing the latest developments and projects, reflecting LBS’ role in driving Malaysia’s economic and social progress.

The Now and Future Conference and Exhibition 2025 brought together parliamentarians, policymakers, and business leaders from across Southeast Asia, alongside distinguished guests from ASEAN member states. The conference reaffirmed its role as a vital platform for dialogue, cooperation, and partnership in shaping a better and more sustainable future for the region.

~End~

UNTUK SIARAN SEGERA

PENGERUSI EKSEKUTIF KUMPULAN LBS KONGSI VISI “MEMBINA PERNIAGAAN MASA HADAPAN” DI PERSIDANGAN DAN PAMERAN ‘NOW AND FUTURE 2025’

Kuala Lumpur, 18 September 2025 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, mengumumkan bahawa Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, telah diundang untuk menyampaikan ucaptama di Persidangan dan Pameran ‘Now and Future’ 2025. Persidangan ini, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dari 17 hingga 20 September 2025, bertemakan “A Better Future”. Ia merupakan persidangan dan pameran perdana yang dianjurkan bersempena Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA Malaysia 2025) kali ke-46.

Dalam ucaptamanya bertajuk “Building the Business of Tomorrow”, Tan Sri Lim menekankan transformasi ASEAN sebagai salah satu blok ekonomi yang berkembang paling pesat di dunia, dengan gabungan KDNK melebihi USD 4 trilion pada tahun 2024. Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan ASEAN bukan sahaja terletak pada dinamik ekonominya, tetapi juga pada kepelbagaian, daya tahan, dan perpaduannya.

Tan Sri Lim menekankan bahawa perniagaan masa depan memerlukan keseimbangan antara kemajuan ekonomi dengan keterangkuman sosial, pertukaran budaya, dan kelestarian. Beliau turut mengetengahkan komitmen LBS terhadap prinsip-prinsip ini melalui inisiatif perumahan mampu milik, tenaga boleh diperbaharui, dan pembangunan berfokuskan komuniti, selaras dengan keutamaan ASEAN yang lebih meluas.

“Apabila kita membina perniagaan masa depan, fokus haruslah melangkaui keuntungan. Kita harus mengangkat keterangkuman, kelestarian, dan inovasi, di samping memperkukuh kerjasama serantau,” ujar Tan Sri Lim.

Menekankan peranan Malaysia sebagai jambatan dalam ASEAN, beliau turut menggariskan kepentingan diplomasi, hubungan antara rakyat, dan pemahaman budaya sebagai tonggak penting bagi pertumbuhan dan kestabilan jangka panjang.

Tan Sri Lim juga menampilkan keselarasan LBS dengan keutamaan pembangunan ASEAN melalui Strategi 8 x 8, yang merangkumi inisiatif seperti penerbitan SRI Sukuk Wakalah Sosial ASEAN bernilai RM200 juta untuk membiayai perumahan mampu milik, pelaburan tenaga boleh diperbaharui termasuk ladang solar bernilai RM104 juta, serta pembangunan perbandaran lestari di seluruh Malaysia.

Sambil menyatakan penghargaan beliau atas jemputan itu, Tan Sri Lim berkata: “Adalah satu penghormatan besar dijemput sebagai penyampai ucaptama di persidangan berprestij ini. Persidangan ini merupakan wadah penting untuk berkongsi pandangan daripada sektor pembangunan hartanah dan menonjolkan bagaimana industri hartanah berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan serantau. Pembangunan hartanah bukan sekadar membina rumah; ia adalah tentang mewujudkan komuniti lestari, merangsang industri, menjana pekerjaan, dan membolehkan mobiliti sosial. Sumbangan ini merupakan tulang belakang kepada ekonomi yang berdaya tahan dan penting untuk kemajuan jangka panjang ASEAN.”

Antara penceramah terkemuka di Now and Future Conference and Exhibition 2025 termasuklah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof; serta beberapa Menteri Kabinet termasuk YB Anthony Loke Siew Fook, YB Dato’ Sri Tiong King Sing, dan YB Datuk Ewon Benedick. Mereka membincangkan dengan para delegasi mengenai pengukuhan perpaduan dan pertumbuhan ASEAN.

Pada hari kedua persidangan, 18 September 2025,  Perdana Menteri turut melawat reruai LBS yang turut menampilkan anak syarikatnya, MGB Berhad yang mempamerkan pembangunan dan projek terkini, mencerminkan peranan LBS dalam memacu kemajuan ekonomi dan sosial Malaysia.

Persidangan dan pameran ‘Now and Future’ 2025 menghimpunkan ahli parlimen, penggubal dasar, dan pemimpin perniagaan dari seluruh Asia Tenggara, bersama tetamu kehormat dari negara-negara anggota ASEAN. Persidangan ini mengukuhkan peranannya sebagai platform penting untuk dialog, kerjasama, dan perkongsian dalam membentuk masa depan yang lebih baik dan mampan untuk rantau ini.

~Tamat~

即时发布

 林木生集团执行主席在2025年“现在与未来”会议和展览会上分享“打造未来企业”的愿景

(吉隆坡18日讯)以人为本的著名发展商林木生集团(LBS), 集团执行主席丹斯里拿督斯里林福山太平局绅博士工程师受邀在 2025年东盟议会联盟(AIPA)峰会发表主题演讲。该峰会于9月17日至20日在吉隆坡世贸中心举行,主题为 “共创美好未来”。这是与第 46 届东盟议会联盟大会 (AIPA Malaysia 2025) 联合举办的顶级会议和展览会。

丹斯里林福山在题为 《构建未来商业新格局》 的演讲中指出,东盟已成功转型为全球增长最快的经济体之一,2024年整体国内生产总值突破4兆美元。他强调,东盟的实力不仅体现在经济活力,更源自多元文化、坚韧精神与区域团结。

丹斯里林福山强调,未来的商业发展必须在经济进步与社会包容、文化交流及可持续发展之间取得平衡。他同时分享LBS在可负担房屋、可再生能源及以社区为导向的发展项目方面的努力,这些举措与东盟的发展重点高度契合。

丹斯里林福山表示: “构建未来商业焦点不应局限于利润。我们必须推动包容、可持续及创新,并在区域内进一步加强合作。”

他也特别提到,作为东盟重要的一员,马来西亚在推动外交往来、民间交流和文化理解方面发挥着桥梁作用,而这些正是长期稳定与繁荣的重要支柱。

丹斯里林福山同时介绍LBS如何通过 “8 x 8战略” 与东盟发展方向保持一致,其中包括:发行2亿令吉的东盟社会永续伊斯兰债劵(ASEAN Social SRI Sukuk Wakalah)用于可负担房屋计划、投资1.04亿令吉建设太阳能发电场,以及在全国各地推动可持续城镇发展。

丹斯里林福山在致词中不忘感谢主办方的邀请:“能够受邀出席并担任演讲嘉宾,我深感荣幸。AIPA作为重要的平台,让我们有机会分享房产行业的视角,并展示行业如何为国家与区域经济增长作出贡献。房产发展不仅是建造房屋,更是建设可持续社区、带动相关产业、创造就业机会,并推动社会向上流动。这些贡献正是韧性经济的基石,也是东盟长期进步不可或缺的一环。”

出席本届AIPA峰会的主要嘉宾还包括马来西亚首相拿督斯里安华、副首相拿督斯里法迪拉尤索夫,以及多位内阁部长,包括陆兆福、拿督斯里张庆信与拿督伊旺贝尼迪克 等。他们分别对如何强化东盟团结与发展发表看法。

首相安华在峰会第二日(9月18日)亦亲临LBS展位,该展位也展示了其子公司创建集团(MGB Berhad),参观集团的最新项目与发展蓝图,进一步体现LBS在推动马来西亚经济与社会进步方面的重要角色。

2025年AIPA峰会汇聚了来自东南亚各国的议员、政策制定者及商业领袖,并迎来多国贵宾。峰会再次确认其作为对话、合作与伙伴关系的重要平台地位,携手为区域共创更加美好与可持续的未来。

~完~

Share This Post: