LBS CLOSES 2025 WITH STRATEGIC MILESTONES, MAINTAINS FOCUS IN 2026
- Advancing opportunity-driven execution and capital optimisation under its 8 x 8 Strategy to create long-term value
Petaling Jaya, 13 January 2026 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” or the “Group”), a leading property developer guided by people-first values and driven by its core brand promise, Building Tomorrow Together, successfully concluded 2025 as the first year of implementing its 8 x 8 Strategy, achieving key strategic milestones that strengthened the foundations of its long-term growth, while adopting a selective and opportunity-driven approach to execution.
During the year, LBS focused on reinforcing its long-term development base through selective strategic initiatives. The Group secured development rights at Kwasa Damansara, enhancing landbank visibility and advancing progress at one of the Klang Valley’s emerging integrated townships. Shareholders’ approval for the flagship Kwasa Damansara development was obtained at an Extraordinary General Meeting held on 5 December 2025, marking continued progress under the Group’s phased and opportunity-led development strategy.
LBS has also entered into 2 Joint Venture Agreements with Oriental Holdings Berhad to jointly develop Phase 1A and Phase 1B of an integrated mixed-use project in Klebang, Melaka. This reflects the Group’s strategic participation in growth corridors that align with its long-term township-led development model under the 8 x 8 Strategy.
In parallel, the Group continues to prioritise landbank optimisation and capital efficiency as key enablers of flexibility. In November 2025, LBS successfully monetized a 2-acre land parcel in Johor Bahru for RM110 million, strengthening balance sheet resilience and enhancing its ability to respond to value-accretive opportunities as they arise.
The Group further strengthened its commitment to responsible and sustainable growth by achieving an FTSE4Good rating of 4.1, reflecting its robust environmental, social, and governance (ESG) practices. This includes the issuance of Sukuk Wakalah programme, with proceeds to be utilised in accordance with the LBS Sustainability Financing Framework, reinforcing LBS’s commitment to responsible financing and inclusive growth. The Group has also received multiple awards recognising excellence for the first tranche of its Sukuk Wakalah issuance.
During the year under review, LBS achieved its First Gold Standard, marking four consecutive years of recognition under Deloitte Private’s Best Managed Companies programme. In acknowledgement of exemplary leadership, Tan Sri Dato’ Sri Ir (Dr) Lim Hock San, the Group Executive Chairman of LBS, was honored with The Edge Malaysia Outstanding Property Entrepreneur Award 2025. In addition, LBS received Business Today’s Industry Choice Award for Best in Community-Centric Development, reflecting the Group’s consistent leadership, operational excellence, and steadfast commitment to deliver long-term value.
Looking ahead, LBS is optimistic about the 2026 property market, which is expected to remain positive and resilient, supported by strong demand. The Group hopes that its projects and strategic developments will contribute further to the momentum of the national economy, supporting growth and enhancing living standards across communities.
Commenting on these milestones, Tan Sri Dato’ Sri Ir (Dr) Lim Hock San, the Group Executive Chairman, stated, “2025 was an important year in laying the groundwork for our 8 x 8 Strategy. As we enter 2026, our focus remains on executing opportunities that align with our long-term vision, optimising our land assets and strengthening our flagship townships. We will continue to grow responsibly, guided by market demand and sustainability considerations, while creating connected communities that deliver enduring value for all stakeholders.”
~End~
LBS AKHIRI TAHUN 2025 DENGAN PENCAPAIAN STRATEGIK, KEKAL FOKUS PADA 2026
- Tingkatkan pelaksanaan berasaskan peluang dan pengoptimuman modal di bawah Strategi 8 x 8 untuk mewujudkan nilai jangka panjang
Petaling Jaya, 13 Januari 2026 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, berpaksikan jenama terasnya, ‘Building Tomorrow Together,’ telah menutup tirai 2025 sebagai tahun pertama pelaksanaan Strategi 8 x 8 dengan mencatat pelbagai pencapaian strategik utama yang memperkukuh asas pertumbuhan jangka panjangnya, di samping mengamalkan pendekatan pelaksanaan yang lebih berfokus, terpilih dan dipacu oleh peluang dalam perancangannya.
Sepanjang tahun 2025, LBS memberi tumpuan untuk memperkukuh asas pembangunan jangka panjangnya melalui pelaksanaan inisiatif strategik terpilih. Kumpulan telah memperoleh hak pembangunan di Kwasa Damansara, sekali gus meningkatkan keterlihatan bank tanah sekali gus mendorong kemajuan di salah sebuah perbandaran bersepadu yang pesat membangun di Lembah Klang. Kelulusan pemegang saham bagi pembangunan utama di Kwasa Damansara telah diperolehi di Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 5 Disember 2025 lepas, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi pembangunan Kumpulan yang berperingkat.
LBS juga telah memeterai dua Perjanjian Usahasama dengan Oriental Holdings Berhad bagi pembangunan bersama Fasa 1A dan Fasa 1B projek pembangunan bercampur bersepadu di Klebang, Melaka. Kerjasama strategik ini mencerminkan penglibatan berterusan Kumpulan dalam koridor pertumbuhan utama, selaras dengan model pembangunan jangka panjang di bawah Strategi 8 x 8.
Seiring itu, LBS terus mengutamakan pengoptimuman bank tanah dan kecekapan modal sebagai teras utama kepada fleksibiliti kewangan. Pada November 2025, LBS berjaya memperoleh kewangan melalui jualan tanah seluas dua ekar di Johor Bahru pada harga RM110 juta, sekali gus mengukuhkan daya tahan kunci kira-kira serta meningkatkan keupayaan Kumpulan untuk bertindak balas terhadap peluang penjanaan nilai yang muncul.
LBS terus memperkukuh komitmennya terhadap pertumbuhan yang bertanggungjawab dan lestari dengan mencapai penarafan FTSE4Good 4.1, yang mencerminkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang kukuh. Antara inisiatif utama termasuk penerbitan program Sukuk Wakalah, dengan hasil terbitan akan diguna selaras dengan Rangka Kerja Pembiayaan Mampan LBS, sekali gus mengukuhkan komitmen LBS terhadap pembiayaan bertanggungjawab dan pertumbuhan inklusif. Kumpulan juga telah menerima pelbagai anugerah yang mengiktiraf kecemerlangan peringkat pertama terbitan Sukuk Wakalah tersebut.
Pada tahun dalam tinjauan, LBS telah mencapai Piawaian Emas buat kali pertama, menandakan pengiktirafan selama empat tahun berturut-turut di bawah program Syarikat Terurus Terbaik oleh Deloitte Private. Selain itu, sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan yang cemerlang, Tan Sri Dato’ Sri Ir (Dr) Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, telah dianugerahkan Anugerah Usahawan Hartanah Cemerlang The Edge Malaysia 2025. LBS turut menerima Anugerah Pilihan Industri Business Today bagi kategori Pembangunan Berteraskan Komuniti Terbaik, mencerminkan kepimpinan konsisten Kumpulan, kecemerlangan operasi serta komitmen berterusan dalam menyampaikan nilai jangka panjang
Melangkah ke hadapan, LBS kekal optimis terhadap pasaran hartanah pada 2026, yang dijangka kekal positif dan berdaya tahan, disokong oleh permintaan yang kukuh. Kumpulan berharap projek-projek dan inisiatif pembangunan strategiknya akan terus menyumbang kepada momentum ekonomi negara, selaras dengan usaha menyokong pertumbuhan serta meningkatkan taraf hidup di seluruh komuniti.
Mengulas mengenai pencapaian ini, Tan Sri Dato’ Sri Ir (Dr) Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS berkata, “2025 merupakan tahun yang penting dalam meletakkan asas bagi Strategi 8 x 8 kami. Menyusuri ke 2026, tumpuan kami kekal pada pelaksanaan peluang yang selaras dengan visi jangka panjang, pengoptimuman aset tanah, serta pengukuhan perbandaran utama kami. LBS akan terus berkembang secara bertanggungjawab, dipandu oleh permintaan pasaran dan pertimbangan kelestarian untuk semua pihak berkepentingan,”
~Tamat~
林木生集以多项战略性里程碑圆满收官2025年,并持续聚焦2026年发展
- 在“8 x 8 战略”框架下,推进以机遇为导向的执行与资本优化,创造长期价值
(八打灵再也13日讯)- 以人为本并秉持着“Building Tomorrow Together”的核心品牌承诺的著名发展商林木生集团(“LBS”或“集团”)于 2025年稳健收官。作为“8 x 8战略”实施的首年,集团以审慎及机遇导向的执行策略,达成多项关键战略里程碑,夯实长期增长根基。
在2025年里,林木生集团通过具选择性的战略举措,持续强化其长期发展的根基。集团成功取得位于桂莎白沙罗的发展权益,进一步提升土地储备的可见度,并推动集团在巴生谷新兴综合城镇项目之一的开发进程。此外,集团于2025年12月5日召开的特别股东大会上,获得股东批准推进桂莎白沙罗旗舰发展项目,标志着集团在分阶段、以机遇为导向的发展策略下持续取得进展。
林木生集团也与东方实业签署两项合资协议,共同开发位于马六甲吉里望的综合型混合用途项目第一期A阶段及第一期B阶段。此举体现了集团在“8 x 8战略”框架下,积极布局符合其以城镇发展为核心的长期发展模式,并战略性参与具增长潜力的发展走廊。
与此同时,林木生集团持续将土地储备优化与资本效率提升作为增强营运灵活性的关键要素。在2025年11月,该集团成功以1.1亿令吉出售位于柔佛新山的一幅2英亩土地,不仅进一步强化资产负债表的稳健性,也提升了集团在把握具增值潜力机遇时的应变能力。
林木生集团亦通过取得FTSE4Good评分4.1,进一步彰显其对负责任与可持续增长的坚定承诺,反映集团在环境、社会及治理(ESG)方面的稳健实践。其中,集团发行了永续伊斯兰债劵,以支持可负担房屋的发展,进一步巩固该集团在负责融资及包容性增长方面的承诺。此外,集团于2025年就以其永续伊斯兰债劵第一及第二期发行荣获多项奖项,充分体现资本市场对集团ESG战略与融资举措的高度认可。
在本回顾年度内,林木生集团荣获首个金牌标准地位,实现连续四年在Deloitte Private卓越管理企业计划中获奖的佳绩。为表彰其卓越领导力,林木生集团集团执行主席丹斯里拿督斯里林福山太平局绅博士工程师荣获 “The Edge Malaysia” 2025 年杰出房地产企业家奖。此外,该集团还荣获 “BusinessToday” 最佳社区中心房地产开发奖,彰显集团持续的行业领导力、卓越运营能力及致力于创造长期价值的坚定承诺。
展望未来,林木生集团对2026年的房地产市场保持乐观,预计市场将持续保持积极与韧性,受到强劲需求的支撑。该集团期望,其各项项目及战略性开发将进一步推动国家经济发展势头,同时支持增长并提升社区居民的生活品质。
林木生集团集团执行主席丹斯里拿督斯里林福山太平局绅博士工程师为此次的里程碑评论且表示:“2025年是我们在8 x 8战略下奠定基础的重要一年。进入2026年,我们将继续聚焦于执行符合长期愿景的机遇,优化土地资产,并强化我们的旗舰城镇项目。我们将持续以负责任的方式成长,以市场需求和可持续发展为指引,同时打造互联互通的社区,为所有利益相关者创造持久价值。”
~完~