LBS CLOSES 2025 WITH 45.2% GROWTH IN PATMI GUIDED BY ITS 8 X 8 STRATEGY, RAISES DIVIDEND PAYOUT TO 40%
- Q4FYE2025’s revenue surges 61.0%, while PATMI (continuing operations) registered a turnaround from a loss
- Dividend payout increases to 40% of PATMI, up from 30% to reward shareholders
- Announces the cancellation of treasury shares, boosting shareholders’ ownership
Petaling Jaya, 25 February 2026 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” or the “Group”), a leading property developer guided by people-first values, today announced its unaudited financial results for the fourth quarter (“Q4FYE2025”) and full year ended 31 December 2025 (“FYE2025”), marking a resilient performance in the first year of its three-year 8 x 8 Strategy.
For Q4FYE2025, LBS recorded revenue of RM462.3 million, representing a 61.0% increase from the RM287.1 million recorded in the preceding year’s corresponding quarter. This improvement was primarily driven by the higher contribution from the property development segment by 59.5% to RM418.1 million, in comparison to RM262.1 million. Consequently, the Group’s continuing operations exhibited a strong turnaround which resulted in a normalised profit after tax and minority interests (“PATMI”) of RM40.6 million, from a loss of RM7.4 million, supported by accelerated development activities across on-going projects and realisation of cost efficiencies from completed projects.
For the full year 2025, the Group’s revenue improved 8.3%, reaching RM1.6 billion, predominantly derived from the property development segment, which contributed RM1.5 billion or 93.8% of the Group’s total revenue. Revenue growth from this segment was supported by higher construction progress across on-going development projects, particularly its Klang Valley projects, such as LBS Alam Perdana, KITA@Cybersouth, Prestige Residence and Idaman projects. This brings PATMI from continuing operations to RM125.2 million, a 45.2% increase from RM86.3 million a year ago. The Group’s commendable earnings growth was also attributed to a lower base in the preceding year, which included a one-off foreign exchange loss arising from the settlement of an intra-group loan following the disposal of Lamdeal Investment Limited.
Commenting on the results, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, Group Executive Chairman of LBS said, “FYE2025 marks the first year of the 8 x 8 Strategy, with our financial performance reflecting its successful implementation and resilience. We achieved total sales of RM1.4 billion, surpassing the previous year’s RM1.3 billion, and continue to steadily execute our development pipeline amid strong demand across key markets. Klang Valley developments remain the anchor of our revenue and earnings, supported by both residential and industrial projects. Notably, we will undertake the development of one of Klang Valley’s prestigious and emerging townships at Kwasa Damansara, with launches slated to begin in 2027. Beyond Klang Valley, we are also excited with our joint venture with Oriental Holdings Berhad to jointly develop an integrated mixed-use project in Klebang, Melaka.”
In line with recognising the shareholders’ continued support and confidence in the Group’s growth trajectory, LBS has formally revised its dividend policy. Effective from FYE2025, the Group has increased its minimum dividend payout ratio from 30% to 40% of its PATMI. Reflecting this commitment to enhance shareholders’ value, the Board of Directors has declared a first interim single-tier dividend of 1.3 sen per ordinary share, payable on 20 May 2026. The Board has also proposed a final single-tier dividend of 2.0 sen per ordinary share which is subject to shareholders’ approval at the upcoming annual general meeting.
Concurrently, the Group has announced the cancellation of 10 million treasury shares, representing 0.6% of the issued ordinary shares, as a strategic effort to optimise its capital structure and enhance shareholders’ value. With the reduction in the total number of outstanding shares, this initiative is expected to be accretive to the Group’s earnings per share, improve dividend per share and reflect LBS’ dedication to delivering sustained value to its shareholders.
As at 31 December 2025, LBS recorded cash and bank balances of RM653.2 million, with net assets per share rising to RM1.10 from RM1.05, reflecting a healthy financial position. The RM1.3 billion of unbilled sales will continue to provide LBS with strong earnings visibility in the coming years. With a focus on disciplined capital management, sustainability principles and sustained market demand, the Group is poised to advance its 8 x 8 Strategy and deliver long-term value to stakeholders.
~End~
LBS CATAT PERTUMBUHAN PATMI 45.2% BAGI TAHUN 2025, DIPACU STRATEGI 8 X 8 DAN KADAR PEMBAYARAN DIVIDEN MENINGKAT 40%
- Q4FYE2025 melonjak 61.0%, manakala PATMI (operasi berterusan) catat pemulihan kukuh
- Nisbah pembayaran dividen PATMI dinaikkan kepada 40% berbanding 30% sebagai penghargaan kepada pemegang saham
- Mengumumkan pembatalan saham perbendaharaan, tingkatkan pegangan ekuiti dan nilai kepada pemegang saham
Petaling Jaya, 25 Februari 2026 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, hari ini mengumumkan keputusan kewangan tidak diaudit bagi suku keempat (“Q4FYE2025”) serta kewangan berakhir 31 Disember 2025 (“FYE2025”), sekali gus mencerminkan prestasi kukuh sepanjang tahun pertama pelaksanaan Strategi 8 x 8 bagi tempoh tiga tahun.
Bagi Q4FYE2025, LBS mencatat hasil sebanyak RM462.3 juta, mencerminkan peningkatan sebanyak 61.0% berbanding RM287.1 juta yang direkod dalam suku yang sama pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen pembangunan hartanah, melonjak sebanyak 59.5% kepada RM418.1 juta, berbanding RM262.1 juta sebelum ini. Susulan itu, operasi berterusan Kumpulan mempamerkan pemulihan yang teguh, sekali gus mencatat keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti yang dinormalisasikan (“PATMI”) sebanyak RM40.6 juta, berbanding kerugian sebanyak RM7.4 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. Prestasi ini disokong oleh pelaksanaan pembangunan yang dipercepatkan bagi projek-projek yang sedang dilaksanakan serta realisasi kecekapan kos daripada projek-projek yang telah siap.
Bagi tahun penuh kewangan penuh 2025, hasil Kumpulan meningkat sebanyak 8.3% mencecah RM1.6 bilion. Sebahagian besar perolehan ini disumbang oleh segmen pembangunan hartanah yang menjana RM1.5 bilion, atau 93.8% daripada jumlah keseluruhan perolehan Kumpulan. Pertumbuhan hasil dalam segmen ini disokong oleh kemajuan pembinaan yang lebih pesat dii projek-projek pembangunan sedia ada, khususnya projek-projek di Lembah Klang seperti LBS Alam Perdana, KITA @ Cybersouth, Prestige Residence dan Projek Idaman. Sehubungan itu, PATMI daripada operasi berterusan meningkat kepada RM125.2 juta, iaitu peningkatan sebanyak 45.2% berbanding 86.3 juta pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan pendapatan Kumpulan yang memberangsangkan ini turut dipengaruhi oleh asas perbandingan yang lebih rendah pada tahun sebelumnya, merangkumi kerugian pertukaran mata wang asing sekali had (One-off) susulan penyelesaian pinjaman dalam Kumpulan berikutan pelupusan Lamdeal Investment Limited.
Mengulas keputusan tersebut, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, “FYE2025 menandakan tahun pertama pelaksanaan Strategi 8 x 8, di mana prestasi kewangan kami mencerminkan keberkesanan pendekatan strategik ini. Kami berjaya mencapai jumlah jualan sebanyak RM1.4 bilion bagi tahun ini, melangkaui pencapaian RM1.3 bilion pada tahun sebelumnya. Momentum pelaksanaan projek yang stabil turut dikekalkan, dengan permintaan yang kukuh merentas pasaran utama. Pembangunan di Lembah Klang terus menjadi tonggak utama keuntungan Kumpulan, disokong permintaan konsisten terhadap projek kediaman dan perindustrian. Selain itu, kami akan mengendalikan pembangunan di salah sebuah perbandaran berprestij Kwasa Damansara, dengan pelancaran dijadualkan bermula pada tahun 2027. Selain Lembah Klang, kami juga teruja dengan jalinan usaha sama bersama Oriental Holdings Berhad untuk membangunkan projek bercampur bersepadu di Klebang, Melaka.”
Sebagai pengiktirafan terhadap sokongan berterusan dan keyakinan para pemegang saham terhadap trajektori pertumbuhan Kumpulan, LBS telah meminda dasar dividennya secara rasmi. Berkuat kuasa dari FYE2025, Kumpulan telah meningkatkan nisbah pembayaran dividen minimum daripada 30% kepada 40% daripada PATMI. Dengan komitmen untuk memperkasakan nilai pemegang saham, Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen interim pertama satu peringkat sebanyak 1.3 sen sesaham biasa, yang akan dibayar pada 20 Mei 2026. Lembaga Pengarah turut mencadangkan dividen akhir satu peringkat sebanyak 2.0 sen sesaham biasa, tertakluk kepada kelulusan para pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) akan datang.
Pada masa yang sama, LBS turut mengumumkan pembatalan sebanyak 10 juta saham perbendaharaan, yang mewakili 0.6% daripada jumlah saham biasa terbitan, sebagai satu langkah strategik untuk mengoptimumkan struktur modal serta meningkatkan nilai kepada para pemegang saham. Melalui pengurangan jumlah keseluruhan saham dalam edaran, inisiatif ini dijangka akan meningkatkan pendapatan sesaham Kumpulan, menambah baik dividen sesaham serta mencerminkan komitmen LBS dalam menyampaikan nilai kelestarian kepada para pemegang sahamnya.
Setakat 31 Disember 2025, LBS mencatat baki tunai dan bank sebanyak RM653.2 juta, dengan aset bersih sesaham meningkat kepada RM1.10 berbanding RM1.05, mencerminkan kedudukan kewangan yang sihat. Jualan belum dibil sebanyak RM1.3 bilion akan terus memberikan kejelasan perolehan yang kukuh kepada LBS bagi tahun-tahun mendatang. Berbekalkan tumpuan terhadap pengurusan modal yang berdisiplin, prinsip kelestarian, serta permintaan pasaran yang konsisten, Kumpulan kini berada pada kedudukan yang strategik untuk memacu Strategi 8 x 8 dan memberikan nilai jangka panjang kepada para pihak berkepentingan.
~Tamat~
林木生集团在 “8 X 8” 战略引领下,2025 财年以 45.2% 的税后净利润与少数股东权益增长强势收官,股息派发率提升至 40%
- 2025 财年第四季度营业额激增 61.0%,持续经营业务的税后净利润与少数股东权益成功扭亏为盈
- 股息派发率由 30% 提升至 40%,以回馈股东
- 宣布注销库存股,提升股东持股权益
(八打灵再也25日讯)- 以人为本的著名发展商林木生集团(“LBS”或“集团”)今日公布截至 2025年12月31日第四季度(“Q4FYE2025”)及2025全年(“FYE2025”)未经审计的财务业绩,展现其三年“8 x 8”战略在首年执行中的稳健而具韧性的表现。
在 2025 财年第四季度(Q4FYE2025),集团录得 4 亿 6,230 万令吉的营业额,较上一财年同期的 2 亿 8,710 万令吉增长 61.0%。此增长主要归功于产业发展业务的贡献,相比去年同期的 2 亿 6,210 万令吉,大幅提升 59.5% 至 4 亿 1,810 万令吉。因此,集团的持续经营业务成功实现转亏为盈,相较去年同期录得740万令吉亏损,业绩显著改善,录得经调整后的税后及少数股东权益利润(“PATMI”)4,060万令吉,这主要受惠于在建筑项目开发进度加快,以及已竣工项目所带来的成本效率实现。
截至 2025 年全年,集团营业额增长 8.3% 至 16 亿令吉,主要收入来自产业发展业务,该业务贡献 15 亿令吉,占集团总营业额的 93.8%。该业务的收入增长,主要受惠于在建筑发展项目更高的施工进度,尤其是巴生谷项目,如 LBS Alam Perdana,KITA@Cybersouth,Prestige Residence和Idaman项目。因此,集团净利(PATMI)增至 1 亿 2,520 万令吉,较去年同期的 8,630 万令吉增长45.2%。集团可观的盈利增长亦归因于较低的比较基础,上一年度因出售Lamdeal Investment Limited清偿集团内部贷款而录得一次性外汇亏损,导致基数偏低。
林木生集团集团执行主席丹斯里拿督斯里林福山太平局绅博士工程师表示:“2025 财年是‘8 x 8’战略实施的第一年,我们的财务表现体现了该战略成功落实及其韧性。我们在 2025 财年取得 14 亿令吉的全年销售额,超越上一年的 13 亿令吉。我们持续稳步推进发展项目组合的执行进度,同时核心市场的需求依然保持韧性。巴生谷的发展项目继续成为集团营业额与盈利的支柱,由住宅及工业项目共同支撑。值得一提的是,我们将于 Kwasa Damansara 发展巴生谷其中一个备受瞩目且新兴的城镇项目,预计于 2027 年开始推出。此外,巴生谷以外,我们亦对与东方实业 (“Oriental Holdings Berhad”) 的合作感到振奋,双方将于马六甲吉里望 (“Klebang”) 联合发展一个综合型混合用途项目。”
为回馈股东对集团持续成长的支持与信心,林木生集团已正式修订其股息政策。自 2025 财年起,集团将最低股息派发率由 PATMI 的 30% 提升至 40%。体现对股东价值的承诺,董事会已宣布派发首次单层中期股息,每股普通股1.3仙,将于2026年5月20日派付。同时,董事会亦建议派发单层末期股息,每股普通股2.0仙,惟须在即将召开的股东周年大会上获得股东批准。
同时,林木生集团宣布注销1,000万股库存股,占已发行普通股的0.6%,作为优化资本结构及提升股东价值的策略举措。随着已发行股份总数的减少,此举预计将有助于提升集团每股盈利,增加每股股息,并体现林木生集团致力于为股东创造持续价值的承诺。
截至2025年12月31日,林木生集团录得现金及银行存款6亿5,320万令吉,每股净资产由1.05令吉升至1.10令吉,反映财务状况稳健。另一方面,13亿令吉的未开票销售额将持续为集团在未来数年提供强劲的盈利可见度。集团专注于稳健的资本管理、可持续发展原则及持续的市场需求,准备推进“8 x 8”战略,为利益相关方创造长期价值。
~完~