1. Media
  2. »
  3. Press Releases
  4. »
  5. LBS Fabulous 20-21...

LBS Fabulous 20-21 Offers RM1 Million Worth Of Prizes In Lucky Draw

13 September 2021

Untuk Siaran Segera 

LBS FABULOUS 20-21 MENAWARKAN RM1 JUTA

HADIAH LUMAYAN DALAM CABUTAN BERTUAH

Petaling Jaya, 13 September 2021 – LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju perbandaran terkemuka Malaysia telah berjaya melancarkan cabutan bertuah pertama bagi kempen LBS Fabulous 20-21 dengan hadiah yang menarik bernilai lebih dari RM445,000.

“Walaupun cabutan bertuah terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik namun ia tetap berlangsung seperti yang dirancang sekaligus memberikan sebuah pengalaman yang menarik. Membeli rumah merupakan sebuah pencapaian yang terbesar bagi setiap individu apatah lagi dalam tempoh penularan pandemik ini. Oleh itu, kami ingin melakukan lebih daripada sekadar menyediakan rumah yang berkualiti dan mampu milik serta menambah nilai dengan cara yang akan dikenang oleh pembeli rumah LBS untuk tahun-tahun akan datang,” jelas Tan Sri Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif LBS.

Cabutan bertuah pertama LBS Fabulous 20-21 telah disiarkan secara langsung melalui Facebook LBS pada 11 September 2021. Seramai 4,386 pembeli rumah layak untuk cabutan bertuah pertama yang merangkumi sejumlah 497 hadiah. Pembeli rumah LBS terpilih ini terdiri daripada mereka yang membuat pembelian dari 1 Januari 2020 hingga 30 Jun 2021. Cabutan bagi hadiah – hadiah tersebut telah dilakukan oleh Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, Pengarah Urusan, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan, dan pengarah – pengarah lain, Datuk Dr. Haji Baharum Bin Haji Mohamed, Datuk Tony Lim Tong Lee, Dato’ Lim Han Boon, dan Datuk Lim Si Cheng. Bagi memastikan pengendalian yang adil dan saksama sepanjang cabutan bertuah tersebut, acara itu turut disaksikan oleh firma guaman Steven Tai, Wong & Partners.

Ganjaran untuk hadiah utama telah ditingkatkan dengan penambahan sebuah Proton X50 1.5L Executive. Hadiah-hadiah menarik lain termasuk Proton Persona, Proton Iriz, Motor SM Sport 110, basikal, mini iPad, komputer riba Dell, mesin basuh, peti sejuk, mini Hi-Fi dan lain-lain lagi.

Bagi mereka yang belum lagi memenangi hadiah, nantikan pusingan cabutan bertuah seterusnya bersama LBS Fabulous 20-21 kerana secara automatiknya mereka layak ke pusingan kedua, (SPA sah di antara 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021). Semua pembeli rumah LBS yang membeli hartanah melebihi RM250,000 dari senarai kediaman hartanah LBS terpilih bermula Januari 2020 hingga 31 Disember 2021 secara automatik layak untuk ke pusingan kedua cabutan bertuah tersebut. Hadiah menarik dianggarkan bernilai RM750 ribu. Jadi, jangan tunggu lagi, lihat senarai kediaman hartanah LBS dan terus layari laman rasmi media sosial LBS untuk maklumat terkini dan berpeluang memenangi hadiah menarik.

Sila layari https://lbs.com.my/ atau hubungi 1700 81 8998 untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai kempen LBS Fabulous 20-21.

-Tamat-

Share: