Press Releases

LBS LINES UP DEVELOPMENT PIPELINE FOR NEXT GROWTH PHASE, WITH RM1.03 BILLION UNBILLED SALES SUPPORTING EARNINGS VISIBILITY

LBS LINES UP DEVELOPMENT PIPELINE FOR NEXT GROWTH PHASE, WITH RM1.03 BILLION UNBILLED SALES SUPPORTING EARNINGS VISIBILITY

  • The  Reserva in Kwasa Damansara is positioned as a key long-term growth catalyst, with its first phase targeted for launch in 2027


Petaling Jaya, 18 November 2026 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” or the “Group”), a leading property developer guided by people-first values, continued to progress its development pipeline in the third quarter ended 30 September 2026 (“Q3FYE2026”), with the property development segment remains the key contributor to the Group’s performance, supported by an improved contributions from its construction and trading segment.

For Q3FYE2026, LBS recorded revenue of RM324.7 million, profit before tax (“PBT”) of RM34.0 million and profit after tax and minority interests (“PATMI”) of RM16.6 million. The property development segment contributed revenue of RM268.6 million and PBT of RM28.3 million. 

For the nine months ended 30 September 2026 (“9MFYE2026”), the Group recorded revenue of RM961.7 million, PBT of RM102.4 million and PATMI of RM48.7 million. Financial performance was primarily supported by ongoing property development activities, complemented by improved contributions from the construction and trading segment.

The property development segment remains the Group’s core revenue contributor, accounting for approximately 85.0% of total revenue in 9MFYE2026. The segment generated revenue of RM814.7 million and PBT of RM95.0 million, with key contributions from LBS Alam Perdana, KITA @ Cybersouth in Selangor and Centrum Iris in Cameron Highlands.

LBS continues to advance its ongoing projects while preparing upcoming launches to support its next phase of growth. As at 17 November 2026, the Group recorded property sales of RM971 million and bookings of RM345 million. The Group’s unbilled sales stood at RM1.03 billion as at 31 October 2026, providing visibility for future revenue recognition as construction progresses. Backed by its extensive landbank of 3,893 acres as at 17 November 2026, LBS remains focused on unlocking future development opportunities, prioritising projects that align with market demand and offer sustainable long-term growth potential.

Commenting on the results, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, Group Executive Chairman of LBS said, “Property development remains the cornerstone of our business, while the stronger contributions from construction and trading are an encouraging development, providing additional support to the Group’s earnings. We continue to see encouraging demand for developments such as Alam Perdana Industrial Park and Centrum Iris, while maintaining a disciplined approach to our project launches and development activities.

At KITA @ Cybersouth, the formalisation of the tenancy agreement with MYDIN for the township’s first supermarket marks another positive step towards strengthening its commercial ecosystem, complementing the ongoing development of KITA Avenue Square. Meanwhile, The Reserva in Kwasa Damansara remains a key focus, with its first phase targeted to be unveiled in 2027. With a gross development value (“GDV”) of RM8.3 billion, we believe the project has the potential to become a meaningful long-term growth catalyst, alongside other opportunities within our extensive landbank.

We also see promising potential in KLOOP, our upcoming multi-phase commercial development in Klebang, Melaka with an estimated GDV of over RM400 million. Strategically located within the Straits of Melaka Waterfront Economic Zone, the 27.3-acre development is envisioned as a vibrant commercial and lifestyle destination that will strengthen the Group’s long-term commercial development portfolio.”

He added, “We also welcome the proposed extension of stamp duty exemptions for first-time homebuyers under Budget 2027 until 31 December 2030, which is expected to ease upfront homeownership costs and support demand for affordable and mid-market homes.

Looking ahead, our priority is to translate these development opportunities into tangible results through effective project execution, well-positioned products and strategically timed launches. We remain committed to strengthening our earnings base progressively and delivering sustainable long-term value to shareholders.”

~End~

LBS RANCANG FASA PERTUMBUHAN BAHARU, DISOKONG JUALAN BELUM DIBIL RM1.03 BILION

  • The Reserva di Kwasa Damansara dikenal pasti pemangkin utama pertumbuhan jangka panjang, fasa pertama disasarkan untuk dilancarkan 2027


Petaling Jaya, 18 November 2026 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, terus memperkukuh perancangan pembangunannya bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026 (“Q3FYE2026”). Segmen pembangunan hartanah kekal sebagai penyumbang utama kepada prestasi Kumpulan, disokong oleh peningkatan sumbangan daripada segmen pembinaan dan perdagangan.

Bagi Q3FYE2026, LBS mencatat hasil sebanyak RM324.7 juta, keuntungan sebelum cukai (“PBT”) sebanyak RM34.0 juta serta, manakala keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (“PATMI”) sebanyak RM16.6 juta. Segmen pembangunan hartanah kekal menyumbang hasil sebanyak RM268.6 juta dan PBT sebanyak RM28.3 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2026 (“9MFYE2026”), Kumpulan merekodkan hasil sebanyak RM961.7 juta, PBT sebanyak RM102.4 juta dan PATMI berjumlah RM48.7 juta. Prestasi kewangan ini disokong oleh aktiviti pembangunan hartanah yang sedang giat berjalan, dan didorong oleh peningkatan sumbangan daripada segmen pembinaan dan aktiviti perdagangan.

Segmen pembangunan hartanah kekal sebagai penyumbang utama hasil Kumpulan, merangkumi kira-kira 85.0% daripada jumlah hasil bagi 9MFYE2026. Segmen ini menjana hasil sebanyak RM814.7 juta dan PBT sebanyak RM95.0 juta, dengan sumbangan utama daripada projek LBS Alam Perdana, KITA @ Cybersouth di Selangor, serta Centrum Iris di Cameron Highlands.

LBS terus memacu kemajuan projek-projek yang sedang dilaksanakan di samping membuat persiapan bagi pelancaran projek-projek baharu untuk menyokong fasa pertumbuhan Kumpulan yang seterusnya.  Sehingga 17 November 2026, Kumpulan telah mencatatkan jualan hartanah sebanyak RM971 juta dan tempahan jualan berjumlah RM345 juta. Sementara itu, jualan belum dibilkan Kumpulan berjumlah RM1.03 bilion setakat 31 Oktober 2026, sekali gus memberikan keterlihatan terhadap pengiktirafan hasil pada masa hadapan seiring dengan perkembangan kerja-kerja pembinaan.

Dengan sokongan bank tanah yang luas berjumlah 3,893 ekar setakat 17 November 2026, LBS kekal fokus dalam meneroka dan merealisasikan peluang pembangunan pada masa hadapan, dengan memberi keutamaan kepada projek-projek yang memenuhi permintaan pasaran serta mempunyai potensi pertumbuhan mampan untuk jangka panjang.

Mengulas mengenai prestasi Kumpulan, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS berkata, “Pembangunan hartanah kekal sebagai teras perniagaan kami, dan peningkatan sumbangan daripada segmen pembinaan dan perdagangan terus memberikan sokongan tambahan kepada pendapatan Kumpulan. Kami melihat permintaan yang memberangsangkan bagi pembangunan seperti Taman Industri Alam Perdana dan Centrum Iris, sambil mengekalkan pendekatan berdisiplin dalam pelancaran projek serta aktiviti pembangunan kami.

Di KITA @ Cybersouth, pemeteraian perjanjian penyewaan bersama MYDIN bagi pembukaan pasar raya pertama di perbandaran tersebut merupakan satu lagi perkembangan positif dalam memperkukuh ekosistem komersial kawasan itu, sekali gus melengkapi pembangunan KITA Avenue Square yang sedang berjalan. Sementara itu, The Reserva di Kwasa Damansara kekal sebagai antara tumpuan utama kami, dengan fasa pertamanya disasar untuk diperkenalkan pada tahun 2027. Dengan nilai pembangunan kasar (“GDV”) sebanyak RM8.3 bilion, kami percaya projek ini berpotensi menjadi pemangkin penting kepada pertumbuhan jangka panjang Kumpulan, di samping peluang pembangunan lain di lingkungan bank tanah kami yang ekstensif.

Kami turut melihat potensi yang memberangsangkan di KLOOP, satu lagi projek pembangunan komersial multi-fasa kami yang bakal dibangunkan di Klebang, Melaka, dengan anggaran GDV melebihi RM400 juta. Terletak secara strategik di Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka, pembangunan seluas 27.3 ekar  ini dirancang sebagai destinasi komersial dan gaya hidup yang dinamik bagi memperkukuh portfolio pembangunan komersial jangka panjang Kumpulan. 

“Kami juga menyambut baik cadangan pelanjutan pengecualian duti setem bagi pembeli rumah pertama di bawah Belanjawan 2027 sehingga 31 Disember 2030, di mana ianya dijangka dapat mengurangkan kos awal pemilikan rumah serta menyokong permintaan terhadap kediaman mampu milik dan segmen pasaran pertengahan.” tambah beliau.

“Melangkah ke hadapan, keutamaan kami adalah untuk menterjemahkan peluang pembangunan ini kepada hasil yang nyata melalui pelaksanaan projek berkesan, penawaran produk bersesuaian dengan pasaran serta strategi pelancaran yang tepat pada masanya. Kami kekal komited untuk memperkukuh asas pendapatan Kumpulan secara berperingkat dan memberi nilai mampan jangka panjang kepada para pemegang saham.”

~Tamat~

林木生集团蓄势迈向新增长阶段,10亿3000万令吉未入账销售额支撑稳健盈利前景

  • 桂莎白沙罗的The Reserva项目被视为集团未来长期增长的重要驱动力,首期预计将于2027年推出


(八打灵再也18日讯)- 以人为本的著名发展商林木生集团(“LBS”或“集团”),在截至2026年9月30日的第三季度(“Q3FYE2026”)持续推进其发展项目,其中房地产发展业务依然是集团业绩的主要贡献来源,加上建筑及贸易业务的贡献有所提升,进一步支撑集团整体表现。

在2026财年第三季度(Q3FYE2026),林木生集团录得3亿2,470万令吉的营业额、3,400万令吉的税前盈利(PBT),以及1,660万令吉的税后及少数股东权益后盈利(PATMI)。其中,房地产发展业务贡献2亿6,860万令吉的营业额及2,830万令吉的税前盈利(PBT)。 

截至2026年9月30日的九个月(9MFYE2026),集团录得9亿6,170万令吉的营业额、1亿240万令吉的税前盈利(PBT),以及4,870万令吉的税后及少数股东权益后盈利(PATMI)。集团的财务表现主要受持续推进的产业发展业务所带动,同时建筑及贸易业务的贡献有所提升,进一步支撑整体业绩表现。

房地产发展业务板块依然是林木生集团的核心收入来源,占2026财年前九个月总营业额约85.0%。该业务板块录得8亿1,470万令吉的营业额及9,500万令吉的税前盈利,主要贡献来自雪兰莪州的LBS Alam Perdana、KITA @ Cybersouth,以及金马仑高原的Centrum Iris项目。

林木生集团持续推进现有发展项目,同时积极筹备即将推出的新项目,以支持集团迈向下一阶段的增长。截至2026年11月17日,集团录得产业销售额达9亿7100万令吉,预订额达3亿4500万令吉。截至2026年10月31日,集团未入账销售额达10亿3000万令吉,而随着建筑工程持续推进,也为未来收入的确认提供了良好的可见度。凭借截至2026年11月17日总面积达3,893英亩的庞大土地储备,集团将继续专注于释放未来的发展潜力,优先推动符合市场需求,并具备可持续长期增长潜力的项目。

针对业绩表现,林木生集团集团执行主席丹斯里拿督斯里林福山太平局绅博士工程师表示:“房地产发展依然是集团业务的核心支柱,而建筑及贸易业务板块贡献的进一步提升,亦是令人鼓舞的发展,为集团盈利表现提供额外支撑。我们持续观察到市场对Alam Perdana Industrial Park及Centrum Iris等项目的需求表现积极,同时继续以审慎且稳健的方针推进项目推介及各项发展活动。”

在KITA @ Cybersouth,集团正式与MYDIN签署租赁协议,引进该城镇首家超级市场,为进一步完善当地商业生态圈迎来重要进展,同时配合KITA Avenue Square项目的持续发展。与此同时,位于Kwasa Damansara的The Reserva仍是集团重点发展的项目之一,首期预计将于2027年正式推介。该项目总发展价值(GDV)达83亿令吉。我们相信,该项目有潜力成为集团未来长期增长的重要驱动力,并与集团庞大土地储备中的其他发展机遇相辅相成,共同推动集团持续成长。”

我们也看好即将在马六甲吉里望推出的全新多阶段商业发展项目KLOOP的发展潜力,预计总发展价值(GDV)超过4亿令吉。项目坐落于马六甲海峡滨海经济特区(Straits of Melaka Waterfront Economic Zone),占地27.3英亩,旨在打造一个充满活力的商业与生活休闲地标,进一步壮大集团的长期商业发展项目组合。 ”

丹斯里林福山补充道:“鉴于2027年财政预算案将首次购屋者的印花税豁免措施延长至2030年12月31日,此举预计将减轻首次购屋者在置业初期的成本压力,并进一步支持可负担房屋及中端住宅市场的需求。

展望未来,我们将专注于通过高效的项目执行、精准的产品定位,以及适时推出新项目,将发展机遇转化为实质成果。我们将继续逐步强化集团的盈利基础,为股东创造可持续的长期价值。”

~完~

Share This Post: