FOR IMMEDIATE RELEASE
FROM CARDIFF GRADUATE TO INDUSTRY LEADER: LBS GROUP EXECUTIVE CHAIRMAN TAN SRI LIM HOCK SAN INSPIRES AT UK CEREMONY
Wales, United Kingdom, 21 July 2025 – Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, JP., Group Executive Chairman of LBS Bina Group Berhad (“LBS”) and President of The Federation of Hokkien Associations Malaysia, made a triumphant return to his alma mater, Cardiff University, United Kingdom, as a distinguished alumni speaker.
Delivering an inspiring address on the final day of the university’s graduation ceremony, Tan Sri Lim shared personal reflections, leadership insights, and words of encouragement with the graduating class in front of more than 1,000 graduands, marking a proud and memorable moment in his journey from student to prominent industry leader.
A First-Class Honours graduate in Civil Engineering from Cardiff University in 1982, Tan Sri Lim’s early academic excellence was further recognised when he won Second Prize in the British Steel Corporation Competition for his innovative design of a football grandstand using hollow steel sections. From these early achievements, he carved a path of bold entrepreneurship — beginning in a humble truck transportation business and evolving it into the award-winning LBS, renowned for its transformative and community-focused townships.
“Success rarely comes in a straight line,” Tan Sri Lim told the graduates. “There will be sharp corners, detours, and moments of doubt, but your integrity, your values, and your grit will carry you further than you can imagine. What you build with your life matters, so build it well.”
Tan Sri Lim encouraged the graduates to face the future with confidence, compassion, and a sense of purpose. “As you step into this next chapter, embrace uncertainty with courage. The world needs your ideas, your energy, and your leadership.”
A recipient of more than 100 awards and accolades throughout his distinguished career, Tan Sri Lim was conferred an Honorary Doctor of Management by UNITAR International University in 2023, in recognition of his contributions to nation-building and leadership excellence. He is also currently serving as an Adjunct Professor at the same university.
Cardiff University expressed its sincere appreciation to Tan Sri Lim for his inspiring address and congratulated the graduating class of 2025 on reaching this significant milestone.
~End~
UNTUK SIARAN SEGERA
DARIPADA GRADUAN CARDIFF KEPADA TOKOH INDUSTRI: PENGERUSI EKSEKUTIF KUMPULAN LBS, TAN SRI IR (DR) LIM HOCK SAN SAMPAI UCAPTAMA ALUMNI DI MAJLIS GRADUASI UNITED KINGDOM
Wales, United Kingdom, 21 Julai 2025 – Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, JP., Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group Berhad (“LBS”), dan Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, kembali dengan penuh kejayaan ke alma mater beliau, Cardiff University, United Kingdom, sebagai penceramah alumni yang disegani.
Menyampaikan ucapan yang penuh inspirasi pada hari terakhir majlis graduasi universiti tersebut, Tan Sri Lim berkongsi refleksi peribadi, pandangan kepemimpinan serta kata-kata semangat kepada para graduan, sekali gus mencipta detik yang membanggakan dan penuh makna dalam perjalanan beliau bermula dari seorang mahasiswa kepada tokoh terkemuka dalam industri, khususnya pembangunan hartanah.
Menamatkan pengajian pada tahun 1982 dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Kejuruteraan Awam, beliau turut merangkul Tempat Kedua dalam Pertandingan anjuran British Steel Corporation bagi reka bentuk astaka stadium bola sepak menggunakan struktur keluli berongga. Bermula dari pencapaian awal tersebut, beliau mengorak langkah dalam dunia keusahawanan dengan penuh keberanian. Bermula daripada perniagaan pengangkutan lori yang sederhana, kini beliau terlibat secara langsung di dalam mengembangkan syarikat LBS yang telah merangkul pelbagai anugerah dan dikenali sebagai pembangunan perbandaran transformatif yang berteraskan komuniti.
“Kejayaan tidak datang bergolek,” ujar Tan Sri Lim kepada para graduan. “Perjalanan kejayaan dipenuhi liku-liku cabaran, namun integriti, nilai murni serta ketabahan yang bakal membawa anda lebih jauh ke hadapan. Apa yang dibina hari ini adalah penting, maka pupuklah ia dengan sebaik mungkin.”
Tan Sri Lim menyeru para graduan untuk melangkah ke masa hadapan dengan penuh keyakinan, empati, serta halatuju yang berpaksikan visi dan misi. “Di saat menelusuri fasa baharu kehidupan, sambutlah ketidaktentuan dengan keberanian. Dunia ini dahagakan idea, tenaga dan kepimpinan anda.”
Dinobatkan dengan lebih dari 100 anugerah dan pengiktirafan, Tan Sri turut telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan oleh UNITAR International University pada tahun 2023 sebagai penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam pembangunan negara dan kecemerlangan kepimpinan. Beliau turut menyandang gelaran Profesor Adjung di universiti yang sama.
Cardiff University merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Lim atas ucapan beliau yang penuh inspirasi serta mengucapkan tahniah kepada para graduan kelas 2025 atas pencapaian penting ini.
~Tamat~
即时发布
从卡迪夫毕业生成为业界领袖:林木生集团执行主席丹斯里林福山在英国母校毕业典礼发表激励人心演讲
英国威尔士,2025年7月21日 — 林木生集团(LBS)集团执行主席兼马来西亚福建社团联合会总会长丹斯里拿督斯里林福山荣誉太平局绅博士工程师,近日荣幸回到母校英国卡迪夫大学,并以杰出校友身份受邀发表演讲。
在卡迪夫大学毕业典礼的最后一天,丹斯里林福山对超过1,000名毕业生发表演讲,分享了他个人的成长、领导智慧与勉励。这也象征着他从一名辛辛学子成长为卓越业界领袖的重要里程碑。
丹斯里林福山于1982年以一级荣誉学位毕业于卡迪夫大学土木工程系,早年学术表现优秀。他凭借一项以中空钢结构设计足球看台的创新作品,在“英国钢铁公司设计竞赛”中荣获二等奖。自此,他大胆走上创业之路,从卡车运输业务起步,最终发展成为如今享誉国内外、以综合社区项目闻名的林木生集团。
“成功从来都不是一条直线,”林福山在演讲中表示,“你会遇到急转弯、绕道和怀疑自己的时刻,但正直、价值观与韧性将带你走得更远。你所构筑的人生,就是你最重要的作品,请用心去铸造。”
他勉励毕业生以自信、同理心和使命感迎接未来。“在你们开启人生新篇章的同时,请勇敢地面对不确定性。这个世界需要你们的创意、活力与领导力。”
在其卓越的职业生涯中,林福山共获得超过100项奖项与荣誉。他于2023年获UNITAR国际大学颁授荣誉管理博士学位,以表彰其在国家建设与卓越领导方面的贡献,目前也担任该大学的客席教授。
卡迪夫大学衷心感谢林福山的激励演讲,并祝贺2025届全体毕业生前程似锦。
~完~