1. Media
  2. »
  3. Press Releases
  4. »
  5. LBS Virtual Town...

LBS Virtual Town Hall Meeting 2021

25 August 2021

Untuk Siaran Segera

Mesyuarat ‘Town Hall’ Virtual LBS 2021

Peningkatan Digitalisasi dalam Norma Baharu

Petaling Jaya, 25 Ogos 2021 – LBS Bina Group Berhad (LBS) secara rasminya mengakhiri mesyuarat ‘Town Hall’ tahunan yang diadakan sepenuhnya secara virtual. Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk membincangkan cabaran syarikat di dalam menangani pandemik termasuk cara penyelesaian, objektif serta haluan untuk tahun ini. Walaupun dilakukan secara virtual, mesyuarat ini dilihat sebagai suatu platform dan peluang yang terbaik bagi menyuntik motivasi di samping mengukuhkan ikatan di kalangan kakitangan.

”Tahun 2021 menandakan tahun kedua kita berhadapan dengan pandemik ini. Di sebalik cabaran pada masa-masa sukar ini, LBS berupaya mengharungi cabaran tersebut serta kekal bertahan dan menunjukkan prestasi terbaiknya. Adalah mustahil untuk mengecapi kejayaan ini tanpa usaha dan sumbangan berterusan para kakitangan di LBS. Selain dari itu, pelaksanaan digitalisasi dan kesediaan kami untuk menerapkan norma baharu ini serta sikap saling bergantung di antara satu sama lain turut menyumbang kepada kejayaan tersebut.  Terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang bakal menanti di masa hadapan, namun jika kita konsisten untuk melakukan yang terbaik, iaitu untuk menyediakan rumah berkualiti dan mampu dimiliki di samping meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan kita, saya yakin kita mampu mencapai sasaran jualan 2021, ” ujar Tan Sri Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif dari LBS.

Di mesyuarat tersebut, LBS turut membentangkan laporan prestasi 2020 serta kemas kini inisiatif ‘Pelan Transformasi Digital’ dan pelan-pelan berkaitan perkembangan syarikat. LBS turut mengulas kejayaan kempen-kempen yang dilancarkan di sepanjang 2021 termasuk #Duduk Rumah Deals 2.0 dan 3.0, Ox-Picious 8, Raikan Rezeki Bersama LBS, dan Vacci-Nation Bonanza, di samping menyentuh beberapa perancangan akan datang.

Mesyuarat ‘Town Hall’ ini tetap menjadi platform komunikasi rasmi syarikat bagi pihak pengurusan dan kakitangan untuk berkongsi kemas kini dan perkembangan syarikat. Hampir 500 orang kakitangan dari Kumpulan LBS Bina Berhad termasuk anak syarikatnya yang tersenarai awam, MGB Berhad, dan Zhuhai International Circuit Limited (ZIC) menghadiri mesyuarat virtual tersebut.

-Tamat-

Share: