1. Media
  2. »
  3. Press Releases
  4. »
  5. LBS Kicks Off...

LBS Kicks Off 2022 On A Strong Note

18 May 2022

Untuk Siaran Segera

LBS CATAT PRESTASI MANTAP DI PERMULAAN TAHUN 2022

  • Pendapatan Q1FYE2022 meningkat kepada RM409.02 juta berbanding RM402.55 juta
  • PATMI meningkat kepada RM30.16 juta berbanding Q1FYE2021 dengan RM25.15 juta
  • Tempahan sebanyak RM561 juta, jualan tanpa bil sebanyak RM2.4 bilion

Petaling Jaya, 18 Mei 2022 – Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Syarikat”), hari ini mengumumkan hasil kewangan bagi suku pertama berakhir 31 Disember 2022 (“Q1FYE2022”).

Bagi tempoh dalam tinjauan, LBS merekodkan hasil keuntungan sebanyak RM409.02 juta berbanding RM402.55 juta pada suku pertama 2021 (“Q1FYE2021). Keuntungan sebelum cukai dan keuntungan selepas cukai masing-masing sebanyak RM54.26 juta dan RM33.80 juta, yang diterjemahkan dari peningkatan tahun ke tahun dengan 2.14% dan 2.7%. Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) mencatatkan sebanyak RM30.16 juta dengan peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 20.0% meskipun berhadapan dengan konflik peperangan Russia dan Ukraine yang memberi kesan kepada peningkatan harga barangan mentah.

Segmen pembangunan hartanah masih merupakan penyumbang terbesar kepada keuntungan Syarikat. Rekod pembangunan hartanah mencatatkan peningkatan kepada 96.2% daripada jumlah keseluruhan pendapatan, iaitu RM393.48 juta, dengan peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 1%. Pendapatan yang stabil ini didorong oleh kadar pengambilan positif daripada projek-projek di Lembah Klang seperti Residensi Bintang Bukit Jalil, LBS Alam Perdana dan KITA @ Cybersouth. Syarikat turut mengumumkan bahawa projek pembangunan di Lembah Klang telah menyumbang lebih daripada 80% daripada pendapatan hasil Syarikat bagi Q1FYE2022.

Sehingga 17 Mei 2022, LBS telah berjaya memperoleh jualan sebanyak RM593 juta dan tempahan dalam perancangan sebanyak RM561 juta.

Sehingga 30 April 2022, jualan tanpa bil mencatatkan sebanyak RM2.4 bilion, akan memberikan pulangan secara positif kepada Syarikat untuk tempoh beberapa tahun ke hadapan.

Mengulas keputusan tersebut, Pengerusi Eksekutif LBS Tan Sri Lim Hock San berkata, kami sangat teruja untuk memulakan tahun 2022 dengan semangat baru tanpa dibayangi pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, LBS masih berhadapan dengan suku pertama yang mencabar berikutan kenaikan harga barangan mentah dan kekurangan tenaga pekerja. Ini sekaligus memberi kesan kepada sentimen pasaran dan industri semasa. Namun begitu, LBS akan terus konsisten dalam mengekalkan keputusan yang terbaik.

Menerusi pengumuman terkini Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan kadar dasar semalaman adalah dijangka. Umum diketahui, ini adalah sebahagian daripada urusan dalam menjalankan perniagaan dan kami telah bersiap sedia. Kami percaya bahawa produk kami, sejajar dengan permintaan pasaran harga rumah mampu milik dan berada di lokasi-lokasi strategik yang mampu memenuhi permintaan daripada orang ramai. Ini ditambah dengan  pengecualian duti setem Kerajaan ke atas pembelian hartanah pertama bernilai sehingga RM500,000 untuk warganegara Malaysia bagi perjanjian jual beli yang dilaksanakan antara 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2025.

Untuk tahun 2022, LBS akan terus membuat perancangan yang teliti berdasarkan prestasi kukuh tahun 2021. Peningkatan nilai pemegang kepentingan tetap menjadi keutamaan kami untuk mengekalkan kepercayaan para pemegang saham terhadap usaha LBS.

-Tamat-

Share: