1. Media
  2. »
  3. Press Releases
  4. »
  5. LBS Bina Unveils...

LBS Bina Unveils a New Phase of KITA @ Cybersouth

28 September 2022

Untuk Siaran Segera

LBS LANCAR FASA BARU PROJEK KITA @ CYBERSOUTH

● KITA Sejati Menawarkan Rumah Yang Berkualiti Dengan Pilihan Kediaman Yang Berkualiti

Petaling Jaya, 28 September 2022 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”) mengumumkan projek bangunan tinggi ketiga, KITA Sejati, yang terletak di kawasan perbandaran KITA @ Cybersouth dan terdiri daripada pangsapuri servis 24 tingkat sebanyak 1,054-unit dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM 384 juta. Terletak di atas tanah seluas 6.8 ekar, KITA Sejati menawarkan harga mampu milik dengan kediaman yang berkualiti, serta terletak sempurna bersesuaian dengan kawasan persekitarannya.

KITA Sejati terdiri daripada dua variasi dalam susun atur dan saiz, Jenis A, (602 kaki persegi) dengan harga yang ditawarkan bermula daripada RM270,000 dan Jenis B (850 kaki persegi) dengan harga bermula daripada RM389,900 di mana ianya amat sesuai untuk pembeli rumah kali pertama, dan pasangan muda yang baru membina keluarga. Malah, boleh dikatakan bahawa KITA Sejati akan dapat memenuhi keperluan keluarga berskala kecil ataupun pasangan yang baru mendirikan rumahtangga ditambah dengan reka bentuknya yang praktikal sebagai rumah pertama yang sempurna.

Dengan memfokuskan konsep kesejahteraan masyarakat, dipadankan dengan infrastruktur perbandaran yang lengkap dan komprehensif, KITA Sejati komited untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang harmoni dan tenang. Ianya turut menitikberatkan ciri-ciri keselamatan di mana pembangunan ini dilengkapi dengan pagar dan kawalan CCTV di pondok pengawal. Elemen-elemen kemasyarakatan dan kekeluargaan turut disuntik di dalam rekaan KITA Sejati dengan pelbagai kemudahan berorientasikan keluarga seperti dewan serbaguna, gelanggang takraw, kawasan barbeku, kolam renang, gimnasium, gelanggang futsal dan banyak lagi.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata “LBS telah membina asas yang kukuh bagi mewujudkan rumah dengan suasana yang harmoni bagi sebuah keluarga. Tiga tonggak utama yang LBS patuhi semasa membina projek ini, ialah kebolehcapaian, ketersambungan dan kehidupan bermasyarakat.”

Pembangunan baharu ini terletak berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya. KITA Sejati juga dikelilingi oleh hab pendidikan yang terkenal seperti Universiti Xiamen, UiTM Dengkil dan Universiti Heriot Watt serta akses mudah ke beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya, Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara Selatan (NSE) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Bakal pembeli rumah juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah melalui kempen LBS Fabulous Extra 2022-23 apabila mereka membeli rumah dan hartanah LBS bermula daripada sekarang sehingga akhir tahun 2023, di mana antara hadiah menarik yang ditawarkan berupa 22 buah unit Perodua Axia. Pembeli rumah KITA Sejati juga boleh menikmati insentif tambahan, seperti yuran tempahan yang rendah sebanyak RM200, pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi, yuran keluar sifar dan pakej perabot. (Tertakluk kepada terma dan syarat).

Untuk maklumat lanjut mengenai KITA Sejati, sila lawati galeri jualan KITA @ Cybersouth, dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Pembeli rumah yang berminat juga boleh melayari https://virtualfair.lbs.com.my/township/cybersouth/kita-sejati-serviced-apartment/atau hubungi 1700 81 8998.

-tamat-

Mengenai LBS Bina Group Berhad

LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju perbandaran terkemuka di peringkat antarabangsa dengan visi untuk membina ruang inspirasi sempurna merupakan penyandang pelbagai anugerah menerusi projek pembangunannya. Dengan mengutamakan pembeli rumah, LBS telah membina dan membentuk landskap negara selama 30 tahun dan terus memenuhi permintaan pasaran bagi rumah berkualiti dan mampu milik.

Kini, dengan bank tanah di seluruh Malaysia, LBS terus meraih kejayaan dan kekal kukuh dengan kejayaan perbandaran seperti Bandar Saujana Putra, KITA @ Cybersouth di Dengkil, LBS Alam Perdana di Bandar Puncak Alam dan lain-lain lagi. Selain daripada pembangunan hartanah, LBS turut terlibat di dalam pengurusan runcit, perhotelan dan pelancongan.

Kejayaan berterusan yang dilakar oleh LBS adalah hasil kepimpinan Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San yang turut dianugerahkan dengan pingat emas sebagai Property Man of the year by Malaysia Property Award (FIABCI) pada tahun 2018 yang merupakan Anugerah ‘Oscar’ dalam industri hartanah. Ketabahan dan kegigihan Tan Sri Lim di dalam mengatasi cabaran industri, serta kepimpinan yang cemerlang dengan pengetahuan ilmu industri hartanah yang unggul di samping nilai integriti dan tanggungjawab menjadi tonggak kepada penerimaan anugerah ini.

Untuk pertanyaan media, hubungi:
Jabatan Komunikasi Korporat, Media & Digital, LBS

Emel : media@lbs.com.my

Share: