1. Media
  2. »
  3. Press Releases
  4. »
  5. LBS Bina Launches...

LBS Bina Launches A New Phase Of KITA @ Cybersouth

16 November 2021

Untuk Siaran Segera

LBS LANCAR FASA TERBARU DI KITA @ CYBERSOUTH
‘KITA Mesra’ Bakal Ulangi Kejayaan Fasa Terdahulu

Petaling Jaya, Selangor, 16 November 2021 – LBS Bina Group Berhad (LBS) hari ini melancarkan KITA Mesra, sebuah lagi projek rumah mampu milik yang terdiri dari 646 unit merangkumi 3 jenis hartanah, Rumah Bandar, Rumah Dua Tingkat dan Rumah Satu Tingkat yang akan dilancarkan lebih awal dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM309 juta. Fasa-fasa terdahulu KITA @ Cybersouth terbukti menjadi tarikan dengan kadar pengambilan tinggi menjangkau sehingga 90% bagi kesemua unit yang dilancarkan.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, “KITA Mesra merupakan sebuah lagi projek berkonsepkan ‘mesra jiran’ yang bakal tampil di perbandaran KITA @ Cybersouth bagi memenuhi impian rakyat untuk memiliki rumah, ditawarkan dengan harga mampu milik bagi mereka yang baru membina keluarga. Kami optimis di sebalik tempoh pandemik yang kini memasuki endemik, permintaan untuk pembelian hartanah akan terus meningkat dan projek ini memberi manfaat kepada pembeli dengan lingkungan harga yang berpatutan di samping nilai untuk pelaburan jangka panjang,”

Semesra namanya, KITA Mesra dibina di atas Tanah Rizab Melayu dengan mengetengahkan konsep terbuka di samping ruang luar yang luas serta mengambil kira ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan. Kawasan ini turut dikelilingi dengan kehijauan taman ideal bagi aktiviti luar dan rekreasi bagi mewujudkan suasana kejiranan yang mesra. Dilengkapi dengan pilihan fasiliti antaranya seperti pusat dan dewan komuniti, ruang, trek jogging dan basikal, gelanggang serbaguna, taman refleksologi dan pod bbq yang sesuai untuk aktiviti rekreasi dan komuniti.

Kawalan keselamatan turut diberi fokus utama, di mana KITA Mesra dilengkapi dengan CCTV, kad akses melalui pondok pengawal dan kawalan berjadual. Kedudukannya yang berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya di samping akses ke lebuhraya utama dan kemudahan asas menjadikan KITA Mesra sebuah bandar lestari yang moden.

Projek KITA Mesra turut tersenarai di bawah Kempen Vacci-Nation Bonanza yang telah dilanjutkan sehingga hujung tahun, di mana LBS memberi insentif tunai RM671,120 dan insentif tunai tambahan sehingga RM334,500 bagi mereka yang mendaftar dan telah menerima vaksin. Pada pusingan pertama cabutan bertuah LBS Fabulous 20-21, hadiah-hadiah bernilai RM445,000 termasuk sebuah Proton X50 telah diberikan kepada pembeli hartanah LBS yang bertuah. Bakal pembeli KITA Mesra berpeluang menyertai pusingan kedua cabutan bertuah yang turut menawarkan hadiah lumayan Proton X70, Persona, Iriz dan Exora yang dianggarkan lebih dari RM750,000 untuk dimenangi.

Untuk maklumat lanjut mengenai KITA Mesra, lawati bilik pameran maya kami di https://virtualfair.lbs.com.my/township/cybersouth/ atau hubungi 1700 81 8998.

-Tamat-

Share: