FOR IMMEDIATE RELEASE
Royalty Grace LBS Bina Group Chinese New Year Dinner 2023
LBS Springs to Greater Heights in the Year of the Rabbit
Petaling Jaya, 15 February 2023 – LBS Bina Group Berhad (“LBS”) Chinese New Year Dinner 2023, held at Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, was graced by His Majesty, KDYMM Seri Paduka Baginda The Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah and accompanied by DYMM Seri Paduka Baginda The Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. The presence of His and Her Royal Highness imbues joy and honour to the occasion.
The lion dance troupe coupled with a lively drum performance greets King, Queen and guests of honors in, with approximately 800 guests present. The joyous event was complemented with the presence of several dignitaries including Chief Minister of Selangor, Dato’ Sri Amirudin Shari, Minister of Agriculture and Food Security, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Minister of Home Affairs, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, and Minister of Science, Technology and Innovation, YB Tuan Chang Lih Kang. Also attending the celebration were prominent figures in the government, banking, construction industries as well as Chinese community association and foreign guests.
Tan Sri Lim Hock San, Executive Chairman of LBS, expressed “Having our Yang Di-Pertuan Agong grace the LBS Bina Chinese New Year Dinner for the Rabbit Year makes for a momentous occasion for LBS and an exceptional beginning to the year. LBS has soared to remarkable heights in the Tiger Year, breaking multiple records, from the sales gallery with the most indoor show houses in Malaysia, being awarded as Malaysia’s Best Managed Companies, to benchmarking our sales target at RM 2 billion. All of these were made possible by virtue of the synergy from our team, support of the stakeholders, and of course, trust of our customers”.
‘Muhibah’, the theme for the LBS Bina 2023 Chinese New Year Dinner, is synonymous with our current government’s initiative. LBS, better known as The People’s Developer, will continue to show ardent support in bridging the community and forming unity amidst diversity. Housing is essential to economic, social, and civic development, more so, one that is affordable and of quality. Living up to our reputation as The People’s Developer, LBS Bina will continue to build and provide quality housing solutions to the nation whilst fulfilling our corporate social responsibility, aligning our goals with what The King has been advocating for. Lastly, to leaders, friends, and family present here today, I wish you a year of abundance, opulence, and good fortune.” Tan Sri remarked.
~End~
UNTUK SIARAN SEGERA
Agong dan Permaisuri Bercemar Duli ke Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina LBS 2023
Petaling Jaya, 15 Februari 2023 – Majlis Makan Malam sempena sambutan Tahun Baru Cina LBS Bina Group Berhad (“LBS”), telah diserikan dengan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan DYMM Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, yang berlangsung gilang gemilang di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Rombongan tarian singa dan persembahan gendang tradisi menyambut ketibaan Baginda Tuanku dan Permaisuri. Bertemakan ‘Muhibah’, majlis turut dilengkapkan dengan kehadiran barisan dif-dif kehormat dan kenamaan termasuk Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Dalam Negeri, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang, Turut hadir di majlis tersebut ialah tokoh-tokoh terkemuka kerajaan, perbankan, industri pembinaan serta persatuan masyarakat Cina dan tetamu luar negara.
Tan Sri Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif LBS, berkata “Kesudian Yang Di-Pertuan Agong bercemar duli ke Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina LBS Bina di Tahun Arnab ini, merupakan satu peristiwa penting bagi LBS dan merupakan permulaan yang istimewa untuk tahun ini. LBS telah melonjak ke tahap yang luar biasa di Tahun Harimau lepas, memecahkan pelbagai rekod, daripada galeri jualan dengan bilangan rumah pameran contoh terbanyak di Malaysia, dianugerahkan sebagai Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia, hingga memperolehi jualan melebihi sasaran sebanyak RM 2 bilion. Semua ini tercapai berdasarkan sinergi daripada pasukan LBS, sokongan pihak berkepentingan, dan sudah tentu, kepercayaan pelanggan kami”.
Tema ‘Muhibah’, bagi majlis Makan Malam Tahun Baru Cina LBS Bina 2023 adalah sinonim dengan inisiatif dan pendekatan kerajaan perpaduan pada hari ini. LBS, yang dikenali sebagai Pemaju Perumahan Rakyat, akan terus komited dan memberi sokongan padu di dalam membentuk perpaduan komuniti. Sektor perumahan adalah penting bagi pembangunan ekonomi, sosial dan kemasyarakatan, lebih-lebih lagi, segmen mampu milik yang berkualiti.
Selaras dengan reputasi kami sebagai Pemaju Rakyat, LBS akan terus membina dan menyediakan penyelesaian perumahan berkualiti di samping memenuhi tanggungjawab sosial korporat kami seiring dengan matlamat negara. Akhir sekali, kepada para pemimpin, rakan-rakan, dan keluarga yang hadir di sini hari ini, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2023 semoga semua hadirin mendapat limpahan kemewahan serta kemakmuran jangka panjang” tambah Tan Sri Lim.
~Tamat~
即时发布
最高元首莅临林木生集团2023年新春晚宴
兔年跃至更高一层楼
(八打灵再也15日讯)我国最高元首端姑阿都拉陛下,在元首后东姑阿兹莎阿米娜的陪同下,莅临由林木生集团(LBS)举办,位于吉隆坡文华东方酒店(Mandarin Oriental)的2023年新春晚宴。最高元首和伉俪的出席,为这一场合增添了欢乐和荣誉。
舞狮团配合与鼓乐表演下,迎接最高元首和伉俪及贵宾入场,共有800名宾客到场。雪州大臣拿督斯里阿米鲁丁、农业及粮食安全部长莫哈末沙布、内政部长拿督斯里赛夫丁、科学工艺部长郑立慷、数位政要、银行界、建筑业、华社知名人士以及海外贵宾,齐出席这场新春晚宴。
林木生集团执行主席丹斯里林福山指出:“国家元首在兔年为林木生集团新春晚宴增光添彩,这对本集团来说是个重要时刻,也为新一年掀开非凡的篇章。本集团在过去一年虎虎生威创下几项记录,包括以拥有最多室内陈列室单位的销售廊,二度创下《马来西亚纪录大全》、获德勤选为国内卓越管理企业、取得有史以来最高的销售额记录20亿令吉。这些优异表现都得益于我们团队的协同作用、利益相关者的支持,当然还有客户的信任。”
丹斯里林福山补充:“此新春晚宴的主题为多元种族(Muhibah),与我们现任政府的倡议同义。作为以人为本的发展商,本集团将继续热心支持弥合社区,并团结多元种族。房屋对于经济、社会和公民发展至关重要,更重要的是,房屋得负担得起和质量。我们将继续为国家建设和提供优质的房屋解决方案,同时履行我们的企业社会责任,使让们与国家元首一直倡导的目标保持一致。最后,祝在座的各位领导、朋友和家人,来年富足、丰裕、福气满满。” 丹斯里评论道。
~完~