Press Releases

LBS Hits 2022 Sales Target Ahead Of Time

FOR IMMEDIATE RELEASE

LBS HITS 2022 SALES TARGET WITHIN TEN MONTHS

Petaling Jaya, 17 October 2022 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” or the “Group”) achieved RM1.604 billion in sales, with total of 3,886 units sold, reaching its financial year 2022 sales target before the end of the final quarter. Sterling sales performance in 2022 also seen an 85.8% year-on-year growth as at 15 October 2021 of RM863 million. Klang Valley, in particular, showcased a commendable take-up rate, contributing 89% of the total sales figure.

In spite of the recent manpower shortage, material price hike, and the nation’s economic recovery in the endemic phase, which has proven to be a challenge for the housing landscape in Malaysia, more so for the affordable homes category, LBS was able to pull through steadily and even outperform previous year sales target by almost double. Part of the success is attributed to MGB’s in-house Industrialised Building System (“IBS”) pre-cast technology, which speeds up construction process, reduces operational cost, without compromising build quality.

The Group reported that development projects within the Klang Valley accounted for more than 84% of the 6MFYE22 revenue. The Group’s cash and cash equivalents, as at end-June 2022, was RM265.7 million, an increase of 62% compared to 6MFY21. In the second quarter ended 30th June 2022 (3 months), LBS saw its revenue grow 54% year-on-year to RM410.4million while earnings per share rose to 2.25 sen from 1.04 sen a year prior. As at 30th June 2022 (6 months), the Group’s revenue grows 23% year-on-year to RM819.4mil while earnings per share rose to 3.70 sen from 2.37 sen a year prior.

For the year ahead, LBS sets to move on to a greater paradigm shift, holistically. This includes venturing into new partnerships and businesses. LBS is constantly on the outlook for new partnerships and collaborations. Among LBS’ recent partnership is with the state of Selangor in the launch of Rumah Selangorku Idaman MBI as well as the collaboration with Watsons’ Win-a-Home campaign, on top of our very own LBS Fabulous Extra campaign that rewards LBS homeowners with amazing prizes. These initiatives enable us to grow our marketing potentials and provide outreach to a different target audience and expand our database.

The Group also sets to strengthen existing industries by improvising on the current SOPs, departmental centralization and sharing, automated data gathering on IBS system to maximise output and quality. The Group’s recent win as Malaysia’s Best Managed Companies by Deloitte is a testament that organizational management is the core foundation to our success. The staple of LBS remains to be building homes for the people and the Group forecasts to launch 17 projects in the Klang Valley, Johor, Pahang, and Perak for the following year.

Operational efficiency is yet another focus of LBS, which enables us to better track our performance indicators, in the form of automation accuracy and customer satisfaction. As for non-financial values, ESG serves as an enabler to higher financial optimisation, reduced volatility and increased employee productivity. Thus, for the year 2023, LBS envisions to develop a business model that will propel towards building good governance, strong environmental and social performance.

Commenting on the achievement, the Group’s Executive Chairman, Tan Sri Lim Hock San states, “As with the end of stamp duty exemption at the end of 2021, the market expected a decline in sales but I am gratified to have continued to receive a robust take-up rate for our projects. The Government’s recent measure to increase stamp duty exemption is to be applauded as our properties are within the RM500,000 range, providing a saving from RM21,000 for first time home buyers.”

“Digitalization is the norm in today’s home buying journey. Finding the right home can be taxing. The goal is to streamline and make the process as seamless as possible by including robotics and automation starting from the construction process all the way to key collection. We bring live construction progress with drone footage, provide an intuitive user interface where one can browse their future home via virtual showhouses, solve their inquiries via helpdesk and place their booking via online, the entire process at your fingertip, made possible. That said, I am certain we are able to hold on to this momentum till year-end” added Tan Sri Lim Hock San.

~End~

UNTUK SIARAN SEGERA

LBS CAPAI SASARAN JUALAN TAHUN 2022

Angka Jualan Mencecah 1.604 Bilion

Petaling Jaya, 17 Oktober 2022 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”) telah mencapai RM1.604 bilion nilai jualan, dengan sejumlah 3,886-unit terjual, mencapai sasaran jualan tahun kewangan 2022 sebelum tamat suku tahunan terakhir. Prestasi jualan yang memberangsangkan pada 2022 juga menyaksikan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 85.8% pada 15 Oktober 2021 sebanyak RM863 juta. Lembah Klang, secara khususnya, mempamerkan kadar pengambilan yang membanggakan, menyumbang 89% daripada jumlah angka jualan.

Di sebalik masalah kekurangan tenaga kerja yang melanda negara, kenaikan harga bahan, dan pemulihan ekonomi negara dalam fasa endemik, yang telah terbukti memberikan cabaran kepada pemaju perumahan di Malaysia, terutamanya bagi segmen hartanah rumah mampu milik, LBS berupaya menghadapinya malah berjaya mengatasi sasaran jualan tahun sebelumnya sebanyak hampir dua kali ganda. Sebahagian daripada kejayaan itu disumbang oleh teknologi Sistem Binaan Berindustri Pratuang (“IBS”) milik MGB Berhad, anak syarikat LBS, yang membantu mempercepatkan proses pembinaan, mengurangkan kos operasi, tanpa menjejaskan kualiti binaan.

LBS turut melaporkan bahawa projek pembangunan di Lembah Klang telah menyumbang lebih daripada 84% daripada hasil 6MFYE22. Jumlah tunai dan kesetaraan tunai Syarikat, pada akhir Jun 2022, adalah sebanyak RM265.7 juta, iaitu peningkatan sebanyak 62% berbanding 6MFY21. Pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 (3 bulan), LBS menyaksikan pendapatannya meningkat sebanyak 54% tahun ke tahun kepada RM410.4 juta manakala pendapatan sesaham meningkat kepada 2.25 sen daripada 1.04 sen berbanding tahun sebelumnya. Pada 30 Jun 2022 (6 bulan), hasil keuntungan Syarikat meningkat sebanyak 23% tahun ke tahun kepada RM819.4 juta manakala pendapatan sesaham meningkat kepada 3.70 sen berbanding 2.37 sen pada tahun sebelumnya.

Untuk tahun yang mendatang, LBS akan terus bergerak maju seiring dengan perancangan dan perubahan paradigma secara menyeluruh. Antaranya termasuk melalui penerokaan perkongsian dan kerjasama baharu di mana LBS sentiasa terbuka dengan sebarang kolaborasi yang membawa manfaat jangka panjang. Antara kolaborasi yang telah termeterai termasuk kerjasama LBS bersama Kerajaan Negeri Selangor melalui pelancaran Projek Rumah Selangorku MBI serta kerjasama dengan Watsons melalui kempen ‘Shop with Watsons & Walk Away with a Home”. Di samping itu, LBS turut melancarkan kempen pemasaran ‘LBS Fabulous Extra 2021-23’ yang memberikan ganjaran kepada pemilik rumah LBS dengan pelbagai hadiah menarik. Inisiatif ini membolehkan Syarikat membangunkan potensi pemasaran selain menyediakan perkhidmatan yang mensasarkan pelbagai lapisan masyarakat di samping memperkukuhkan pangkalan data LBS.

Syarikat juga sentiasa berusaha untuk mengukuhkan kedudukan di dalam industri dengan menambah baik SOP semasa, pemusatan dan perkongsian jabatan, pengumpulan data yang sistematik pada sistem IBS bagi memaksimumkan ‘output’ di samping mengekalkan kualiti. Pengiktirafan yang diperolehi LBS baru-baru ini sebagai Syarikat Dengan Pengurusan Terbaik Malaysia 2022 oleh Deloitte adalah bukti bahawa pengurusan organisasi adalah asas yang penting kepada kejayaan LBS. Misi utama LBS ialah membina rumah untuk rakyat dan Syarikat meramalkan untuk melancarkan 17 projek di Lembah Klang, Johor, Pahang, dan Perak untuk tahun akan datang.

Kecekapan dalam urus tadbir operasi merupakan satu lagi tumpuan LBS, di mana Syarikat berupaya meneliti prestasi dengan lebih baik, dalam bentuk ketepatan automasi dan kepuasan pelanggan. Bagi nilai bukan kewangan, ESG berfungsi sebagai pemangkin kepada pengoptimuman kadar kewangan yang lebih tinggi, mengurangkan pembaziran dan meningkatkan produktiviti pekerja. Oleh itu, untuk tahun 2023, LBS menyasar untuk membangunkan model perniagaan yang akan mendorong ke arah urus tadbir yang lebih baik, penjagaan alam sekitar dan sosial yang kukuh.

Mengulas mengenai pencapaian itu, Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, “Dengan berakhirnya pengecualian duti setem pada penghujung 2021, kami menjangkakan penurunan dalam jualan kami, sebaliknya saya berpuas hati kerana kami terus menerima kadar pengambilan yang menggalakkan untuk projek kami. Langkah Kerajaan baru-baru ini untuk meningkatkan nilai pengecualian duti setem patut dipuji kerana nilai hartanah kami berada dalam lingkungan RM500,000, dan ia dapat memberikan penjimatan yang bermula dari RM21,000 bagi pembeli rumah kali pertama.”

“Penggunaan kaedah digital telah menjadi kebiasaan dalam trend membeli rumah pada hari ini. Proses pencarian rumah yang betul boleh menjadi suatu proses membebankan. Matlamat kami dalam kaedah pendigitalan ini adalah untuk membantu melancarkan proses tersebut menyediakan sistem robotik dan automasi bermula daripada proses pembinaan sehinggalah kepada pengambilan kunci. Pembeli rumah juga boleh melihat proses pembinaan secara berkala dengan rakaman dron, laman web yang menyeluruh di mana bakal pembeli akan dapat melihat contoh rumah melalui rumah pameran maya, menjawab pertanyaan mereka melalui meja bantuan dan membuat tempahan dalam talian, dan keseluruhan proses ini dilakukan di hujung jari sahaja. Oleh yang demikian, LBS optimis untuk mengekalkan momentum sehingga akhir tahun ini” tambah Tan Sri Lim Hock San.

~Tamat~

即时发布

林木生集团提前达标 10 个月内突破 16 亿令吉销售额

(八打灵再也 17 日讯)林木生集团(LBS)年初至 2022 年 10 月 16 日共售出 3886 单位,取得 16 亿 400 万令吉销售额,比预期早达到全年 16 亿令吉销售额目标。年初至今的销售额,也比去年同期的 8 亿 6300 万令吉销售额高出 85.8%。巴生谷区的发展项目认购率强劲,贡献总销售额 89% 比重。

尽管面对人力短缺、原材料价格上涨、以及国家经济处在后疫请复苏阶段,对马来西亚的房屋领域(包括可负担房屋)构成挑战,不过林木生集团能够度过难关,稳步创下比去年多出 1 倍的销售额。销售额亮眼部分归功于旗下子公司创健集团(MGB)的工业化建筑系统(IBS)预制技术,从中加快施工进度,降低运营成本,同时不影响建筑质量。

林木生集团指出,巴生谷发展项目贡献 2022 财年首半年营业额超过 84%。截至 2022 年 6 月底,现金及现金等值项目为 2 亿 6570 万令吉,年增 62%。截至 6 月底次季 3 个月内,营业额达 4 亿 1040 万令吉,按年上扬 54%;每股盈利从去年同期的 1.04 仙,提高至 2.25 仙。至于截至 6 月底首半年,该集团营业额年起 23%8 亿 1940 万令吉;每股盈利为 3.70 仙,去年同期为 2.37 仙。

展望未来一年,该集团将进行更大的改革和提升,包括参与新的合伙和业务。该集团将持续寻找新的伙伴关系与合作,其中包括与雪兰莪州合作推出“我的雪兰莪 MBI 梦之家”(Rumah Selangorku Idaman MBI),以及 LBS FABULOUS EXTRA 22-23 幸运抽奖活动,加上配合马来西亚屈臣氏(Watsons Malaysia)会员俱乐部成立 12 周年的“Shop With Watsons & Walk Away with a Home”竞赛。这些举措让集团提高营销潜力,接触不同的目标客户群,并扩大我们的数据库。

该集团亦着手加强现有行业,包括通过改善标准作业程序、部门集中和共享、以及在 IBS 系统上自动收集数据,以最大限度地提高产量和质量。

值得一提的是,林木生集团近期荣获全球领先咨询机构德勤(Deloitte)选为 2022 年马来西亚卓越管理企业,证明集团的组织管理是我们成功的核心基础。该集团的主要业务仍然是为人民建造房屋,预计明年将在巴生谷、柔佛、彭亨和霹雳州推出 17 个发展项目

运营效率是该集团的其中重点,以更自动化和准确的方式,以及衡量客户满意度,更有效地追踪我们设下的绩效指标。此外,环境、社会及治理(ESG)能实现更高的财务优化、降低波动性、以及提高员工生产力。因此,该集团将在 2023 年开发一种商业模式,以推动建立良好的治理、强大的环境和社会绩效。

针对业务表现,林木生集团执行主席丹斯里林福山指出:“免印花税在 2021 年底截至,市场预计销售将下滑,不过我很庆幸本集团的发展项目仍取得强劲认购率。政府最近提高印花税减免的措施值得赞赏,这将让购买 50 万令吉以上售价房产的首购族,省下高达 2 万 1000 令吉。”

丹斯里林福山补充:“数码化是当今购屋之旅的常态。寻找合适的房屋可能会很费力。我们的目标是从施工,到交钥匙匙的过程中,通过机械化和自动化,简化流程,包括通过无人机监督现场施工进度。同时,透过改善网络用户界面,让潜在客户通过虚拟展示厅,浏览他们未来的家园。买家亦可通过网络服务柜台,线上查询并预定单位,整个过程触手可及。也就是说,我相信我们能够维持此势头。”

~完~

Share This Post: