1. Media
  2. »
  3. Press Releases
  4. »
  5. LBS Foresees Recovery...

LBS Foresees Recovery In Property Sector In 2022

16 June 2022

Untuk Siaran Segera

LBS RAMAL PEMULIHAN SEKTOR HARTANAH PADA 2022

Petaling Jaya, 16 Jun 2022 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah berjaya memuktamadkan Mesyuarat Agung Tahunan ke-22 (“AGM”) yang berlangsung pada hari ini dan dijalankan secara maya sepenuhnya.

LBS seterusnya mengumumkan bahawa kesemua 11 resolusi biasa yang dibentangkan semasa AGM untuk pertimbangan telah diluluskan oleh para pemegang sahamnya, termasuk dividen akhir satu peringkat sebanyak 1.00 sen sesaham (“Dividen Akhir”) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (“FYE2021”). Sebagai tambahan kepada dividen interim pertama LBS sebanyak 0.85 sen sesaham (“Dividen Pertama”) yang telah diumumkan pada 15 April 2022, jumlah dividen LBS untuk FYE 2021 adalah berjumlah 1.85 sen sesaham.

Dividen interim pertama dan dividen akhir akan dibayar pada 14 Julai 2022 dan 15 September 2022 masing-masing kepada pemegang saham yang namanya tersenarai di dalam Rekod Pendeposit LBS pada 30 Jun 2022 dan 30 Ogos 2022.

Usai AGM, Pengerusi Eksekutif LBS Tan Sri Lim Hock San mengulas, “Kami telah melihat peningkatan menggalakkan di dalam industri pasaran hartanah selaras dengan pemulihan ekonomi. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, jumlah kumulatif permohonan pinjaman untuk pembelian hartanah pada Q1 2022 meningkat 4.06% tahun ke tahun. LBS konsisten berada di landasan dengan rancangan untuk melancarkan 14 projek yang dianggarkan bernilai RM1.77 bilion pada 2022 di seluruh Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak.”

“2021 merupakan tahun yang membuahkan hasil. Kami berharap dengan tumpuan berterusan terhadap perniagaan dan pembayaran dividen yang konsisten selaras dengan dasar dividen syarikat, para pemegang saham LBS akan terus menaruh kepercayaan mereka kepada kami. Kami akan mengharungi cabaran 2022 dengan berhati-hati melangkah di tengah-tengah pemulihan ekonomi, dan berharap untuk terus mengemudi LBS ke hadapan di samping meningkatkan nilai pemegang kepentingan.

Sehingga , 15 Jun 2022 LBS telah merekodkan jualan hartanah sebanyak RM 816 juta dengan tempahan dalam perancangan sejumlah RM 683 juta.

-Tamat-

Share: