20200914 RITMA PERDANA, PEMBANGUNAN TERBAHARU PERBANDARAN LBS ALAM PERDANA

Untuk Siaran Segera

RITMA PERDANA, PEMBANGUNAN TERBAHARU

PERBANDARAN LBS ALAM PERDANA

Kawasan Komuniti yang Berpagar dan Berpengawal

Ijok, Selangor, 14 September 2020 – LBS Bina Group Berhad (LBS) telah melancarkan Ritma Perdana, fasa keempat kediaman dengan harga yang mampu milik di perbandaran berpagar dan berpengawal dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM611 juta. Kadar ambilan yang memberangsangkan daripada fasa sebelum ini mendorong LBS untuk terus melancarkan fasa baharu kepada pembeli.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San, LBS Alam Perdana adalah perbandaran ‘gated and guarded’ yang direka bagi membentuk kehidupan bermasyarakat dalam suasana kondusif, selamat dan berinspirasi. Ruang dan fasiliti tersedia disusun bagi mengeratkan silaturahim komuniti. Dengan pelancaran Ritma Perdana, kami percaya bahawa komuniti akan terus berkembang di dalam perbandaran ini. Pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dan Kempen LBS #DudukRumah Deals Plus HOC akan menggalakkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia untuk memiliki rumah di lokasi strategik.

Ritma Perdana direka elegan dengan 250 unit rumah bandar dan 901 unit rumah teres. Dengan saiz binaan seluas dari 1,191 kaki persegi hingga 1,308 kaki persegi, setiap unit rumah bandar ini menawarkan kawasan seluas 22’ x 80’ dan 22’ x 95’ pada harga yang berpatutan dari RM418,000 dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

Rumah teres binaan dengan keluasan 1,420 kaki persegi (20’ x 60’) pula menawarkan reka bentuk moden dan luas kepada pembeli rumah dengan susun atur 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi bermula dari RM529,900.

Dengan penekanan konsep dalaman terbuka, Ritma Perdana dikelilingi dengan suasana kehijauan serta persekitaran yang selamat untuk seisi keluarga. Ia juga menawarkan pelbagai ciri keselamatan dan kemudahan yang dapat meningkatkan kualiti hidup.

Selain dari itu, pembeli boleh mengakses 37 fasiliti bagi menikmati gaya hidup aktif. Pembangunan ini turut berfokuskan penglibatan masyarakat dengan kemudahan yang luas seperti taman, gelanggang sukan, pusat komuniti dan tempat barbeku bagi menggalakkan semangat bermasyarakat dan interaksi dalam kalangan keluarga dan juga jiran tetangga.

Tan Sri Lim berkata, “LBS Alam Perdana menerima kadar ambilan yang tinggi sejak awal pelancaran pada November 2017. Fasa pertama dan kedua perbandaran ini, Irama Perdana dan Simfoni Perdana, telah diserahkan kepada pembeli pada awal tahun ini, manakala rumah teres dua tingkat dan rumah berkembar satu tingkat, Rentak Perdana, telah habis dijual. Kami yakin bahawa kediaman yang mampu dimiliki akan dapat mengulang kejayaan projek sebelum ini.”

LBS Alam Perdana adalah perbandaran seluas 469 ekar yang terletak di lokasi yang strategik dalam kawasan pinggir Lembah Klang yang pesat. Ia menghubungkan laluan utama seperti Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya LATAR, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya NKVE dan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) yang dalam perancangan. Perbandaran ini juga terletak berdekatan dengan Sungai Buloh, Shah Alam, Rawang, Damansara Perdana dan Meru.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Ritma Perdana, sila kunjungi galeri jualan yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Sila layari www.lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998 untuk pertanyaan lanjut tentang promosi terkini pembangunan LBS.

~Tamat~