20200422 LBS FOUNDATION SUMBANG RM 1 JUTA KEPADA TABUNG COVID-19 NADMA

LBS FOUNDATION SUMBANG RM 1 JUTA KEPADA TABUNG COVID-19 NADMA

(Petaling Jaya, 22 April) LBS Bina Group Berhad menerusi sayap tanggungjawab sosial korporatnya, LBS Foundation menyumbangkan RM1 juta kepada Tabung COVID-19 Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA).

Ahli Lembaga Pemegang Amanah LBS Foundation, Tan Sri Lim Hock San menyerahkan sumbangan tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof di ibu pejabat NADMA di Putrajaya hari ini. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah LBS Foundation, Datuk Wira Joey Lim; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Yazid; dan Ketua Pengarah NADMA, Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman.

Tan Sri Lim Hock San berkata ““dalam tempoh krisis ini, LBS komited untuk membendung penularan pandemik COVID-19 dan berharap semua rakyat mematuhi garis panduan dan protokol semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan. Kami berharap agar orang ramai sentiasa memantau kesihatan diri, keluarga dan rakan-rakan, dan bersama membantu para petugas kesihatan yang menghadapi keadaan mencabar ini”.

Tabung COVID-19 NADMA telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 11 Mac 2020 yang lalu untuk membantu golongan rakyat yang paling terjejas,, khususnya B40 dan penganggur, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020.

Sehingga 21 April 2020, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 5,482 jumlah kes yang positif dan 3,349 jumlah kes telah pulih. Perkembangan positif ini menyaksikan, jumlah kes pulih didapati melebihi jumlah kes baru yang dikesan. Perdana Menteri telah mengumumkan tempoh lanjutan PKP sehingga 28 April 2020 untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Sejak 18 Mac 2020, LBS Foundation telah menyumbang keperluan dan bekalan seperti khemah, kipas industri, air minuman, topeng muka pembedahan, cecair pembasmi

kuman (hand sanitiser) dan sarung tangan kepada pelbagai organisasi untuk membantu melengkapkan keperluan barisan hadapan bagi membantu kelancaran proses pemeriksaan. Selain itu, LBS Foundation juga telah menyumbangkan sejumlah RM80,000 kepada Tabung COVID-19 di negeri Selangor, Pahang, dan Perak.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai usaha LBS Foundation di dalam mengekang pandemik ini, sila hubungi kami melalui emel berikut [email protected].