Contact Us

General

Helpdesk

Virtual Fair

What’s HOT

© 2022 LBS.
All Right Reserved.

LBS Sets Record For Most Indoor Showhouse Units Under One Roof

27 May 2022

LBS Kicks Off 2022 On A Strong Note

18 May 2022

Iftar Media 2022

The Media Team recently held the LBS Iftar with Media Associates at the Mardhiyyah Hotel & Suites. To ensure a safe and conducive environment for all media members, the event was held at Seruling hall It was a great opportunity for all media members to mingle and build rapport whilst still adhering closely to the SOPs. Assistant General Manager, Amal Bin Abdul Aziz was interviewed by Harian Metro regarding Idaman projects and LBS’ future plans. Needless to say, LBS Bina’s first Iftar with the media was a success.

Vox Pop : Kisah Rezeki Saya

For the first time, the LBS Vox Pop team produced their own short film entitled ‘Kisah Rezeki Saya’ or ‘The Story of My Sustenance.’

A short story about Sustenance. Where every sustenance is shared, each one carries a thousand meanings. What needs to be shared needs to be celebrated.

Celebrate every sustenance, because in our sustenance, there must be their sustenance.

Every Thought Counts

The LBS media team has been truly blessed to get support from our media associates throughout the journey. As a small token of appreciation, in this holy month of Ramadan, the Media team was assigned to distribute Ramadan gifts to all of LBS Bina’s media associates. To us, they are one of the special groups of people who we would call as the “Key Person” because the media truly are just that powerful. We also wholeheartedly agree that self-delivery adds that extra sincerity and human touch as compared to using courier services.

Upon completion of the delivery, we have to say, this task is much more than meets the eye. Knowing that many Malaysians are still recovering financially from the endemic, the team decided to show support to SMEs for all of our products and services. The Ramadan gift for this year comprises a bottle of homemade dried sambal, a packet of dates, and LBS Raya packets, all neatly packed into a paper gift bag. (No amount is too small, and all amounts are welcome!)

Prior to the distribution of the gifts, the team reached out to all respective media associates to pre-empt them regarding the upcoming delivery. Next, comes planning the routes of the delivery according to the location and availability of the media person. This allows us to efficiently drop off the media gifts and head on to our next checkpoint. Meeting up with fellow media associates face-to-face is an opportunity that is still hard to come by with the then-pandemic. While the internet has made us more connected than ever, there is no replacement for meeting up in person as it adds in the human touch. Thus, we took the opportunity given to build rapport with them, exchanging contacts and sharing the company’s outlook for the year, and exploring possible collaborations together.

Keeping the rest of the team posted on our progress is equally crucial. Hence, periodical updates to the team are essential so that everyone is in the loop. The pandemic has also taught us that remote working is possible and can be just as efficient, so long that we have our laptops and internet connection with us. Between every stop we took the available time to work on any pending or ad-hoc tasks, minimizing any forms of hiccups.

As Public Relations Executives with less than three years of experience, this opportunity has given us the prospect to greatly expand our connections, ability to coordinate and plan events, as well as to work in a team. We believe that public relations are about sharing the right information with the right places and people. Thus, it is very important that we must have well-targeted media lists, newsworthy media news, and content in plan together with measurable goals.

Prepared by:

Rayeon Lee & Nur Alia Nadhira

Media Team

Fahami konsep hibah. Bolehkah rumah yang masih bercagar dihibahkan?

Hibah hartanah bercagar atau Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB) merupakan salah satu instrumen pilihan perancangan harta untuk mengelakkan perebutan harta pusaka di kemudian hari.

Pembahagian harta pusaka sering menjadi permasalahan rumit sekiranya tidak dirancang dengan baik ketika anda masih hidup. Selain wang ringgit, rumah juga merupakan aset yang sering menjadi rebutan dalam kalangan waris si mati tanpa memikirkan nasib anak-anak dan pasangan yang baru sahaja kehilangan insan tersayang.

Tidak dinafikan, ramai pasangan membeli rumah secara bersama bagi memudahkan urusan permohonan pembiayaan perumahan. Justeru, pada dokumen Perjanjian Jual Beli (SPA/SNP) akan terdapat dua nama iaitu nama suami dan isteri, dan kedua-duanya dimestikan untuk mengambil Insurans Jangka Pengurangan Gadai Janji/ Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurang/Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT).

Malang tidak berbau, sekiranya salah seorang daripada penama meninggal dunia, rumah tersebut akan terbahagi kepada dua. Diandaikan, jika harga rumah adalah sebanyak RM1 juta, nilai rumah tersebut akan terbahagi kepada dua:

  • 50% Si Suami – RM500,000
  • 50% Si Isteri – RM500,000

Sekiranya suami telah meninggal dunia, 50% bahagian suami tidak perlu dibiayai, ini kerana MRTA atau MRTT telah melangsaikan bahagian tersebut. Walaubagaimanapun, 50% baki selebihnya perlu terus dibayar oleh si isteri sehingga habis jumlah pembiayaan. Masalah yang timbul adalah apabila bahagian si mati iaitu si suami sudah pun menjadi harta pusaka. Jika suami masih ada ibu atau bapa, mereka boleh menuntut bahagian mereka (mengikut hukum Faraid) daripada 50% tersebut kerana si mati tidak hibahkan rumah.

Inilah isu kontroversi yang telah melanda negara baru-baru ini apabila selebriti terkenal tanah air yang telah meninggal dunia dan meninggalkan balu dan anak lelaki. Walaubagaimanapun, isu menjadi lebih hangat apabila keluarga si mati turut masuk campur dalam menguruskan harta si mati. Di sinilah pentingnya kita mempelajari ilmu Faraid. Namun, itu belum tentu menjamin bahawa agihan yang dilaksanakan akan berlaku secara adil dan saksama mengikut tuntutan sebenar.

Untuk mengelakkan konflik dan polemik berlaku seperti di atas dan anda ingin pasangan hidup tidak merana dan merempat selepas anda tiada nanti, adalah sangat wajar untuk anda melakukan Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB) atau Hibah Harta Bercagar. Dengan menghibahkan rumah, banyak pertelingkahan dapat dielakkan dalam kalangan waris si mati.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Hibah Bersyarat?

Secara amnya, Hibah bersyarat dikategorikan sebagai Hibah yang menggunakan Sighah secara Idafah, Tawqit dan Ta‘liq. Disamping itu juga, Hibah boleh dilakukan dengan bentuk Taqyid, iaitu akad hibah yang bergantung dengan syarat. Hibah dengan syarat dibahagikan kepada tiga iaitu; hibah dengan syarat ‘Umra, hibah dengan syarat Ruqba dan hibah dengan syarat balasan.

  • Hibah dengan syarat ‘Umra

Hibah ‘Umra pula merupakan satu pemberian yang bersifat sementara dengan memastikan bahawa hibah tersebut diberikan kepada pihak yang masih hidup sekiranya terdapat satu daripada pihak yang meninggal dunia. Konsep ini diistilahkan sebagai ‘Umra kerana ia berkaitan dengan umur seseorang. Hibah ‘Umra tidak mempunyai takrifan syarak yang spesifik tetapi mengguna pakai makna yang sama dari sudut bahasa. Hibah ‘Umra lebih jelas sekiranya digambarkan dalam bentuk Lafaz Sighah.

Hibah dengan syarat Ruqba mempunyai persamaan dengan hibah dengan syarat ‘Umra kerana berkait dengan tempoh waktu. Walaubagaimanapun, Ruqba ialah menunggu waktu kematian satu pihak, manakala ‘Umra pula berkaitan dengan sepanjang hayat umur pemberi atau penerima hibah sebagai ukuran tempoh penerima hibah boleh menggunakan harta hibah.

  • Hibah dengan syarat Ruqba

Hibah yang diberikan secara Ruqba ditakrifkan sebagai pemberian hibah daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Seterusnya, harta tersebut dikembalikan kepada pihak yang masih hidup setelah satu satu pihak meninggal dunia. Imam Abu Hanifah turut memberi takrifan yang hampir serupa dengan menyatakan konsep hibah Ruqba dikaitkan dengan kematian pemberi hibah dengan menyatakan Ruqba ialah pemberian harta kepada orang lain selepas kematian pemberi hibah. Justeru, Mazhab Shafi‘i, Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali berpendapat bahawa apabila berlaku sesuatu akad hibah dengan syarat ‘Umra, harta yang dihibahkan tersebut akan menjadi hak milik penerima hibah serta waris-warisnya tanpa terikat dengan waktu.

  • Hibah dengan syarat balasan

Melalui konsep ini, hibah dilakukan oleh pemberi hibah dengan syarat penerima hibah membalas pemberian tersebut. Terdapat beberapa jenis syarat-syarat yang dimasukkan dalam akad hibah seperti penerima hibah perlu melakukan sesuatu komitmen atau melunaskan tanggungjawab bagi memastikan kepentingan pemberi hibah atau kepentingan waris pemberi hibah atau kepentingan pihak lain terjaga seperti yang dipersetujui dalam akad hibah di antara pihak yang terlibat.

Di antara produk hibah bersyarat telah dikomersialkan oleh institusi-institusi berkaitan seperti Amanah Raya Berhad (ARB), Wasiyyah Shoppe Berhad, CIMB, Tabung Haji, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Prudential BSN Takaful Berhad.

Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa hibah ialah satu akad pemberian harta semasa hidup secara percuma atau dengan balasan yang tidak menafikan hakikat tabarru‘ dalam pemberian tersebut. Melalui hibah bersayarat, si suami boleh menghibahkan (50%) daripada bahagian beliau kepada si isteri dan sebaliknya. Jika suami meninggal dunia, bahagian suami akan dapat sepenuhnya kepada isteri. Jumlahnya ialah 100% dan begitulah sebaliknya. Ianya lebih selamat dan terjamin.

2. Apakah rukun-rukun hibah?

Berikut adalah rukun-rukun hibah yang anda perlu ketahui.

  1. Pemberi hibah.
  2. Penerima hibah.
  3. Barang yang dihibahkan.
  4. Sighah (ijab dan qabul). Sighah adalah perkara yang perlu dititikberatkan.
  5. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa negeri yang memasukkan Qabd sebagai aspek yang perlu ada bagi memastikan hibah berkuatkuasa.
3. Apa yang dimaksudkan dengan Hartanah Bercagar?

Hartanah bercagar ialah hartanah yang dibeli, diserah hak atau digadai pada institusi kewangan atau bank sebagai jaminan, sebagai menjamin kepentingan peminjam atau institusi kewangan yang membolehkan bayaran dikeluarkan kepada pemaju.

Hartanah bercagar terbahagi kepada dua:

  • Cagaran secara gadaian/charge
Dikenakan kepada hartanah landed yang mempunyai hak milik individu atau hartanah hak milik Strata yang sudah mempunyai pemilikan secara berasingan. Bagi hartanah hak milik individu atau hak milik Strata, ia juga merujuk kepada hartanah yang didaftarkan padanya gadaian (Borang 16A Kanun Tanah Negara)
  • Penyerahan hak/assignment

Dikenakan kepada hartanah landed (bukan hak milik individu) atau hartanah yang masih di bawah hakmilik induk (Master Title). Bagi kategori ini, ia merujuk kepada hartanah yang didaftarkan padanya Surat Ikatan Penyerahan Hak (Deed of Assignment By Way of Security)

Pemilik hartanah bercagar tidak boleh memindah milik hartanah ini kepada orang lain selagi pinjamannya tidak dilunaskan. Kebiasaannya, hartanah bercagar akan dilepaskan dari gadaian atau surat ikatan penyerahan hak selepas peminjam melunaskan segala pinjaman bank.

4. Bolehkah rumah yang belum habis dibayar dihibahkan?
Boleh. Ini diambil atas ijtihad Profesor Dr. Wahbah Az-Zuhaili iatu dengan syarat hutang atau pinjaman bank itu dilangsaikan jika meninggal dunia. Yang dimaksudkan oleh pernyataan tersebut ialah, perlu adanya MRTA atau MRTT. Kos MRTA atau MRTT adalah sekitar RM1,600 sahaja untuk satu hingga tiga geran rumah.
5. Macam mana nak buat pengisytiharan hibah?

Pengisytiharannya perlulah dibuat oleh peguam atau perunding pewarisan harta yang bertauliah dalam menguruskan hibah.

  • Dapatkan khidmat peguam atau perunding perwarisan harta dari syarikat amanah yang bertauliah. Pihak ini juga boleh bertindak sebagai pemegang amanah kepada harta pusaka.
  • Draf dokumen pengisytiharan hibah.
  • Buat pengesahan dokumen tersebut di Mahkamah Syariah atau masukkan Private Caveat (Kaveat Persendirian) di Pejabat Tanah. Ini bertujuan untuk mengelakkan ia dituntut oleh waris lain sebagai harta pusaka.
6. Apakah manfaat hibah?

Seringkali kita mendengar, waris si mati perlu turun naik mahkamah selama bertahun-tahun bagi menyelesaikan kes tuntutan harta si mati. Selain menelan belanja, ia turut mengganggu emosi si waris. Justeru, pemberian hibah dilihat dapat membantu mengurangkan masalah kelewatan menyelesaikan tuntutan harta pusaka peninggalan si mati. Selain itu juga, sifat hibah yang berkuatkuasa serta merta tidak memerlukan proses yang rumit kerana ia dilaksanakan semasa pemberi masih hidup. Ini dapat mengurangkan konflik dan ketegangan di antara waris si mati. Kes hibah akan diputuskan sebagai sah sekiranya memenuhi rukun hibah yang ditetapkan oleh Jumhur Fuqaha’.

Kesimpulannya, penyelesaian yang terbaik yang boleh mengelakkan konflik berpanjangan di antara waris ialah melalui Hibah Bersyarat atau HBRB. Kepada suami dan isteri, buatlah perancangan yang terbaik bermula dari sekarang. Walaupun hibah bersyarat telah mengundang pelbagai pendapat Fuqaha’, namun pada dasarnya, kita tidak terikat dan boleh menerima satu daripada pendapat mereka kerana konsep hibah tidak termasuk dalam perkara berkaitan akidah, akan tetapi merupakan satu daripada amalan muamalat yang tidak merosakkan akidah.

Perletakan syarat ketika memberi hibah semakin banyak dipraktikkan. Perletakan sebarang syarat yang bebas daripada unsur zalim atau menafikan sebarang tujuan hibah boleh diapplikasikan, termasuk syarat ‘Umra dan Ruqba. Selanjutnya, syarat-syarat tersebut mestilah tidak bercanggah dengan dasar syarak dan bebas daripada unsur haram. Kefahaman mengenai konsep hibah amat penting kepada masyarakat sebagai persediaan ilmu perancangan harta supaya pemilikan harta dapat diagihkan secara adil dan saksama.