LBS RECORDS STRONG FIRST SIX MONTHS EARNINGS WITH PROFIT AFTER TAX RM 52.3 MILLION






Untuk Siaran Segera

 LBS CATAT REKOD KUKUH BAGI ENAM BULAN PERTAMA DENGAN

KEUNTUNGAN SELEPAS CUKAI BERJUMLAH RM 52.3 JUTA

  • Pendapatan enam bulan pertama raih RM668 juta meningkat 43%
  • Jualan tanpa bil RM2.25 bilion

 

Petaling Jaya, 30 Ogos 2021 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”) hari ini mengumumkan hasil suku kedua untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (“Q2FYE21”).

 

Bagi suku kedua, syarikat dilaporkan mencatat keuntungan sebanyak RM265.9 juta, iaitu peningkatan 59% tahun ke tahun dari RM166.9 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2020. Keuntungan sebelum cukai (“PBT”) meningkat dua kali ganda kepada RM25.2 juta, berbanding RM10.5 juta pada Q2FYE20. Kumpulan turut mengumumkan bahawa keuntungan selepas cukai (“PAT”) meningkat tahun ke tahun, kepada RM19.4 juta berbanding RM2.9 juta untuk Q2FYE20. Keputusan suku tahunan yang kukuh didorong dari permintaan yang berterusan serta kemajuan pembinaan yang konsisten terutama dalam segmen utama perniagaan pembangunan hartanah, yang terus menjadi penyumbang terbesar bagi pendapatan syarikat.

 

Bagi tempoh kewangan enam bulan yang berakhir pada 30 Jun 2021 (“1HFYE21”), LBS merekodkan hasil signifikan dengan PAT masing-masing sebanyak RM668.5 juta dan RM52.3 juta, iaitu peningkatan keuntungan sebanyak 43% dan 614% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020. LBS mengekalkan tunai dan setara tunai yang positif sebanyak RM163.6 juta pada 1HFYE21 berbanding RM156.9 juta pada 1HFYE20.

 

Selain dari itu, LBS turut mengumumkan 19 buah projek pembangunan yang sedang berjalan dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (“GDV”) sebanyak RM5.67 bilion, bank tanah untuk pembangunan akan datang seluas 3,343 ekar dengan anggaran GDV mencecah RM27.2 bilion dan jualan tanpa bil sebanyak RM2.25 bilion.

 

 

Di sebalik cabaran pandemik, LBS masih kekal mencatatkan nilai penjualan yang membanggakan. Sehingga 29 Ogos 2021, LBS memperoleh jumlah penjualan sebanyak RM 728.3 juta dan tempahan dalam jangkaan RM599.8 juta, dan berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran penjualan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2021.

 

Mengulas keputusan tersebut, Pengerusi Eksekutif LBS Tan Sri Lim Hock San berkata, “Saya amat gembira dengan rekod yang dicatatkan ini. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, kami berjaya memperoleh pendapatan yang tinggi sebanyak RM 668.5 juta dan keuntungan selepas cukai RM52.3 juta untuk enam bulan pertama. Kami akan berusaha ke arah mengekalkan pertumbuhan pendapatan dengan komitmen dan dedikasi yang tinggi serta tekad mengatasi apa jua rintangan dan cabaran.

 

Tambah beliau, “Kini syarikat menumpukan fokus kepada projek-projek pembangunan yang sedang berjalan di KITA @ Cybersouth, Alam Awana, Skylake Residence, Residensi Bintang Bukit Jalil dan Bandar Putera Indah. Lebih daripada 77% pendapatan syarikat diperoleh dari projek pembangunan di Lembah Klang.

 

Selain itu, kepentingan teknologi turut diberi keutamaan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Syarikat akan terus berusaha meningkatkan penggunaan teknologi maklumat selaras dengan inisiatif digitalisasi bagi mempertingkatkan lagi kelancaran operasi perniagaan. Fokus kami terhadap digitalisasi ini dijangka membantu mengukuhkan jualan untuk baki tahun 2021 sejajar dengan rancangan kami untuk melancarkan projek hartanah dengan Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM1.22 bilion terutamanya di kawasan Lembah Klang.”

 

Beliau turut berharap agar matlamat Program Imunisasi Nasional untuk mewujudkan komuniti imunisasi kelompok dapat dicapai demi menjamin kesejahteraan dan pemulihan ekonomi negara.

-Tamat-