LBS SHAREHOLDERS APPROVE DIVIDEND PAYOUT ALL 12 RESOLUTIONS WERE APPROVED AT THE AGM






Untuk Siaran Segera

 

PEMEGANG SAHAM LBS LULUS BAYARAN DIVIDEN

Kesemua 12 Resolusi Dipersetujui Pada Mesyuarat AGM

 

Petaling Jaya, 3 Ogos 2021 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”) hari ini mengakhiri Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-21 (“AGM”) yang buat pertama kalinya dilakukan secara maya. LBS turut mengumumkan bahawa kesemua dua belas (12) resolusi yang dikemukakan untuk pertimbangan telah diluluskan oleh para pemegang sahamnya.

 

Para pemegang saham turut meluluskan pembayaran dividen peringkat pertama dan dividen akhir  sebanyak 1.45 sen bagi saham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 (“Dividen”). Dividen berjumlah kira-kira RM22.6 juta, akan dibayar pada 22 September 2021 kepada para pemegang saham seperti yang tersenarai di dalam Rekod Pendeposit pada 27 Ogos 2021.

 

Sejurus selesai AGM, Pengerusi Eksekutif LBS Tan Sri Lim Hock San mengulas bahawa beliau berpuas hati dengan perjalanan serta hasil positif AGM. “Kami mengucapkan terima kasih kepada para pemegang saham di atas kepercayaan dan sokongan mereka selama ini. Mereka kekal setia bersama kami di dalam mengharungi masa-masa mencabar yang dialami berikutan penularan pandemik ini. Kami tetap fokus untuk memastikan agar LBS memberikan prestasi yang terbaik untuk pertengahan tahun ini”.

 

“Setakat 31 Julai 2021, kami telah merekodkan jualan hartanah sebanyak RM684 juta di samping tempahan dalam jangkaan berjumlah RM651 juta, dan berada di landasan yang tepat untuk memenuhi sasaran kami di mana dengan pelancaran sebanyak 16 buah projek yang membawa nilai anggaran kasar berjumlah RM2.1 bilion. Dari sudut pemasaran, kami telah mengadaptasi konsep pemasaran digital sejajar dengan keperluan semasa. Kami berharap untuk terus konsisten di dalam membalas jasa baik para pemegang saham di masa hadapan seiring dengan perkembangan LBS,” tambah beliau.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai LBS dan projek-projek pembangunan hartanahnya, sila layari https://lbs.com.my/.

 

-Tamat-