LBS Proudly Bags Multiple Accolades at The Starproperty Awards 2020






 Untuk Siaran Segera 

LBS BINA GROUP RANGKUL PELBAGAI 

ANUGERAH STARPROPERTY 2020 

Petaling Jaya, 29 Disember 2020 – Kumpulan LBS Bina meraikan satu lagi pencapaian dalam industri hartanah di Anugerah StarProperty 2020. Penganugerahan ini sekali lagi membuktikan bahawa strategi syarikat di dalam mempelbagaikan portfolio pembangunan hartanah mendapat pengiktirafan sewajarnya dengan merangkul beberapa anugerah: 

1) Anugerah All Star Award – Juara Keseluruhan; 

2) Anugerah Pilihan Pengguna StarProperty; 

3) Anugerah Kategori Ruang Kreatif (Creative Space) bagi projek Residensi Bintang Bukit Jalil; 

4) Anugerah Kategori Mesra Keluarga (Family Friendly) bagi projek BSP21; 

5) Anugerah Kategori Rumah Pertama (Starter Home) bagi projek Kita Bayu; 

6) Anugerah Kategori Kejiranan (Neighbourhood) bawah 500 ekar bagi projek LBS Alam Perdana; 

7) Anugerah Kategori Cornerstone bagi projek Rentak Perdana; 

Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata, “Kami di LBS amat berbangga dan berbesar hati untuk menerima anugerah yang membuktikan kekuatan jenama serta komitmen kami di dalam membangunkan sesebuah komuniti. Visi kami adalah untuk terus menyediakan rumah yang mampu dimiliki dan dibanggakan oleh rakyat Malaysia.” 

Tambahnya lagi, “Kemenangan ini juga adalah hasil kerjasama erat di kalangan kakitangan LBS. Semangat, dedikasi serta kerja keras mereka turut menyumbang kepada pencapaian ini. Kerjasama berpasukan merupakan kunci utama kepada kejayaan kami. Kami juga gembira kerana usaha kami diiktiraf dan ini seterusnya memberi motivasi untuk syarikat meningkatkan lebih banyak insiatif lain sebagai pemaju yang bertanggungjawab.” 

Strategi kemenangan LBS disokong sepenuhnya melalui tiga tonggak utama yang diterapkan dalam pembangunan mereka iaitu mampu dimiliki, kesalinghubungan (jalan raya), dan komuniti (ruang komuniti dan pelbagai kemudahan fasiliti). 

LBS telah membangunkan kediaman mampu milik sejak 30 tahun lalu dan kini semakin berkembang secara progresif. Ini adalah bukti bahawa pembeli rumah menerima baik konsep pembangunan yang berpaksikan komuniti oleh LBS. 

Anugerah StarProperty 2020 yang dianjurkan secara virtual telah diadakan di laman Facebook Starproperty pada 29 Disember 2020. Pemenang anugerah telah dicalonkan melalui rakan industri, pakar-pakar dalam industri, pembeli-pembeli dan diadili oleh panel industri bebas yang berpengalaman. 

-Tamat-