LBS Q3 RECORDED RM336 MILLION REVENUE Achieved RM1.1Billion Sales to date






Untuk Siaran Segera

LBS MEREKODKAN RM366 JUTA PENDAPATAN PADA SUKU KETIGA
Capai RM1.1 Bilion Jualan hingga kini

Petaling Jaya, 30 November 2020 – LBS Bina Group Berhad (LBS) hari ini mengumumkan bahawa syarikat telah meraih keuntungan sebanyak RM802 juta dan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM80 juta bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2020, sedikit rendah berbanding keuntungan RM1 bilion dan PBT RM120 juta yang diperolehi pada tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, prestasi Kumpulan bagi suku ketiga telah meningkat dengan ketara berbanding dengan suku kedua sebelumnya disebabkan pemulihan operasi perniagaan dan peningkatan aktiviti pembinaan setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Kumpulan mencatatkan perolehan sebanyak RM336 juta dan PBT RM43 juta bagi suku ketiga berakhir pada 30 September 2020.

Sementara itu, pada 29 November 2020, LBS telah merekodkan jumlah jualan sebanyak RM1.1 bilion melebihi daripada jangkaan sasaran RM1 bilion. Syarikat memperoleh tempahan berjumlah RM244 juta dan terus berharap agar jumlah tempahan tersebut menjadi jumlah jualan.

“Prestasi jualan dan tempahan yang memberangsangkan membuktikan bahawa LBS menawarkan produk yang tepat dan memenuhi permintaan pasaran. Keadaan ini turut disokong oleh sambutan luar biasa terhadap projek pembangunan kami melalui kempen pemasaran yang berkesan iaitu #DudukRumah Deals Plus,” kata Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San.

“Pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) telah membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki rumah. Ditambah pula dengan inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tahap rendah, akan meringankan lagi beban pembeli rumah. Kami amat mengalu-alukan inisiatif Belanjawan 2021 sebagai bajet yang inklusif dan berfokus untuk memberi sokongan yang besar terhadap ekonomi,” tambah Tan Sri Lim.

Pada 15 November 2020, LBS mencatatkan jualan tanpa bil sebanyak RM 2.23 bilion, yang merupakan jumlah besar bagi keuntungan syarikat untuk dua ke tiga tahun akan datang.

“Di samping mendukung agenda Kerajaan untuk membangunkan negara, LBS akan terus membina projek berdasarkan tiga tunggak utama kami iaitu mampu dimiliki, kesaling hubungan dan komuniti,” kata Tan Sri Lim Hock San.

LBS mempunyai 20 projek yang sedang berjalan dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM5.2 bilion.

-Tamat-