1. Media
  2. »
  3. Press Releases
  4. »
  5. LBS Sets Record...

LBS Sets Record For Most Indoor Showhouse Units Under One Roof

27 May 2022

Untuk Siaran Segera

LBS CIPTA REKOD BAGI BILANGAN RUMAH CONTOH TERBANYAK DI DALAM GALERI JUALAN

13 Unit Rumah Contoh Bantu LBS Perolehi Rekod Kedua di dalam Malaysia Book of Records

Petaling Jaya, Selangor, 27 Mei 2022 – Selepas tersenarai di dalam ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR) untuk kali pertama pada tahun 2020 melalui projek BSP21 yang memenangi anugerah ‘Bilangan Kemudahan Terbanyak dalam Pembangunan Kediaman’ di Malaysia dengan sejumlah 103 kemudahan, pemaju hartanah terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) kali ini telah mencipta satu lagi sejarah dan disenaraikan sekali lagi dengan memegang rekod ‘Unit Rumah Contoh Terbanyak di dalam Galeri Jualan di Malaysia’.

Galeri jualan LBS yang dimaksudkan terletak di  KITA @ Cybersouth dan LBS Alam Perdana dengan nilai kos masing-masing adalah sebanyak RM14.8 juta dan RM16.4 juta. Galeri jualan KITA @ Cybersouth dengan keluasan binaan keseluruhan 34,783 kaki persegi sahaja berjaya menempatkan lapan rumah contoh dengan mempamerkan jenis rumah yang berbeza iaitu Rumah Teres Dua Tingkat KITA Mekar, Rumah Bandar, kedua-dua unit bawah dan atas, Teres Setingkat, Pangsapuri KITA Ria Jenis A dan Jenis B, Idaman BSP, dan KITA Sejati. Galeri Jualan LBS Alam Perdana dengan jumlah keluasan binaan 18,273 kaki persegi pula menempatkan lima buah rumah contoh di dalam satu galeri jualan, iaitu Rumah Bandar Ritma Perdana, untuk kedua-dua tingkat bawah dan atas, Teres Dua Tingkat, Melodi Perdana dan Idaman Perdana.

Majlis penganugerahan sijil ‘Malaysia Book of Records’ ini telah diadakan di galeri jualan KITA @ Cybersouth dan diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan turut disaksikan oleh Encik Christopher Wong, Ketua Pegawai Operasi,  Malaysia Book of Records dan Tan Sri Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata “Keputusan untuk menempatkan pelbagai jenis unit rumah pameran di bawah satu galeri jualan dibuat dengan mengambil kira kehendak pelanggan. Mencari rumah idaman boleh menjadi proses yang sangat melelahkan bagi pembeli rumah, lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berminat untuk melihat kriteria atau konsep rumah yang berbeza-beza.

Sebagai ‘Pemaju Hartanah Rakyat’, matlamat kami adalah untuk memberi tumpuan bukan sahaja pada produk yang dibina tetapi juga merangkumi perkhidmatan sebelum dan selepas membeli rumah LBS dan dengan itu, idea untuk menempatkan pelbagai jenis rumah contoh di bawah satu bumbung telah tercetus dan direalisasikan.”

“Inisiatif ini juga membolehkan bakal pembeli rumah melihat projek berbeza pada bila-bila masa, tanpa perlu bimbang akan keadaan cuaca. LBS akan meneruskan konsep sebegini di galeri jualan masa hadapan kerana ia terbukti mampu membantu kami mencapai matlamat untuk membantu pembeli rumah di samping meningkatkan kecekapan dan kemampanan. Kami berharap untuk terus membina ruang di mana komuniti dapat melihat nilai yang kami usahakan untuk berinovasi, berkembang dan berbangga dengan memanggil ruang ini sebagai rumah kediaman idaman” tambah Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek-projek LBS, layari lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998

~Tamat~

Share: