1. Media
  2. »
  3. Press Releases
  4. »
  5. LBS Foundation Stays...

LBS Foundation Stays Consistent In Helping The Needy

15 July 2021

UNTUK SIARAN SEGERA

LBS Foundation Terus Konsisten Hulurkan Bantuan

Sumbangan RM40,000 Kepada Golongan Yang Terkesan

Petaling Jaya, 15.07.2021 – LBS Foundation, sebuah badan yang mengendalikan aktiviti tanggungjawab korporat sosial bagi Kumpulan LBS Bina baru-baru ini telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan sumbangan kepada beberapa buah badan NGO serta individu-individu yang terkesan dari penularan pandemik di samping kekangan dari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Antara penerima sumbangan termasuk rumah Persatuan Kebajikan Chen Ai, Petaling Jaya yang terdiri dari golongan orang kurang upaya dan golongan warga emas yang mengalami gangguan mental, kerosakan tulang belakang, ketidakupayaan pembelajaran, Autisme dan gejala-gejala lain. Sumbangan dari LBS Foundation ini digunakan bagi membantu kakitangan serta para penghuni rumah kebajikan tersebut di dalam menampung keperluan perbelanjaan bulanan.

Selain dari itu, pada awal Jun lepas, LBS Foundation turut menyumbang beberapa unit katil hospital serta wang tunai kepada Unit Kecemasan di Hospital Banting, Selangor. Sumbangan ini digunakan bagi membantu sedikit sebanyak keperluan hospital di dalam menangani kes-kes COVID-19 yang dirujuk kepada hospital tersebut yang berstatus rujukan hibrid.

Pada masa yang sama, LBS Foundation juga menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Malaysia untuk membantu dana solidariti bagi menampung keperluan perubatan di beberapa buah hospital dan seterusnya disalurkan kepada keluarga B40 yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

Tidak hanya membataskan bantuan kepada organisasi serta badan kebajikan berkaitan, LBS Foundation juga telah mengenalpasti 13 buah keluarga di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang di mana pendapatan mereka teruk terjejas ekoran pandemik serta memerlukan pelbagai jenis bantuan, baik dari segi keperluan harian mahupun perubatan. Menerusi kerjasama yang dijalin dengan Pharmaniaga Berhad, keluarga-keluarga yang tersenarai bakal menerima sumbangan wang tunai serta bekalan perubatan asas bagi kegunaan harian.

Lembaga Pemegang Amanah LBS Foundation, Tan Sri Lim Hock San berkata “kesan dari penularan COVID-19 telah menjejaskan kehidupan sesetengah masyarakat dan benar-benar mengubah kehidupan mereka. Kami berharap sumbangan ini dapat mengurangkan beban mereka yang terkesan di samping menggalakkan semua lapisan masyarakat yang berkemampuan untuk turut membuat sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan di sepanjang tempoh sukar ini.”

Untuk keterangan lanjut mengenai LBS Foundation dan aktiviti-aktiviti berkaitan, layari laman web rasmi www.lbs.foundation.com.my
atau ikuti kami di laman sosial rasmi, https://www.instagram.com/lbsfoundationmy/ dan https://www.facebook.com/lbsfoundationmy/.

Email: contact@lbsfoundation.com.my

-Tamat-

Share: