1. Media
  2. »
  3. Press Releases
  4. »
  5. LBS #DudukRumah Deals...

LBS #DudukRumah Deals 3.0 To Encourage Home Ownership

1 June 2021

Untuk Siaran Segera

LBS LANCAR KEMPEN #DUDUKRUMAH DEALS 3.0 BAGI PEMBELI RUMAH

Petaling Jaya, Selangor, 1 Jun 2021 – LBS Bina Group Berhad (LBS) kembali dengan kempen #DudukRumah Deals 3.0 bersempena dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang terbaharu. Pembeli turut berpeluang untuk memenangi Duit Raya bernilai lebih dari RM445,000 dari kempen Raikan Rezeki Bersama LBS yang sedang berlangsung serta hadiah cabutan bertuah bernilai lebih dari RM1 juta!

Melalui kempen #DudukRumah Deals 3.0, pembeli rumah boleh menempah projek LBS yang terpilih di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC), dari 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 dengan hanya RM200. Sementara itu, kempen #DudukRumah menawarkan insentif tunai masuk rumah bagi hartanah yang terpilih sahaja, Surat Cara Pemindahan percuma, yuran guaman dan perjanjian jual beli SPA, yuran guaman dan duti setem percuma untuk perjanjian pinjaman.

“Sebagai Pemaju Pilihan’, LBS terus komited di dalam menyokong inisiatif perumahan kerajaan dengan melancarkan kempen #DudukRumah Deals 3.0, yang dilihat berupaya mengurangkan beban pembeli rumah,” jelas Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San.

#DudukRumah Deals 3.0 merupakan kesinambungan dari kempen #DudukRumah Deals 2.0 yang telah dilancarkan dari April 2020 sehingga 30 Disember 2020 yang lepas, di mana ianya mendapat sambutan yang luar biasa di samping memberi peluang kepada pembeli-pembeli rumah untuk menempah unit kediaman serendah RM200. Kempen ini turut dilancarkan melalui pelbagai aplikasi platform digital yang merangkumi bilik pameran maya, laman web, e-mel, WhatsApp, Facebook, Instagram dan SMS yang digunakan untuk menjangkau pembeli berpotensi sepanjang pelaksanaan tempoh PKP.

Kunjungi galeri maya kami dan tempah sekarang. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web www.lbs.com.my dan hubungi 1700 81 8998 atau 1700 81 7978.

-tamat-

Share: