1. Media
  2. »
  3. Press Releases
  4. »
  5. LBS Awarded The...

LBS Awarded The iDEA 2021: Community CSR Award

27 May 2021

Untuk Siaran Segera

LBS RANGKUL ANUGERAH IDEA 2021:

ANUGERAH KOMUNITI CSR

Petaling Jaya, 27 Mei 2021 – Sumbangan kebajikan adalah satu-satunya pelaburan yang tidak akan gagal. Petikan ini telah terbukti apabila pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (“LBS”) telah merangkul Anugerah Komuniti CSR di Anugerah Pembangunan Cemerlang iProperty (iDEA) 2021.

Tahun 2020 mengejutkan komuniti seluruh dunia di mana pandemik COVID-19 telah menjejaskan kesihatan dan ekonomi global. Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan telah mengakibatkan banyak perniagaan dan ketua keluarga kehilangan sumber pendapatan, di samping menyumbang kepada peningkatan pengangguran serta kehilangan pekerjaan.

Adalah menjadi tanggungjawab LBS untuk melakukan perkara yang tepat di samping memainkan peranan kami di dalam memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan agar mereka sentiasa kekal selamat, diberi sanitasi yang sesuai serta memperolehi kemudahan dalam proses peralihan di sepanjang tempoh pandemik. Antara usaha-usaha yang dilakukan adalah seperti berikut:

  1. Menyumbang RM1 juta kepada Dana COVID Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) -19.
  2. Memberikan sumbangan sejumlah RM80,000 kepada Dana COVID-19 bagi negeri- negeri Selangor, Pahang dan Perak.
  3. Menyumbangkan bekalan dan peralatan kepada pekerja kesihatan dan pekerja barisan hadapan di beberapa lokasi di Selangor.
  4. Menyumbangkan dua unit penghawa dingin mudah alih untuk digunakan di khemah sementara Hospital Banting untuk digunakan sebagai pusat pemeriksaan COVID-19.
  5. Menyumbangkan 38 unit kipas industri kepada Pejabat Kesihatan Daerah Klang bagi kegunaan klinik dan hospital di Klang serta empat unit lagi untuk Ibu Pejabat Polis Klang.
  6. Hospital Sungai Buloh menerima 600 pasang sarung tangan dan beberapa unit khemah, sementara 2,000 pasang sarung tangan dan 1,000 botol air mineral lagi disumbangkan kepada pusat kuarantin di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan di Bangi. (ILKAP)

Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata, “Tanggungjawab sosial korporat sangat penting bagi kami, dan ianya juga harus dilakukan oleh pemimpin industri yang lain. Kita harus memimpin melalui tauladan, dan jika pihak-pihak lain terinspirasi untuk terus melakukannya, maka ianya merupakan satu perkara yang terpuji. Sentiasa memanjatkan kesyukuran, menghormati orang-orang tua, dan pendidikan adalah elemen yang sangat penting dalam kehidupan. Nilai-nilai ini menjadi pendorong serta teras tanggungjawab sosial korporat kami. “Anugerah ini merupakan satu pencapaian terbaik kami di samping rasa bangga yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Penghormatan yang diberikan ini menunjukkan segala usaha yang dilakukan selama ini diiktiraf. Aktiviti sosial korporat kami tidak akan terhenti setakat ini, malah anugerah ini akan menyuntik motivasi bagi LBS untuk berusaha lebih keras di dalam membantu masyarakat terutama pada waktu-waktu yang sukar ini. ” tambah Tan Sri Lim.

Selain daripada pembangunan hartanah, LBS amat menitikberatkan khidmat komuniti di sekeliling mereka. Dicetuskan oleh pihak Yayasan LBS sendiri, pelbagai inisiatif pembangunan komuniti yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dilaksanakan secara menyeluruh. Kegiatan tersebut meliputi empat tonggak utama, iaitu pendidikan, masyarakat, alam sekitar, dan kesihatan. Sehingga kini, 85% aktiviti sosial korporat Yayasan LBS melibatkan segmen pendidikan dan komuniti dari jumlah keseluruhan program yang dilakukan.

Acara penganugerahan Anugerah Pembangunan Cemerlang iProperty Awards (iDEA) 2021 dilakukan secara maya dan dihoskan di laman Facebook iProperty.com.my pada 25 Mei 2021.Untuk maklumat lanjut mengenai LBS Bina Group Berhad, layari www.lbs.com.my .

~Tamat~

Share: