LBS INCREASES FEMALE DIRECTORS ON BOARD






Untuk Siaran Segera

LBS TINGKAT JUMLAH PENGARAH WANITA
DI DALAM AHLI LEMBAGA PENGARAH

Perwakilan Ahli Lembaga Pengarah Wanita Meningkat kepada 25%

 

Petaling Jaya, 14 Januari 2022 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”) hari ini mengumumkan pelantikan Dato’ Yong Lei Choo (“Dato’ Yong”) sebagai pengarah bebas bukan eksekutif baharunya dan Ahli Jawatankuasa Imbuhan dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko LBS, berkuat kuasa pada 14 Januari. Beliau akan menggantikan Datuk Lim Tong Lee yang akan bersara daripada menjadi ahli lembaga pengarah LBS.

 

Dengan pelantikan Dato’ Yong, LBS akan mempunyai 2 pengarah wanita di dalam ahli lembaga pengarahnya, sekaligus menyumbang kepada 25% komposisi wanita. Penambahan komposisi wanita ini bakal menyumbang kepada peningkatan kepelbagaian kerana LBS menyokong dorongan untuk perwakilan wanita yang lebih ramai di dalam barisan ahli Lembaga pengarahnya. Sebagai tambahan, ia juga merupakan sebahagian daripada perancangan LBS untuk meningkatkan fokus kepada Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kerana ia mewujudkan sebuah syarikat yang diselaras oleh rangka kerja tadbir urus korporat yang lebih teguh.

 

Mengulas mengenai pelantikan itu, Pengerusi Eksekutif LBS Tan Sri Lim Hock San berkata, “LBS menghargai kepelbagaian dan pengalaman kerja yang ada. Kami telah pun memenuhi syarat mandatori untuk perwakilan lembaga wanita dengan pelantikan Dato’ Lim Mooi Pang yang telah menganggotai lembaga pengarah LBS sejak 2009. Kami sememangnya berbesar hati untuk mengalu-alukan pelantikan Dato’ Yong Lei Choo, seorang veteran daripada Polis Diraja Malaysia, untuk menyertai kami.  Dengan pengalaman luas serta latar belakang beliau, saya yakin Dato’ Yong akan melakukan tugas yang luar biasa menerusi peranan baharunya ini, di samping memberikan khidmat nasihat yang baik serta pandangan bernas yang bakal membantu untuk memacu LBS ke hadapan. Kami juga berharap agar para pemegang saham mengiktiraf usaha kami di dalam menyediakan pengawasan tadbir urus korporat yang sesuai di LBS di mana pada masa yang sama kami turut menyokong kepelbagaian jantina dan kesaksamaan di kalangan ahli lembaga kami.”

 

Selain itu, LBS turut mengumumkan pelantikan semula Pengarah Urusan, Datuk Wira Lim Hock Guan kepada Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan serta peletakan jawatan Dato’ Sri Lim Hock Seong dan Lim Kim Kiat sebagai Pengarah Eksekutif LBS serta pelantikan mereka seterusnya sebagai Ketua Pegawai Operasi di LBS. Peletakan jawatan itu akan menyelaraskan ahli lembaga pengarah LBS ke arah perwakilan yang sama bagi 4 pengarah eksekutif dan 4 pengarah bebas bukan eksekutif, berbanding nisbah 6:4 sebelum ini. Ini adalah sebahagian daripada langkah LBS ke arah melaksanakan struktur tadbir urus korporat yang lebih kukuh dan aktif di dalam pengurusan Kumpulan.

 

Mengenai Dato’ Yong Lei Choo

Dato’ Yong berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (Pengajian Populasi) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dari Universiti Western Carolina, North Carolina, Amerika Syarikat.

 

Dato’ Yong, yang berasal dari Jasin, menyandang jawatan pertama dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia dan ditempatkan di Taiping, Perak selepas tamat latihan pada tahun 1986. Beliau mempunyai kerjaya yang cemerlang dalam pasukan polis selama hampir 36 tahun sebelum bersara pada Oktober 2021 sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur. Antara pencapaian terbaik beliau semasa berada di dalam pasukan polis termasuk dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas wanita pertama di Daerah Polis Petaling Jaya (1998); wanita berbangsa Cina pertama berpangkat Penolong Pesuruhjaya Kanan (2009); wanita pertama Ketua Cawangan Khas Polis Kontinjen Pulau Pinang (2015) dan wanita pertama Penolong Ketua Pengarah Cawangan Khas (Bahagian Perisikan Ekonomi). Prestasi cemerlang beliau telah melayakkan beliau memperoleh biasiswa persekutuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di North Carolina, Amerika Syarikat (1995-1997). Pada tahun 2009, beliau telah dianugerahkan dengan Darjah Indera Mahkota Pahang daripada Sultan Pahang.

-Tamat-