SCAPES HOTEL, GENTING HIGHLANDS REOPENS WITH JOYOUS CHRISTMAS DEALS AWAITING






KENYATAAN AKHBAR

 

HOTEL SCAPES, GENTING HIGHLANDS KINI DIBUKA DENGAN PROMOSI KRISMAS MENANTI

 

Petaling Jaya, 30 November 2021 – Berikutan pengumuman kerajaan untuk membuka semula sempadan antara negeri dan penurunan kes-kes harian COVID-19, kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Hotel SCAPES, yang dimiliki sepenuhnya oleh LBS Bina Group Berhad kini beroperasi semula secara rasmi mulai 1 November 2021 lepas. Keluarga kini boleh bertemu dan rancangan percutian akhirnya dapat menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, keselamatan para tetamu dan pekerja kami akan terus menjadi keutamaan kami, dengan mengamalkan SOP terkini dan pelaksanaan langkah pencegahan yang komprehensif.

 

Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang terus menyokong Hotel SCAPES di masa-masa sukar dan bersempena dengan sambutan Krismas yang akan datang, Hotel SCAPES gembira untuk mengumumkan promosi ‘X’mas Flash Deal – Stay & Dine’, bermula dari 1 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022. Nikmati promosi istimewa untuk bilik-bilik dengan sarapan percuma dan promosi makan di restoran terpilih melalui laman web Hotel SCAPES.

 

Inilah masanya untuk lari seketika dari kesibukan kota dan luangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang dan nikmati pemandangan indah atau kunjungi tempat-tempat menarik yang terletak berhampiran. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi serta kadar bilik, layari https://scapeshotel.com/.

 

Kami mengalu-alukan kedatangan anda di Hotel SCAPES.

-Tamat-