LBS LAUNCHES VACCI-NATION BONANZA WITH A TOTAL OF RM847,000 CASH INCENTIVES AWAITS






Untuk Siaran Segera

 

LBS LANCAR KEMPEN VACCI-NATION BONANZA

DENGAN INSENTIF TUNAI RM847,000 MENANTI BAKAL PEMBELI

 

Petaling Jaya, Selangor, 7 Julai 2021 – Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) telah melancarkan kempen pemasaran terbaharu, Vacci-Nation Bonanza! Melalui kempen ini, anda dapat memiliki rumah idaman di samping berpeluang untuk menikmati faedah tambahan sekiranya anda sudah divaksinasi! Selain itu, para pembeli rumah LBS juga masih berkesempatan untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih dari RM1 juta!

 

Di bawah kempen Vacci-Nation Bonanza, para pembeli kediaman LBS yang mengambil bahagian berpeluang untuk menikmati insentif tunai sebanyak RM565,000. Dalam usaha untuk menyokong mempertingkatkan kadar vaksinasi negara di samping  membantu kerajaan untuk mencapai imuniti berkelompok, LBS juga akan memberikan insentif tunai tambahan sehingga RM282,000 bagi pembeli rumah yang telah mendaftar untuk vaksinasi COVID-19 atau bagi  mereka yang telahpun divaksinasi!

 

“Sebagai ‘​​Pemaju Perumahan Rakyat’, LBS kekal komited untuk menyokong agenda perumahan kerajaan dengan melancarkan Vacci-Nation Bonanza, yang membolehkan para pembeli rumah menikmati penjimatan besar ketika mereka membeli hartanah di projek perumahan LBS yang terpilih. Tempoh kempen Bonanza ini bermula dari 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021. Bersempena ketibaan bulan patriotik Hari Kemerdekaan serta sambutan Hari Malaysia, kami berharap insentif tunai ini dapat membantu mempromosikan pemilikan rumah di samping mempromosikan kepentingan vaksin di kalangan masyarakat,” ujar Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San.

 

LBS menawarkan 8 tawaran hebat di bawah Vacci-Nation Bonanza, termasuk:

  1. Hadiah Menarik Kempen Pemilikan Rumah (HOC)
  2. Yuran Guaman Percuma
  3. Cabutan bertuah LBS Fabulous 20-21
  4. Yuran Tempahan Rendah
  5. Ganjaran Kesetiaan
  6. Skim Bayaran Fleksibel
  7. Bayaran Keluar Sifar
  8. Pakej Perabot Rumah

 

Sebagai sebahagian daripada kempen Vacci-Nation Bonanza, LBS juga memanjangkan tempoh Cabutan Bertuah LBS Fabulous 20-21, agar semua pembeli hartanah LBS yang mengambil bahagian, turut berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih dari RM1,000,000, seperti Proton X50, Komputer riba dan Tablet.

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Vacci-Nation Bonanza, dapatkan maklumat terkini di https://virtualfair.lbs.com.my/, lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998.

 

-Tamat-