LBS Press Release
LBS Q1FYE21 CATAT PENINGKATAN PAT SEBANYAK 184.9%





Download PDF here


                                                                                          Untuk Siaran Segera

 

 

LBS Q1FYE21 CATAT PENINGKATAN PAT SEBANYAK 184.9%

 

  • Pendapatan meningkat sebanyak 34.8% kepada RM402.6 juta
  • Pembangunan hartanah mencatat pertumbuhan pendapatan sebanyak 37.0%
  • 19 projek sedang berjalan dengan nilai pembangunan kasar RM5.14 bilion

 

Petaling Jaya, 20 Mei 2021 – Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan hasil kewangan suku pertama yang berakhir pada 31 Disember 2021 (“Q1FYE21”). Syarikat telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM402.6 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM32.9 juta. Ini diterjemahkan kepada peningkatan dari tahun ke tahun masing-masing sebanyak 34.8% dan 184.9%.

 

Walaupun berhadapan dengan cabaran penularan pandemik COVID-19 pada tahun sebelumnya, segmen pembangunan hartanah LBS terus kukuh setelah Perintah Kawalan Pergerakan dilonggarkan, dengan kadar pengambilan yang positif dan kemajuan pembinaan yang stabil. Segmen tersebut mencatatkan pendapatan dan keuntungan sebelum cukai (“PBT”) masing-masing sebanyak RM390.4 juta dan RM54.6 juta. Berbanding Q1FYE20, pendapatan dan PBT adalah 37.0% dan 86.3% lebih tinggi.

 

Kemajuan pembinaan yang berkembang pesat pada pertengahan tahun 2020, merekodkan peningkatan PBT daripada RM1.4 juta ke RM13.0 juta Q1FYE21.

 

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Dato’ Sri Lim Hock San gembira dengan hasilnya meskipun terkesan dengan penularan wabak tersebut. “Ini bukan tempoh yang mudah untuk perniagaan tetapi dengan usaha yang teguh dan perancangan strategik yang teliti oleh LBS, ianya telah membuahkan hasil yang positif. Ketika kadar vaksinasi di kalangan masyarakat meningkat, kami harus mengambil pendekatan optimis bahawa keadaan akan kembali normal sedikit masa lagi. Walaupun demikian, kami akan terus menjayakan projek-projek pembangunan, di samping memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan dan pekerja kami diberi keutamaan.

 

Ketika ini, masa hadapan syarikat dilihat meyakinkan. Sehingga 31 Mac 2021, LBS mempunyai jualan tanpa bil sebanyak RM2.1 bilion dan 19 projek pembangunan yang sedang berjalan dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM5.14 bilion. Kenaikan kadar pengambilan walaupun di musim pandemik adalah petanda positif bahawa projek pembangunan kami berada di lokasi yang strategik dengan harga mampu milik. Hingga kini, syarikat memperoleh jualan sebanyak RM421 juta dan tempahan sebanyak RM453 juta. Projek-projek yang sedang berjalan seperti KITA @ Cybersouth, LBS SkyLake Residence, Residensi Bintang Bukit Jalil dan Bandar Putera Indah mendapat sambutan yang baik oleh para pembeli rumah. Kami terus berusaha untuk mencapai keseimbangan dalam setiap projek pembangunan kami di samping memastikan aliran tunai yang lancar di LBS. Melalui pendekatan disiplin dalam pengurusan tunai syarikat, kami optimis bahawa  hartanah dengan nilai yang lebih berpatutan mampu dibangunkan bagi memenuhi permintaan pasaran, ” tambahnya.

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://lbs.com.my/

 

-Tamat-

⬅ View all press releases