LBS PROPOSES 1.45 SEN DIVIDEND PER SHARE 






 Untuk Siaran Segera 

LBS CADANG 1.45 SEN DIVIDEN SETIAP SAHAM 

Petaling Jaya, 17 Mei 2021 – LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau” Kumpulan”), hari ini mencadangkan dividen peringkat pertama dan akhir sebanyak 1.45 sen setiap saham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. (“Dividen”) adalah tertakluk kepada persetujuan pemegang saham LBS pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-21. Jumlah pembayaran dividen adalah kira-kira sebanyak RM22.6 juta. LBS turut mengumumkan bahawa Dividen akan dibayar pada 22 September 2021 kepada para pemegang saham seperti yang tersenarai di dalam Rekod Pemegang Saham pada 27 Ogos 2021. 

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San mengulas, “Kami amat berbesar hati untuk memberi penghargaan ini kepada para pemegang saham di atas kepercayaan mereka terhadap LBS. 

Umum diketahui, LBS sentiasa konsisten di dalam mengekalkan pembayaran dividen dan kami akan berusaha untuk mempraktikkan amalan ini di dalam meneruskan usaha mengembangkan perniagaan syarikat. Dividen polisi kami adalah 30% berdasarkan keuntungan. Kami turut berharap agar segala perancangan strategik kami dapat dilaksanakan untuk tahun ini.” 

-tamat-