LBS Press Release
PENGASAS KUMPULAN LBS, DATO’ SERI LIM BOCK SENG MENINGGAL DUNIA 





Download PDF here


 Untuk Siaran Segera 

PENGASAS KUMPULAN LBS, DATO’ SERI LIM BOCK SENG MENINGGAL DUNIA 

Petaling Jaya, 28 Mac 2021 – Kumpulan LBS Bina Group Berhad (LBS) dengan rasa dukacita ingin mengumumkan bahawa Pengasas Kumpulan LBS dan mantan Pengerusi LBS, Dato’ Seri Lim Bock Seng telah menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau pagi tadi. Pihak syarikat ingin menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga beliau di atas khidmat dan usaha sepanjang dekad menerusi kepimpinan dan inspirasi beliau. 

“Kami sangat berduka di atas pemergian pengasas dan bapa kami,” jelas Tan Sri Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif LBS. Mendiang Dato’ Seri Lim Bock Seng merupakan seorang pemimpin yang sangat berdaya cipta dan berpandangan jauh. Namun di antara semua itu, beliau memenuhi nilai-nilai teras syarikat dengan semangat yang tulus terhadap semua kakitangan serta memberi komitmen yang luar biasa kepada para pelanggan. Beliau amat mendokong budaya kesamarataan di LBS. Tenaga, dorongan dan semangat kepimpinan beliau pasti dirindui.” 

Mendiang Dato’ Seri Lim Bock Seng dilantik sebagai Pengerusi LBS pada 6 Disember 2001. Dengan pengalaman lebih dari 50 tahun dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah, beliau memainkan peranan penting dalam mendorong perkembangan syarikat. Syarikat mengumumkan persaraannya sebagai pengerusi pada 1 Mac 2021. Kepimpinan mendiang Dato’ Seri Lim Bock Seng dan fokus beliau terhadap inovasi telah meletakkan LBS pada kedudukan pertumbuhan jangka panjang yang berterusan serta legasi luar biasa yang akan memberi manfaat kepada generasi masa hadapan. 

Urusan aturcara pengebumian Dato’ Seri Lim Bock Seng akan dilakukan di Aras 3, Nirvana Center Kuala Lumpur (Nirvana 2), 16, Jalan Dewan Bahasa Pustaka, mulai besok. 

-Tamat- 

⬅ View all press releases