LBS Press Release
LBS Foundation Sumbang Bantuan kepada Mangsa Ribut di Sepang 





Download PDF here


 LBS Foundation Sumbang Bantuan kepada Mangsa Ribut di Sepang 

Petaling Jaya, 9 Mac 2021 – Ribut yang melanda Sepang pada Sabtu lalu telah meninggalkan kesan kepada sebahagian komuniti di sekitarnya dan memusnahkan kediaman mereka di tengah-tengah pandemik ini. Dalam usaha untuk memikul tanggungjawab sosial, LBS Foundation, selaku sayap tanggungjawab sosial korporat LBS Bina Group terus komited dalam memberikan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Bagi membantu mangsa ribut yang terlibat, LBS Foundation telah menyumbang sebanyak RM3,000 dan 500 botol air minuman kepada Persatuan Penduduk Taman Seroja (PPTS).

Amal Abd Aziz, mewakili LBS Foundation telah menyerahkan replika cek kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seroja, Hairol Azman Razali disaksikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, YDP Majlis Perbandaran Sepang, Dato’Haji Abd Hamid bin Hussain dan DO Pejabat Sepang, Tuan Mohamad Zain A. Hamid.

Lembaga Pemegang Amanah LBS FoundationTan Sri Lim Hock San berkata “Wabak Covid-19 telah mempengaruhi kehidupan masyarakat ketika ini, dan ribut yang berlaku ini telah memberi kesan yang lebih besar kepada kehidupan keluarga yang terlibat. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak dan mengurangkan beban mangsa ribut.”

Antara kawasan perumahan yang terjejas di Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi (PPTS) adalah Taman Seroja, Taman Dahlia, Apartment Seroja Hill, Apartment Taman Dahlia, Kampung Baru Pekan Salak dan Kampung Salak Tengah.

Selain dari itu, sekolah-sekolah di kawasan tersebut – Sekolah Rendah Taman Seroja, SK Taman Seroja dan SMK Bandar Baru Salak Tinggi turut terjejas dan mengalami kerosakan. Selain itu,  khemah dan peralatan di sekatan jalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang turut rosak akibat daripada angin kencang dan hujan lebat yang berterusan. LBS Foundation bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa ribut dan berharap penduduk setempat dapat pulih secepat mungkin.

~ tamat ~ 

⬅ View all press releases