LBS Press Release
LBS LANCARKAN KEMPEN ‘Oxpicious-8’ – 8 TAWARAN HEBAT UNTUK PEMBELI RUMAH





Download PDF here


 Untuk Siaran Segera

 

LBS LANCARKAN KEMPEN ‘Oxpicious-8’ – 8 TAWARAN HEBAT UNTUK PEMBELI RUMAH 

Laman Hartanah Maya Untuk Pengalaman Pembelian Rumah Secara Interaktif 

Petaling Jaya, Selangor, 25 Januari 2021 – Adakah anda sedang mencari tawaran hartanah hebat dengan ganjaran menarik? LBS Bina Group Berhad telah melancarkan kempen pemasaran terbarunya yang dikenali sebagai ‘Oxpicious-8’, menawarkan ganjaran luar biasa kepada bakal pembeli rumah. Dengan kempen ini, pembeli rumah berpeluang untuk menikmati lebih penjimatan ke atas mana-mana pembelian kediaman dan hartanah terpilih LBS di samping peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih dari RM 1 juta. Sempena dengan pelancaran kempen ini, LBS turut melancarkan galeri maya rasmi di mana pembeli rumah dapat melihat dan mengakses dengan lebih terperinci tentang sebarang maklumat hartanah LBS dengan lebih selesa. 

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Lim Hock San berkata kempen Oxpicious-8 dilancarkan dengan matlamat untuk menyediakan tawaran dengan ganjaran hebat kepada para pembeli di samping memberi sebuah pengalaman berbeza bagi pelanggan bertepatan dengan norma baru di mana urusniaga boleh dijalankan melalui atas talian. 

“Dengan pandemik serta situasi ekonomi negara yang mencabar ketika ini, adalah sukar bagi pembeli dari golongan muda untuk memiliki rumah. Sebagai ‘Pemaju Pilihan’, kami sentiasa mengutamakan minat pembeli rumah dan memahami keperluan mereka. Kempen Oxpicious-8 diwujudkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan pembeli rumah di samping membantu merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah idaman dengan mudah. Di samping itu juga, kami turut membangunkan sebuah galeri hartanah maya yang memberi ruang kepada pembeli untuk melihat projek dengan lebih teliti tanpa perlu berada di tapak projek secara fizikal.” Ujar Tan Sri Lim. 

Tempoh kempen Oxpicious-8 bermula dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021 dan berikut adalah ganjaran hebat bagi kempen ini: 

1. Cabutan Bertuah LBS Fabulous 20-21 

2. Bayaran Keluar Sifar 

3. Pakej Perabot Rumah 

4. Skim Pembayaran Flexi 

5. Hadiah daripada Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 

6. Yuran Guaman Percuma 

7. Bayaran Tempahan Rendah 

8. Ganjaran Kesetiaan 

Sebagai sebahagian daripada kempen Oxpicious-8, kami turut melanjutkan tempoh untuk cabutan bertuah LBS Fabulous 2020 ke tahun 2021. Berikutan penularan pandemik COVID-19, proses menguruskan dokumentasi dan pinjaman dilihat turut terjejas, oleh itu kami melanjutkan tempoh cabutan bertuah ini agar lebih ramai pembeli berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah bernilai lebih dari RM1,000,000. 

Dalam usaha untuk menyokong jenama tempatan dan tempoh bekerja dari rumah yang kini menjadi noma baharu masyarakat, LBS menawarkan hadiah cabutan bertuah tambahan seperti Proton X50, Komputer Riba dan Tablet untuk pembeli rumah. Lebih ramai lagi pembeli rumah bakal tersenarai dan berpeluang untuk menerima hadiah menarik ini apabila mereka membeli mana-mana hartanah LBS yang tersenarai. 

Untuk maklumat lanjut serta mengenai kempen Oxpicious-8, layari laman web www.lbs.com.my, atau ikuti kemas kini media sosial di Facebook dan Instagram atau hubungi 1700 81 8998. 

Kunjungi galeri maya kami hari ini di pautan laman web https://ox8.lbs.com.my/ untuk melihat projek-projek semasa kami. 

~ Tamat ~ 

⬅ View all press releases