LBS Press Release
PROMOSI PEMILIKAN RUMAH LBS #DUDUKRUMAH DEALS 2.0 





Download PDF here


 Untuk Siaran Segera 

PROMOSI PEMILIKAN RUMAH – LBS #DUDUKRUMAH DEALS 2.0 

Petaling Jaya, Selangor, 15 Januari 2021 – Adakah anda sedang mencari tawaran hartanah yang terbaik? Sempena dengan PKP 2.0, pemaju perbandaran terkemuka LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan kempen pemasaran #DudukRumah Deals 2.0. 

Menerusi kempen ini, pembeli boleh menempah projek kediaman LBS yang terpilih di kawasan Lembah Klang bermula dari 13 Januari 2021 hingga 31 Januari 2021 dengan bayaran permulaan hanya RM200, dan bakal menerima sebuah penyaman udara 1.0hp secara percuma. Sementara itu, kempen #DudukRumah Deals menawarkan insentif tunai masuk rumah bagi hartanah terpilih, surat cara pemindahan percuma, yuran guaman dan perjanjian jual beli (SPA), yuran guaman dan duti setem percuma untuk perjanjian pinjaman. 

“Sebagai ‘Pemaju Pilihan’, LBS terus komited dalam menyokong inisiatif perumahan kerajaan dengan melancarkan kempen #DudukRumah Deals 2.0, dengan pengurangan bayaran permulaan dan menggunakannya untuk perkakasan rumah,” kata Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San. 

Kempen ini telah dilancarkan pada April 2020, memberi peluang kepada bakal pembeli untuk menempah unit kediaman dengan hanya RM200. Kempen #DudukRumah ini turut dilancarkan melalui pelbagai platform digital yang merangkumi bilik pameran maya, laman web, e-mel, WhatsApp, Facebook, Instagram dan SMS untuk menjangkau pembeli berpotensi sepanjang tempoh PKP. Oleh kerana prestasi yang memberangsangkan pada awal Jun, LBS telah melanjutkan kempen pemasaran Tawaran #DudukRumah sehingga 31 Disember 2020 berikutan sambutan yang menggalakan. 

Kunjungi galeri maya kami dan tempah sekarang. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web https://www.lbs.com.my/ atau hubungi 1700 81 8998 atau 1700 81 7978. 

~ Tamat ~ 

⬅ View all press releases