LBS Press Release
LBS MANTAPKAN STRATEGI  Bakal lancarkan projek GDV RM2.65 bilion di 2021 





Download PDF here


 Untuk Siaran Segera 

LBS MANTAPKAN STRATEGI 

Bakal lancarkan projek GDV RM2.65 bilion di 2021 

Petaling Jaya, 6 Januari 2021 – Pemaju perbandaran terkemuka, Kumpulan LBS Bina Group Berhad (LBS) merancang pelbagai strategi untuk 2021 melalui pelancaran projek-projek dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM2.65 bilion. Walaupun menghadapi cabaran pasaran semasa berikutan penularan pandemik COVID-19, LBS terus menyesuaikan diri dengan norma baru, mengubah strategi pemasaran dengan menembusi platform digital, dan yakin bahawa 2021 akan menjadi tahun yang lebih menarik bagi kumpulan ini. 

Pembangunan baru di Lembah Klang merangkumi fasa baru di perbandaran KITA @ Cybersouth di Dengkil yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan KITA Sejati, rumah teres dua tingkat KITA Mekar, rumah teres satu dan dua tingkat KITA Mesra serta rumah bandar dua tingkat. Sementara fasa baru di bandar LBS Alam Perdana di Bandar Puncak Alam meliputi rumah teres dua tingkat Ritma Perdana dan blok baru pangsapuri perkhidmatan Melodi Perdana. Kedua-dua Mercu Jalil @ Bukit Jalil dan Prestige Residence @ Seri Kembangan adalah pangsapuri perkhidmatan. 

Projek terbaru di Pahang termasuk Pangsapuri Perkhidmatan Bayu Hills di Genting Permai dan rumah teres dua tingkat di Cameron Centrum. Projek lain yang akan dilancarkan termasuk rumah kluster satu tingkat Taman Kinding Flora dan rumah teres di Chemor, Perak, rumah mampu milik Magma Garden 2, rumah teres satu tingkat Emerald Garden 3 dan rumah dua tingkat Laman Bayu 3 di Bandar Putera Indah, Batu Pahat. 

Tan Sri Lim Hock San, Pengarah Urusan Kumpulan LBS berkata “Mampu milik kekal menjadi perhatian utama bagi pembeli rumah dan oleh yang demikian, kami akan mengambil pendekatan konservatif dan terus fokus kepada strategi kami di dalam membina hartanah dan perbandaran berasaskan 3 tonggak utama iaitu mampu milik, rangkaian perhubungan dan komuniti”. 

Dalam berhadapan dengan teknologi yang berkembang pesat di era digital, platform digital LBS sentiasa bersedia dan pasukan pemasaran berupaya berhubung dengan bakal pembeli melalui pelbagai platform yang sememangnya digunakan sebelum pandemik merangkumi galeri maya dan laman web, jelas Tan Sri Lim. 

LBS mencatatkan jualan sebanyak RM1.2 bilion di tahun 2020, melepasi jumlah sasaran baru RM1 bilion, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran pasaran. 

Sungguhpun berhadapan dengan peraturan pinjaman perumahan yang ketat, kombinasi produk yang baik dengan kempen pemasaran mantap di bawah inisiatif Belanjawan Negara 2021 menjadi petanda pemulihan ekonomi dan mendorong pemilikan rumah dan ini dibuktikan dengan momentum dan peningkatan penjualan hartanah yang ketara,” hurai Tan Sri Lim. 

Pada tahun 2020, LBS telah melancarkan 14 buah projek dengan GDV RM1.49 bilion merangkumi KITA @ Cybersouth dan LBS Alam Perdana yang merupakan projek perbandaran utama di samping perbandaran Bandar Putera Indah dan Taman Kinding Flora. 

LBS mempunyai 19 projek yang sedang dibangunkan dengan nilai anggaran GDV sejumlah RM4.95 bilion. Sehingga 31 Disember 2020, LBS mempunyai prospek bank tanah berkeluasan 3,412 ekar, yang menjadi fokus dan tumpuan LBS untuk jangkamasa 10 ke 15 tahun. 

Dengan jualan tidak tercatat sejumlah RM2.225 bilion, LBS dijangka meraih pendapatan yang jelas dilihat bagi kumpulan ini untuk tempoh dua ke tiga tahun. 

-Tamat- 

⬅ View all press releases