Overwhelming Response for KITA Mekar At Kita @ Cybersouth Township’s First Single Storey Houses






 Untuk Siaran Segera 

TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN BAGI 

KITA MEKAR, KEDIAMAN SETINGKAT DI KITA @ CYBERSOUTH 

Habis terjual dalam tempoh 2 minggu 

Dengkil, Selangor, 8 Disember 2020 – KITA Mekar, projek pembangunan kediaman setingkat pertama LBS Bina Group Berhad di perbandaran Cybersouth telah menerima sambutan luar biasa di mana kesemua unit telah habis dijual dalam tempoh 2 minggu selepas dilancarkan. Sementara itu, rumah bandar KITA Mekar telah menerima 100% tempahan dengan lebih ramai pembeli berada dalam senarai menunggu bagi merebut projek ini. 

Sejak pelancarannya pada April 2019, perbandaran KITA @ Cybersouth, sebuah projek kediaman berpagar dan berpengawal yang terletak di Tanah Rizab Melayu terbukti menjadi sebuah perbandaran yang mendapat sambutan hangat dengan kadar pengambilan unit tertinggi bermula dari fasa pertama hingga fasa yang terbaharu. Hari ini, LBS dengan rasminya melancarkan kediaman setingkat dan rumah bandar KITA Mekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM345.1 juta. 

Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata, “Pembangunan perbandaran KITA @ Cybersouth telah dirancang dengan teliti untuk keluarga dan masyarakat bagi membina kenangan yang berkekalan. Pemilihan kemudahan di sekitar KITA Mekar turut dirancang untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan meningkatkan semangat kekitaan di kalangan penduduk. Kami juga percaya bahawa permintaan untuk hartanah akan terus meningkat dan projek ini dapat memberi manfaat kepada bakal pembeli dengan nilai harga yang berpatutan serta pelaburan dalam jangka masa panjang.” 

LBS juga menerima kadar pengambilan yang tinggi bagi rumah dua tingkat, rumah bandar dan pangsapuri perkhidmatan yang ditawarkan. Kedua-dua fasa KITA Bayu dan KITA Impian telah habis dijual. Manakala rumah teres dua tingkat KITA Harmoni memiliki kadar pengambilan 97 peratus, sementara pangsapuri servis KITA Ria memperolehi penjualan sebanyak 85 peratus. Ini menunjukkan bahawa produk yang tepat dengan harga yang berpatutan serta hubungan dan jaringan yang baik adalah penting untuk menembusi pasaran, jelas Tan Sri Lim”. 

Sebagai “Pemaju Perumahan Rakyat”, LBS terus komited untuk menyediakan projek berkualiti yang memenuhi permintaan pembeli pada harga yang berpatutan. LBS kekal fokus terhadap tiga tunggak utama iaitu mampu dimiliki, kesaling hubungan dan komuniti dalam setiap perbandarannya. Reka bentuk yang praktikal, susun atur yang berbeza, fasiliti dan kemudahan yang ditawarkan telah dirancang dengan teliti agar menepati keinginan pembeli. KITA Mekar adalah pilihan yang terbaik dan ideal buat keluarga yang mengimpikan keselesaan. 

KITA Mekar merangkumi 432 unit rumah bandar, 388 unit rumah dua tingkat dan 342 unit rumah setingkat. Dengan saiz binaan 1,346 kaki persegi dan 1,483 kaki persegi, rumah bandar menawarkan harga yang berpatutan bermula daripada RM419,900 berkeluasan (22’ X 75’) dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi. Manakala rumah dua tingkat bermula daripada RM 560,000 dengan saiz binaan 1,447 kaki persegi (20’ X 60’) menawarkan ruang yang praktikal dengan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi. Bagi rumah setingkat pula, ia menawarkan harga bermula daripada RM450,000 dengan saiz binaan 1,094 kaki persegi (20’ X 70’). 

Dikelilingi dalam kawasan yang menenangkan, zon hijau di KITA Mekar dilengkapi dengan kombinasi laman kecil dan pelbagai fasiliti turut disediakan. Zon ini memberi ruang kepada keluarga untuk mencipta idea dan mengikut citarasa yang tersendiri di samping menerapkan semangat kekitaan dalam kalangan ahli keluarga. 

Fasiliti di kawasan KITA Mekar direka khas dengan sentuhan istimewa berkonsepkan budaya tradisional masyarakat Melayu. Elemen-elemen seperti Anjung Kelarai dan Teratak Songket telah dibina sebagai salah satu reka bentuk landskap untuk mengimbas kembali nostalgia lama. Bagi mengenang suasana tersebut, permainan tradisional seperti Galah Panjang, Peluk Tiang dan Sorok-Sorok turut tersenarai di dalam fasiliti yang ditawarkan. Aktiviti rekreasi berkonsep moden seperti wall climbing, futsal, badminton dan gelanggang sepak takraw bagi peminat sukan juga disediakan. 

Terletak di lokasi yang strategik di antara Putrajaya dan Cyberjaya, KITA @ Cybersouth berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam, seperti hab komersial, institusi kewangan, pusat pentadbiran kerajaan, lapangan terbang antarabangsa, institusi perubatan dan kesihatan serta pelbagai kemudahan lain yang sedia ada. 

Ia juga terletak berhampiran sekolah dan institusi pengajian tinggi tempatan serta antarabangsa seperti Sekolah Kebangsaan Dengkil, Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya, Heriot-Watt University Malaysia, Universiti Limkokwing dan Universiti Xiamen. Kemudahan yang lengkap ini sekaligus bakal memberi manfaat kepada penduduk untuk mengurus dan merancang kehidupan mereka dengan lebih sempurna. 

KITA @ Cybersouth adalah sebuah perbandaran seluas 633 ekar yang terletak di Selatan Lembah Klang yang semakin membangun. Kawasan ini mudah diakses melalui lebuhraya utama termasuk Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya melalui Lebuhraya Elite, Lebuhraya MAJU (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Dengkil-Banting. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan KITA Mekar, sila kunjungi pameran jualan KITA @ Cybersouth yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Sekiranya anda berminat dengan hartanah LBS, sila layari www.lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998 untuk pertanyaan lanjut tentang promosi terkini pembangunan LBS. 

-Tamat-