20201109 LBS SAMBUT BAIK INISIATIF BAJET 2021 KERAJAAN SARAN FAEDAH TAMBAHAN KEPADA PEMBELI PERTAMA

Untuk Siaran Segera

LBS SAMBUT BAIK INISIATIF BAJET 2021 KERAJAAN

SARAN FAEDAH TAMBAHAN KEPADA PEMBELI PERTAMA

(Petaling Jaya, 9 November 2020) – Pemaju perbandaran, LBS Bina Group Berhad (LBS) menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan seperti yang diumumkan semasa pembentangan belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul pada 6 November 2020. Pembentangan belanjawan tersebut dilihat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia dari pelbagai sektor termasuk industri hartanah. Belanjawan ini dilihat dapat membantu rakyat Malaysia untuk merangsang dan mengekalkan ekonomi ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“ Belanjawan 2021 adalah belanjawan pesat dan inklusif tertumpu kepada sokongan menyeluruh terhadap ekonomi negara. Kerajaan mengunjurkan ekonomi Malaysia pulih antara 6.5% kepada 7.5% bagi tahun 2021, disokong pengembangan fiskal dan dasar kewangan yang akomodatif ,” kata Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San.

“Pelancaran projek pembinaan dalam agenda pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) akan memberi impak positif untuk merangsang ekonomi. Belanjawan ini juga turut tertumpu kepada penjanaan semula ekonomi di samping pengekalan pekerjaan sebagai faktor penting untuk memulihkan ekonomi. Kerajaan telah berusaha keras untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh kebanyakan isi rumah, terutamanya mereka daripada kalangan kumpulan B40,” jelas Tan Sri Lim.

Menyedari bahawa kemampuan untuk memiliki rumah masih menjadi cabaran utama para pembeli rumah, LBS amat mengalu-alukan pengumuman terbaharu mengenai pengecualian duti setem penuh untuk memorandum pindah milik (MOT) dan perjanjian pinjaman untuk pembelian rumah pertama bernilai RM500,000 sehingga tahun 2025. Insentif ini akan membantu rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman terutamanya generasi muda.

Sementara itu, LBS turut menyokong kajian semula insentif cukai bagi pengeluar komponen Sistem Bangunan Berindustri (IBS) di mana insentif akan dikurang dan digabungkan. Pengeluar IBS akan diberi pengecualian cukai pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal yang memenuhi syarat bagi tempoh 5 tahun berbanding 70% dari pendapatan sah. Tambah Tan Sri Lim, “IBS memainkan peranan penting di dalam membantu pemaju dan pembina untuk mencapai matlamat kelestarian untuk membina rumah-rumah berkualiti tinggi dengan lebih efisyen. Kaedah IBS menjimatkan kos dan masa pembinaan, dan meningkatkan kecekapan di samping mengurangkan tenaga buruh tapak. Ia juga berkonsep mesra alam, termasuk pengurangan sisa pepejal, perincian penggunaan bahan hijau, pengurangan pencemaran bunyi di tapak dan peningkatan keselamatan tapak pembinaan”. MGB Berhad, anak syarikat LBS, kini memiliki dua pelan IBS iaitu di Nilai, Negeri Sembilan dan Alam Perdana, Ijok. Gabungan kedua-dua pelan ini mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 4,000 unit kediaman setahun.

Bagi meningkatkan pasaran hartanah, LBS ingin mengesyorkan beberapa langkah berikut untuk pertimbangan Kerajaan:

(1) Untuk meningkatkan sentimen pembelian di kalangan pembeli rumah berpotensi, LBS mencadangkan Kerajaan untuk memperkenalkan Skim Pemaju Tanggung Faedah (DIBS) baru, dengan pengurangan pembiayaan awal sekaligus mendorong kepada kemampuan untuk membeli kediaman.

(2) Kerajaan juga harus mempertimbangkan untuk melanjutkan program Malaysia My Second Home (MM2H), dengan mengurangkan paras harga minimum daripada RM 1 juta kepada RM600,000.

Tan Sri Lim turut menambah, sebagai ‘Pemaju Perumahan Rakyat’, LBS tetap komited untuk terus mendukung agenda perumahan Kerajaan. Bagi mendorong pemilikan rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), LBS telah melancarkan kempen pemasaran #dudukrumah pada bulan April 2020 bagi membantu rakyat Malaysia memiliki rumah. “Tawaran tersebut membolehkan pembeli untuk memiliki kediaman dengan harga tempahan serendah RM200. Selain daripada kos tempahan yang rendah, LBS juga turut menawarkan bayaran pengeluaran undang-undang Perjanjian Jual Beli (SPA) percuma dan bayaran undang-undang pinjaman percuma, Kami gembira kerana sehingga hari ini, kempen ini telah mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan pembeli rumah kami dengan kadar pengambilan projek yang menggalakkan dan dirancang akan berterusan sehingga akhir Disember 2020.”

LBS akan terus membina kediaman berdasarkan tiga teras utama iaitu mampu dimiliki, kesaling hubungan dan komuniti. “Seiring dengan visi kami untuk menyediakan rumah bagi rakyat negara ini, kami akan terus komited untuk mengekalkan strategi pembinaan rumah mampu milik yang sememangnya diterima baik dan memenuhi keperluan pasaran,” ujar Tan Sri Lim.

~Tamat~