LBS Press Release
LBS LANJUT TEMPOH KEMPEN #DUDUKRUMAH





Download PDF here


Untuk Siaran Segera

LBS LANJUT TEMPOH KEMPEN #DUDUKRUMAH

(Petaling Jaya, 2 Jun) – Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) telah melanjutkan kempen pemasaran #DudukRumah Deals sehingga 31 Disember 2020 berikutan sambutan yang menggalakan. Dilancarkan pada April lepas, kempen ini memberi peluang kepada pembeli untuk menempah unit kediaman LBS dengan hanya RM200. Kempen #DudukRumah tersebut dilancarkan menerusi pelbagai platform atas talian, merangkumi bilik pameran maya, laman web, e-mel, WhatsApp, Facebook, Instagram dan SMS untuk memastikan kempen ini dapat menjangkau pembeli berpotensi sepanjang tempoh PKP.

“Sehingga 1 Jun, LBS telah berjaya menerima tempahan berjumlah RM273.7 juta. LBS melanjutkan kempen ini dengan harapan agar dapat membantu lebih ramai bakal pembeli untuk memiliki rumah impian mereka dalam fasa mencabar ini,” kata Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San.

Sumbangan jualan utama diraih daripada dua perbandaran utama, KITA @ Cybersouth dan LBS Alam Perdana. Di samping itu, pembangunan hartanah lain seperti perbandaran Bandar Putera Indah, Johor dan Taman Kinding Flora di Chemor, Perak turut menyumbang kepada kemantapan prestasi LBS.

Selain daripada bayaran tempahan RM200, kempen #DudukRumah Deals turut menawarkan pemberian insentif tunai untuk hartanah terpilih di samping, yuran guaman dan yuran pengeluaran SPA percuma, serta duti setem percuma bagi perjanjian pinjaman. Bakal pembeli boleh memilih untuk membeli mana-mana hartanah LBS di Lembah Klang, Perak, Pahang dan Johor.

“Strategi kami adalah untuk memfokuskan pembinaan unit mampu milik di perbandaran lestari seperti KITA @ Cybersouth dan LBS Alam Perdana, dengan reka bentuk yang menarik, fasiliti dan kemudahan akses jalan raya utama, terus menerima sambutan baik dan membantu kami menghadapi keadaan pasaran yang mencabar,” ulas Tan Sri Lim.

“Kami percaya dengan keadaan pasaran ketika ini, LBS akan terus konsisten membina kediaman berdasarkan tiga teras utama iaitu mampu dimiliki, kesalinghubungan dan komuniti. Kami akan melancarkan beberapa projek baharu pada suku ketiga dan keempat tahun 2020 bagi memenuhi keperluan pembeli,” tambah Tan Sri Lim.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 1700 81 8998 atau layari https://landing.lbs.com.my/duduk-rumah-deals

~Tamat~

⬅ View all press releases