LBS Press Release
Pengasas LBS Bina Group Berhad Dato’ Seri Lim Bock Seng Bersara Sebagai Pengerusi





Download PDF here


Untuk Siaran Segera

PENGASAS LBS BINA GROUP BERHAD
DATO’ SERI LIM BOCK SENG BERSARA SEBAGAI PENGERUSI


Petaling Jaya, 1 Mac 2021 – Kumpulan LBS Bina Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”), pemaju yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, hari ini mengumumkan persaraan Dato’ Seri Lim Bock Seng sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Lembaga Pengarah telah melantik Tan Sri Dato’ Lim Hock San untuk menggantikan beliau sebagai Pengerusi Eksekutif serta sebulat suara memilih Datuk Wira Lim Hock Guan sebagai Pengarah Urusan yang baharu berkuat kuasa 1 Mac 2021.

Dato’ Seri Lim Bock Seng telah berkhidmat sebagai Pengerusi LBS sejak 6 Disember 2001. Beliau telah terlibat dengan LBS selama lebih dari 40 tahun sebelum ini di mana perniagaannya bermula dengan aktiviti pengangkutan, terutamanya di dalam membekal dan mengangkut bahan binaan seperti pasir dan agregat bagi kerja-kerja pembinaan dan infrastruktur sebelum menceburkan diri dalam sektor pembinaan sehingga berjaya membina LBS yang dikenali hari ini.

Dato’ Seri Lim Bock Seng berkata, “Ia merupakan pencapaian istimewa bagi beliau untuk berkhidmat sebagai Pengerusi selama dua dekad. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan sekerja yang telah berusaha dengan penuh dedikasi di LBS dan bukan sahaja telah bekerjasama selama bertahun-tahun, malahan setia bersama keluarga LBS sebelum LBS disenaraikan. Bersama-sama, kita telah melalui pelbagai cabaran dan jatuh bangun perniagaan terutamanya sewaktu krisis kewangan Asia sebelum LBS disenaraikan. Dengan persaraan saya ini, saya sangat yakin LBS akan terus cemerlang di bawah pimpinan Tan Sri Dato’ Lim Hock San dan pasukannya. Beliau dan anggota pengurusan yang lain telah menunjukkan kemampuan mereka untuk terus maju di dalam mengembangkan perniagaan Syarikat.”

Tentang Tan Sri Dato’ Lim Hock San
Setelah menamatkan pengajian pada tahun 1982 dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Kejuruteraan Awam dari University of Wales, UK, Tan Sri Lim kembali ke Malaysia untuk membantu keluarga dalam perniagaan pengangkutan lori dan pembinaan.

Pada 6 Disember 2001, Tan Sri Lim telah dilantik sebagai Pengarah Urusan LBS. Dua dekad kemudian, perniagaan mula berkembang menjadi sebuah pemaju pembangunan hartanah, insurans dan pelancongan.

Dengan ilmu keusahawanan yang cemerlang, kemahiran dalam pengurusan dan kepakaran serta pengalaman teknikal, Tan Sri Lim membantu menerajui LBS sehingga menjadi salah sebuah pemaju terkemuka dalam industri pembangunan hartanah.

Tentang Datuk Wira Lim Hock Guan
Datuk Wira Lim Hock Guan telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif LBS pada 6 Disember 2001. Beliau memiliki ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam dari Tennessee Technology University, USA. Datuk Wira Lim memulakan kerjayanya sebagai jurutera awam setelah tamat pengajian.

Dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang pembangunan dan pembinaan hartanah, Datuk Wira Lim merupakan penyumbang utama di sebalik kejayaan pelaksanaan projek-projek LBS di Lembah Klang.

Datuk Wira Lim turut menganggotai beberapa anak syarikat Kumpulan termasuk MGB Berhad.

-Tamat-

⬅ View all press releases