LBS Press Release
LBS SERAH KUNCI PERUMAHAN SISTEM IBS YANG PERTAMA Pembeli menerima kunci rumah 9 bulan lebih awal





Download PDF here


Untuk Siaran Segera

LBS SERAH KUNCI PERUMAHAN SISTEM IBS YANG PERTAMA

Pembeli menerima kunci rumah 9 bulan lebih awal

Petaling Jaya, 13 Febuari 2020 – Pemaju perbandaran, LBS Bina Group Berhad (LBS), percaya rumah bukan hanya sekadar tempat tinggal; ia adalah tempat keluarga dan ahli komuniti menikmati gaya hidup yang seimbang.

Hari ini, LBS mencapai satu lagi peristiwa penting dengan penduduk perbandaran LBS Alam Perdana dengan penyerahan kunci kepada pemilik rumah perbandaran yang diilhamkan konsep kemasyarakatan, Simfoni Perdana dan Irama Perdana. Kedua-dua fasa pertama perbandaran LBS Alam Perdana ini merupakan projek LBS yang pertama dibina menggunakan komponen Sistem Bangunan Industri (IBS) yang dibekalkan oleh MGB Berhad, anak syarikat LBS. MGB Berhad bekerjasama dengan SANY Construction Industry Development (M) Sdn Bhd, telah membuka kilang konkrit pratuang IBS tetap yang pertama, di Nilai.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata, “LBS sentiasa meninjau langkah-langkah baru untuk membolehkan pembinaan rumah yang memenuhi keperluan pembeli rumah, pembinaan yang lebih cepat dan lebih baik. Dengan adanya teknologi IBS, kami berjaya menyiapkan rumah 9 bulan lebih awal daripada yang dijadualkan. Kami gembira untuk merayakan permulaan babak kehidupan mereka yang baru.”

Tan Sri Lim juga menekankan bahawa LBS Alam Perdana merupakan satu lagi projek perbandaran yang mempunyai ciri khas LBS iaitu mampu dimiliki, kesalinghubungan dan komuniti; di mana rumah dibina untuk memberi inspirasi dan memperkayakan kehidupan.

Pertama kali dilancarkan pada tahun 2017, LBS Alam Perdana adalah sebuah perbandaran yang berpagar dan berpengawal di atas tanah seluas 469.86 ekar di Bandar Puncak Alam, Selangor. Fasa pertama, Simfoni Perdana, terdiri daripada 980 unit rumah bandar dua tingkat yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi. Dengan keluasan binaan dari 1,191 kaki persegi, harga seunit bermula dari RM408,000.

Sementara fasa kedua, Irama Perdana, menawarkan 673 unit rumah teres dua tingkat berharga dari RM509,900. Setiap unit mempunyai keluasan purata 1,208 kaki persegi yang dilengkapi dengan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi.

Tan Sri Lim mengulas, “LBS Alam Perdana adalah salah satu fokus utama bagi LBS dalam beberapa tahun akan datang. Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM711.2 juta, Simfoni Perdana, dan Irama Perdana, telah hampir habis dijual sejak pelancarannya dalam bulan Oktober 2017. Kami yakin pelancaran selebihnya akan terus menerima sambutan hangat, memandangkan lokasinya yang strategik dan perhubungan yang lebih baik.”

LBS percaya sebuah perbandaran yang merangkumi kemudahan moden akan dapat bertahan lama. LBS Alam Perdana menawarkan pelbagai fasiliti dan ciri-ciri keselamatan, untuk ketenangan dan keselesaan penduduk. Ini termasuk laluan hijau yang rimbun untuk mengalakkan kehidupan kemasyarakatan dan gaya hidup aktif, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pusat komuniti yang juga menempatkan gelanggang badminton, tadika dan perpustakaan awam.

Oleh kerana isu keselamatan sangat penting kepada penduduk, perbandaran ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pagar anti-climb, kamera perimeter dan rondaan pengawal keselamatan.

LBS Alam Perdana terletak 7km dari Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR). Ia juga mudah diakses melalui Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Leburaya Damansara-Shah Alam (DASH) akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.lbs.com.my atau hubungi 1700-81-8998.

-Tamat-

⬅ View all press releases