20200207 LBS FABULOUS 2020 MENAWARKAN PELBAGAI HADIAH BERNILAI RM 1,000,000 BAGI PEMBELI HARTANAH

Untuk Siaran Segera

LBS FABULOUS 2020 MENAWARKAN PELBAGAI HADIAH BERNILAI

RM 1,000,000 BAGI PEMBELI HARTANAH

Ijok, Selangor, 7 Februari 2020 – Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) memulakan tahun 2020 dengan menawarkan ganjaran hadiah bernilai RM 1,000,000 melalui kempen LBS Fabulous 2020 kepada pembeli hartanah tahun ini.

Berucap pada taklimat media 2020 pada 6 Januari lepas, Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San mengumumkan hadiah utama bagi pembeli hartanah bertuah ialah Proton X70 Premium 2WD manakala hadiah lain termasuk Proton Exora, Proton Persona, Proton Iriz, Motosikal SM Sport R110, basikal gunung, mesin basuh, peti sejuk dan mini Hi-Fi.

“Dalam keadaan pasaran yang mencabar berikutan situasi ekonomi yang tidak menentu, adalah tidak mudah untuk memiliki sebuah rumah. Kami di LBS sentiasa mengambil kira kepentingan pembeli rumah dan berusaha sedaya upaya untuk memberi tambah nilai dalam setiap pembelian. Diharap kempen LBS Fabulous 2020, dapat mengukir senyuman pembeli apabila mereka membuat keputusan untuk memiliki hartanah LBS tahun ini,’’ ulas lanjut Tan Sri Lim Hock San.

Kempen ini bermula dari 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020 dengan 3 sesi cabutan bertuah yang akan diadakan sepanjang tahun. Cabutan bertuah pertama akan diadakan pada bulan Mei 2020, cabutan kedua pada bulan Oktober dan diikuti cabutan ketiga pada bulan April 2021. Bagi menyertai kempen ini, pembeli hanya perlu membeli hartanah LBS yang tersenarai dalam kempen tersebut.

LBS telah membina reputasi yang cemerlang dalam pembinaan perbandaran dan penyediaan rumah mampu milik yang berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia berdasarkan tiga tunggak utama; mampu milik, kesalinghubungan dan komuniti. Lima pembangunan utama yang tersenarai dalam kempen ini adalah LBS Alam Perdana, Kita @ Cybersouth, Residensi Bintang Bukit Jalil, LBS Skylake Residence dan Cameron Centrum.

LBS Alam Perdana dan Kita @ Cybersouth adalah perbandaran yang berpagar dan berpengawal. LBS Alam Perdana memaparkan konsep komuniti terinspirasi di Bandar Puncak Alam, manakala Kita @ Cybersouth direka untuk memenuhi gaya hidup yang selesa bagi keluarga moden dan komuniti di kawasan Cybersouth, Dengkil yang semakin berkembang.

Bagi mereka yang cenderung untuk memiliki kediaman tinggi, Residensi Bintang Bukit Jalil terletak strategik di Bukit Jalil, sesuai untuk mereka yang menginginkan kemudahan komuniti, komersial dan kesalinghubungan. Manakala, LBS Skylake Residence menawarkan kehidupan tepian tasik di Puchong.

Sementara itu, Cameron Centrum adalah pilihan sempurna bagi mereka yang ingin menikmati kehidupan di kawasan tanah tinggi. Ia adalah sebuah bandar baru di Brinchang yang akan menjadi kawasan komersial terbesar di Cameron Highlands.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kempen LBS Fabulous 2020, sila layari laman web www.lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998.

~ Tamat ~