LBS Press Release
Mesyuarat Town Hall LBS 2020





Download PDF here


Untuk Siaran Segera

Mesyuarat Town Hall LBS 2020

Mesyuarat Dwi Tahunan Untuk Berkongsi Hala Tuju dan Sasaran Syarikat

Petaling Jaya, 20 Januari 2020 – LBS Bina Group Berhad (LBS) mengadakan mesyuarat dwi tahunan di ibu pejabatnya bagi berkongsi objektif syarikat dan hala tuju untuk tahun 2020. Selain daripada perkongsian itu, mesyuarat itu mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan kakitangan LBS.

‘’Terima kasih diatas usaha dan sokongan anda semua pada tahun 2019. Mari bersama-sama untuk mencapai sasaran tahun ini dan memberikan yang terbaik kepada pembeli kediaman LBS. Saya percaya usaha kita untuk memberikan dan meningkatkan mutu perkhidmatan akan membantu dalam menghadapi pasaran yang semakin mencabar,’’ ujar Tan Sri Lim Hock San, Pengarah Urusan Kumpulan LBS.

LBS berkongsi penilaian prestasi sepanjang tahun 2019 dan inisiatif dalam meningkatkan mutu perkhidmatan seperti Hala Tuju Transformasi Digital dalam meningkatkan kecekapan proses. LBS juga mengumumkan kempen pemasaran terbaru mereka, LBS Fabulous 2020, yang menawarkan hadiah sehingga RM1juta termasuk Proton X70 kepada pembeli sepanjang tahun ini.

Mesyuarat ini telah menjadi medan komunikasi di antara pihak pengurusan dan kakitangan untuk berkongsi perkembangan terkini kumpulan LBS. Lebih daripada 300 orang kakitangan daripada LBS Bina Group Berhad termasuk kakitangan daripada MGB Berhad, anak syarikat tersenarai awam, dan Zhuhai International Circuit Limited (ZIC) menghadiri mesyuarat tersebut.

~tamat~

⬅ View all press releases