20200114 INSPIRASI DARIPADA KEPERLUAN PEMBELI, LBS CATAT SEJARAH TERIMA ANUGERAH MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Untuk Siaran Segera

INSPIRASI DARIPADA KEPERLUAN PEMBELI, LBS CATAT SEJARAH TERIMA ANUGERAH MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Pencapaian Berganda, BSP21 Diiktiraf Pembangunan dengan Fasiliti Terbanyak, Siap Lebih Awal dari Jangkaan

Kuala Langat, Selangor, 14 Januari 2020 – LBS Bina Group Berhad (LBS) cipta rekod baharu terima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pembangunan BSP21.

BSP21 merupakan pembangunan pangsapuri perkhidmatan yang terdiri daripada 2,602 unit merangkumi 10 blok pangsapuri 18 tingkat dan 27 tingkat. Pembangunan ini mempunyai 3 podium yang dihubungkan dengan jambatan langit dan turut menawarkan pemandangan hijau di sekitarnya.

Dengan jumlah 103 fasiliti, pembangunan ini telah direkodkan sebagai “Kediaman Pangsapuri yang Mempunyai Bilangan Fasiliti Terbanyak” di Malaysia. Pencapaian bersejarah buat syarikat turut disertai dengan kejayaan projek blok pembangunan terakhir BSP21 yang siap lebih awal daripada jangkaan.

Turut hadir di majlis penyampaian sijil di BSP21 ialah YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor; Tan Sri Danny Ooi, Pengasas dan Penasihat Malaysia Book of Records; Christopher Wong, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records dan Tan Sri Lim Hock San, Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group Berhad sambil disaksikan oleh YB Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; Ahmad Ashraf Asnan, Ketua Pegawai Korporat MBI Selangor; Mohd Helmi bin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Kewangan Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Tuan Mohd Jusni bin Hashim, Pegawai Daerah Kuala Langat.

Mengulas pengiktirafan itu, Tan Sri Lim Hock San, Pengarah Urusan Kumpulan berkata, “Kami berbangga untuk meraikan kejayaan ini bersama –sama dengan pembeli rumah, rakan kongsi pembinaan, dan pasukan projek di LBS. Sebagai “Pemaju Rakyat”, kami sentiasa berusaha untuk membantu dalam membina dan menyediakan rumah sesuai dengan keperluan dan hasrat komuniti. Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai

“Kediaman Pangsapuri yang Mempunyai Bilangan Fasiliti Terbanyak” ini adalah bukti di atas komitmen dan pencapaian syarikat. Kami mengambil pendekatan segar untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan peluang kepada masyarakat bagi mengeratkan ikatan hubungan dan interaksi di antara komuniti. Dalam pada masa yang sama, kami berhasrat untuk meminimumkan keperluan penduduk untuk keluar dari kawasan rumah bagi memenuhi keperluan hidup mereka. Dengan ini, kami berharap dapat terus mengekalkan momentum dan usaha untuk mewujudkan ruang komuniti yang lebih baik dalam memenuhi hasrat semua pihak,”

BSP21 menawarkan lebih daripada 100 kemudahan yang diilhamkan oleh gaya hidup di kawasan seluas 8 hektar sekaligus dapat digambarkan sebagai sebuah kediaman yang memenuhi ciri-ciri “kediaman kesejahteraan gaya hidup”. Fasiliti kemudahan ini direka bentuk dengan teliti untuk memenuhi keperluan pelbagai generasi penduduk dan sesuai bagi semua lapisan umur. BSP21 juga turut menyediakan fasiliti kolam renang berukuran sebesar 19 gelanggang badminton dan kelab rekreasi seluas 66,000 kaki persegi yang merentangi empat aras.

Kemudahan gaya hidup ini termasuk taman bertema yang meliputi di tiga podium; trek jogging, trek berbasikal sejauh 2.3km, serta ruang hijau seperti ‘Tree House Pavilion’ untuk penduduk dan keluarga bersantai. BSP21 juga menyediakan ciri yang direka khusus untuk mempromosikan aktiviti yang sihat di kalangan warga emas iaitu ‘Outdoor Silver Station’. Bagi menggalakkan persekitaran hidup yang kondusif, BSP21 dilengkapi dengan sistem keselamatan tiga peringkat, lif dengan pengawasan CCTV dan lobi podium manakala untuk meningkatkan keyakinan dan keselamatan penduduk, tempat letak kereta dilengkapi dengan butang panik.

Terletak di atas tanah seluas 21 hektar di Bandar Saujana Putra (BSP) di Selangor, BSP21 dilancarkan pertama kalinya pada Disember 2014, dan pembangunan ini berjaya mencatat jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1.4 bilion.

Projek ini mudah diakses melalui lima lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Semasa lawatan ke Bandar Saujana Putra baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, mengumumkan permulaan pembinaan jejambat baru yang menghubungkan SKVE kepada ELITE akan dipercepatkan bagi memastikan aliran lalu lintas yang lebih lancar. Jejambat baru tersebut dijangka siap pada 2021.

BSP21 turut dikelilingi dengan kemudahan seperti pusat membeli belah terkemuka (IOI City Mall Putrajaya, IOI Mall Puchong, Giant Putra Heights, Alamanda Shopping Mall, Sunway

Pyramid dan Subang Parade); serta institusi pendidikan (MAHSA University di Bandar Saujana Putra, Limkokwing University of Creative Technology, Multimedia University Cyberjaya, Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya dan Sekolah Antarabangsa (ELC).

Penduduk BSP21 akan menikmati kemudahan yang lebih baik, seperti sekolah rendah dan menengah, dewan serbaguna serta kemudahan seperti bank, klinik, restoran, stesen minyak, balai polis dan kedai serbaneka.

Tambahnya lagi, “perancangan projek yang teliti dan pelaksanaan projek yang berkesan, kami dapat memastikan unit-unit yang telah siap dapat memenuhi piawaian kualiti dan standard keselamatan yang telah ditetapkan. BSP21 mempunyai misi utama iaitu memperkasakan individu untuk berjaya memiliki rumah dan mewujudkan sebuah pengalaman kehidupan komuniti bandar yang terbaik, sekaligus selari dengan janji LBS iaitu “Memperkasa Individu, Meningkatkan Komuniti,” kata Tan Sri Lim.

BSP21 mempunyai bilangan unit yang terhad. Untuk maklumat lanjut mengenai BSP21, sila layari www.bsptownship.com.my atau hubungi 1700 81 8998. Sementara itu, galeri jualan BSP dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

~Tamat~