20200629 LBS LANCAR PROJEK BARU DI KITA @ CYBERSOUTH BLOK PERTAMA KITA RIA DITEMPAH SEPENUHNYA

LBS LANCAR PROJEK BARU DI KITA @ CYBERSOUTH

Blok Pertama Kita Ria ditempah Sepenuhnya

Dengkil, Selangor, 29 Jun 2020 – LBS Bina Group (LBS) terus kukuh apabila pangsapuri perkhidmatan KITA Ria mencatatkan kadar ambilan bagi blok pertama telah ditempah sepenuhnya. Sambutan hangat ini, memberi ruang kepada LBS untuk membuka blok kedua untuk jualan. Permintaan yang tinggi membuktikan bahawa projek LBS memenuhi permintaan pembeli untuk memiliki rumah mampu milik yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sedia ada. KITA Ria di perbandaran KITA @ Cybersouth dibangunkan di tanah rizab Melayu dan dijangka menyumbang nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM268 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, “Hari ini kami merasmikan pelancaran KITA Ria. Pangsapuri perkhidmatan 22 tingkat dengan jumlah 812 unit kediaman, berkeluasan 602 dan 901 kaki persegi serta harga bermula daripada RM250,000 dan RM 343,800. Pembangunan ini direka untuk memberi ruang praktikal yang selesa, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kawasan komuniti bagi memupuk semangat bermasyarakat. Kemudahan ini termasuk kolam renang dewasa dan kanak-kanak, gim luaran, gelanggang pelbagai guna, serta gelanggang takraw”.

Tan Sri Lim percaya bahawa pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020 dapat membantu mengurangkan beban pembeli rumah dan kempen LBS #DudukRumah Deals Plus yang dilancarkan baru-baru ini akan memberi insentif lebih kepada pemilikan rumah.
“LBS telah membina asas yang kukuh dalam memastikan persekitaran yang kondusif untuk didiami oleh orang ramai. Mampu dimiliki, kesalinghubungan dan kehidupan berkomuniti adalah 3 teras utama yang menjadi kriteria penting dalam pembangunan projek-projek LBS. KITA Ria adalah kediaman berkualiti dengan harga yang berpatutan dan dilengkapi dengan jaringan hubungan yang baik serta persekitaran yang mampan untuk menggalakkan ikatan kekeluargaan dan kehidupan berkomuniti. Dengan sambutan positif daripada pasaran, kami amat gembira kerana dapat merealisasikan impian individu dan keluarga untuk memiliki kediaman di KITA Ria.”
“Sejak pelancarannya pada April 2019, perbandaran KITA @ Cybersouth kekal menjadi fokus LBS. Hampir keseluruhan unit KITA Bayu, pembangunan rumah teres dua tingkat dan rumah bandar, habis dijual . Selain itu, rumah teres dua tingkat, KITA Harmoni, mencapai kadar jualan sebanyak 75%, sementara 964 unit pangsapuri perkhidmatan KITA Impian juga telah dijual sepenuhnya.” jelas Tan Sri Lim.

KITA @ Cybersouth adalah pembangunan perbandaran seluas 633 ekar yang terletak di Selatan Lembah Klang yang semakin membangun. Perbandaran ini mudah diakses melalui lebuhraya utama termasuk Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya melalui Lebuhraya Elite, Lebuhraya MAJU (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Dengkil-Banting.
Terletak di antara Putrajaya dan Cyberjaya, KITA @ Cybersouth berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam, seperti hab komersial, institusi kewangan, pusat pentadbiran kerajaan, lapangan terbang antarabangsa, institusi perubatan dan kesihatan serta lain-lain lagi.
Ia juga terletak berhampiran institusi pengajian tempatan serta antarabangsa seperti Sekolah Kebangsaan Dengkil, Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya, Heriot-Watt University Malaysia, Universiti Limkokwing dan Universiti Xiamen Malaysia. Kemudahan yang lengkap ini sekaligus bakal memberi manfaat kepada penduduk dalam perbandaran yang mampan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan KITA Ria, sila kunjungi pameran jualan KITA @ Cybersouth yangdibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Sila layari www.lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998 untuk pertanyaan lanjut tentang promosi terkini pembangunan LBS.

~Tamat~